Isnin, November 05, 2007

NOTA 10.

Bersetubuh dan berkarya dan berniaga.

Persetubuhan antara lelaki dan wanita merupakan satu paras hubungan yang sangat mulia dalam hirarki hubungan kemanusiaan, bersetubuh dianggap suatu fitrah kemanusiaan yang tuju nilainya untuk menjalin hubungan jenis yang sihat, seterusnya menyempurnakan kejadian akal dan nafsu. Persoalan samaada ia dilakukan secara halal atau haram bukan hal yang ingin dibincangkan di sini. Bagi pasangan gay, lesbian, bisexsual atau apa saja yang seumpamanya juga tidak tergolong…maaf banyak-banyak ya..kalian alien tingkat atas. Di sini lobang dasarnya ialah – bersetubuh lelaki dan wanita. Soal mengapa hanya untuk lelaki wanita saja, itu kerna, saya straight.

Bangsa-bangsa tua di dunia ini punya kaedah senggama yang berbagai-bagai bentuk dan cara. India, Cina, Yahudi, Parsi, Arab punya kitab-kitab senggama yang sangat banyak. Mengkaji dan mempelajarinya sudah boleh dikatakan sama seronok dan puasnya dengan bersetubuh itu sendiri !!. Namun generasi moden, semakin kurang mengamal cara-cara tradisi seni senggama kuno. Ini mungkin kerana sempitnya ruang masa di zaman moden tidak sama dengan lapangnya masa individu zaman lampau.

Dalam banyak-banyak teori dan praktikal dari kitab-kitab bangsa tersebut, amat jarang disebut tentang keperluan mahupun peranan ‘bunyian’ muzik/irama dalam hubungan sex. Apakah kerana pada masa itu CD player belum wujud? Mengapa pula persoalan ini timbul? Apa perlunya irama dalam persetubuhan kalian? Releven ke?

Bagi yang punya pengalaman bersetubuh, agak mudah memahami isu ini, tetapi bagi yang belum pernah, paling tidak kalian pasti pernah nonton filem blue! Sex! Ex!. Jika nonton itu pun tidak pernah, maka anda dikira ‘bukan dari kaum ku’!! Jika menonton kelak, harapnya kalian tidak lupa mendengar muzik latar ketika adegan boring dan klise ini berlangsung. Kebanyakkannya lagu-lagu beritma lembut, tempo yang sederhana dan perlahan, kod yang mudah, dramatic phase yang menggetarkan dengan instrumen yang ‘individual’ seperti seksafon, gitar, flute dan violin. Untuk lebih enak, biasanya pemuzik akan improvise sendiri melodi mengikut feel dan seleranya. Genrenya bebas, ada jazz, r&b soul, light blues dan sentimental. Muzik tradisional India dan Cina juga pernah ada...hahahaha kantoi!!. Umumnya, kebanyakkan lagu-lagu yang digunakan dalam movie blue buat masa ini, hanyalah lagu-lagu saduran yang digubah semula, sama seperti drama dan telemovie melayu. Ciplak.

Zaman moden millennium ini, memperkenalkan suatu method baru bagi ilmu seni ‘senggama dalam irama muzik’. Marilah bersetubuh dengan dilatari dan mengikuti ritma irama muzik, soal bagaimana rasanya, cubalah dahulu.

Bagi karyawan tempatan yang kemandulan idea, inilah masa yang sesuai untuk kalian mencipta dan menerbit muzik genre erotik, ini suatu pasaran baru yang harus direbut peluangnya. Belum ada lagi di Malaysia. Pasti punya permintaan yang tinggi. Analisis menunjukkan, manusia Asia paling kuat me‘ngentot’. Justru, anda-anda yang ingin menjadi 'somebody', kreatif dan ingin menyambung hayat dalam industri muzik, maka jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kelembapan pasaran album sekarang boleh menjadi dorongan yang kuat untuk kalian berkarya. Selain dari laba wang, ia juga boleh memberi sumbangan besar terhadap keindahan dan keutuhan sistem kekeluargaan mahupun hubungan cinta mesra antara kekasih.

Insyaallah, tahap penceraian dan anak luar nikah akan kendur sedikit nisbahnya, kerana muzik yang baik, bisa memberi dorongan keinginan yang baik.

Ya, barangkali ini hanya satu ‘tanggapan’ saja, tetapi tidak salah bukan? Untuk lebih bermakna, di samping bunga atau epal, jadikan album irama senggama ini sebagai hadiah utama Valentine Day anda yang akan datang.

Orang melayu amat sukakan hal-hal berkaitan sexual, tetapi pendekatannya mundur. Kalau minuman, mahu yang memberi ‘tenaga’, kalau makan, mahu ditelan nasi sekepal tanpa dikunyah dahulu, setengahnya ‘anu’nya di tindik, bergelang juga ada, ini semua teknik-teknik usang dan merbahaya. Kalau tercekik atau berjangkit kuman, bukankah bala. Jadi, irama-irama erotik ini difikirkan selamat diguna, tanpa expired date dan mampu memberi dimensi baru terhadap sex dan muzik itu sendiri. Berilah tajuk “Bunga-bunga Cinta Di Atas Tilam Ku” atau “ Gemilang..Suara mu Mengerang” atau “ Diari Seorang Lelaki Gagah ”. Tetapi ingat, bagi karyawan dan penerbit yang menghasilkannya, jika ‘lulus’, album anda akan di tag..18sx ! hehehehehehe.