tag:blogger.com,1999:blog-296452262024-03-24T02:18:15.884+08:00ariapertamaruang apprisiasi muzikariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.comBlogger97125tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-38250528505145160112012-09-25T23:26:00.001+08:002012-09-25T23:26:59.755+08:00Rehat PanjangTali Gitar dah putus..

Tali Violin dah putus..

Tali Gambus dah mati..

Dah lama tak mengadun muzik..

Dah lama tak rakam muzik..

Dah lama tak tulis skor..

Dah lama tak gubah muzik..

Dah lama tak buat lagu..

Dah lama tak petik gitar..

Dah lama tak tiun gitar..

Dah lama rehat panjang..

Semua tu..akan disambung kembali.ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-64270817995341576562012-03-10T16:58:00.002+08:002012-03-10T16:58:55.591+08:00Musim Luruh

Inilah lagu pertama yang aku belajar guna nota muzik.ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-26837651568832901372012-02-07T09:21:00.000+08:002012-02-07T09:25:01.133+08:00Dinamika seni dalam politikPenggunaan muzik atau lagu sebagai bahan tujuan politik bukanlah perkara baru dalam kehidupan kita pada hari ini. Zaman Jahiliyah Arab dan zaman Kesultanan Melaka pun muzik bernada politik ini sedia wujud menerusi pelbagai gaya bahasa dan genre.

Ungkapan kritik, sindiran dan nasihat moral menerusi aliran seni dan sastera, syair, seloka, pantun diucapkan dengan cara melagukannya cukup banyak. Semua ini menjadi bahan penting untuk memahami perkembangan budaya kita.
Di kala zaman moden ini, pasti kita biasa mendengar nama seperti John Lennon ( The Beatles ), Bob Marley, Bob Dylan dan banyak lagi.

Ekspresi mereka cukup genius, tarikan mereka melangkaui sekadar minat dan hobi.
Selain nikmat hiburan, muzik boleh menjadi ubat psikologi paling mujarab. Ia dapat membius ketegangan perasaan manusia. Ini memberi kesan dan pengaruh besar pada intelek kita.

Ia lebih kuat mempengarahi dari arak, lebih kuat kesannya dari dadah. Pengaruh ke atas intelek inilah yang membina persepsi, sama ada negatif atau positif. Persepsi ini akan melahirkan jalur-jalur pandangan yang meliputi pelbagai rasional dan tidak rasional.

Abstrak ini dizahirkan dalam pelbagai bentuk, sokongan, undi atau apa saja yang boleh diukur atau dikira.
Dalam bidang komersil, kita kenali sebagai iklan. Kajian pernah menunjukkan bahawa, selain imej (gambar), bunyi (muzik) juga menjadi faktor pendorong bagaimana minat dan keinginan dicipta dari gambaran ilusi.

Dalam propaganda politik, penggunaan bahasa, imej dan bunyi boleh menjadi ramuan mujarab untuk menarik perhatian dan memujuk hati manusia – untuk memperaga sokongan dan seterusnya dizahirkan dalam bentuk sokongan undi.
Dalam bahasa lebih mudah, seorang gadis manis yang dihias cantik menawan dengan pakaian, wangian dan aksesori dari hujung rambut ke hujung kakinya.

Mata dan jiwa kita secara umumnya akan dibuai dengan rasa yang menyenangkan, maka persepsi pun berlakulah.
Politik itu adalah persepsi, dan ia cukup penting. Setelah berjaya membentuk persepsi positif itu secara kolektif, maka tugas untuk menterjemahkannya menjadi undi, menjadi lebih mudah dan cepat.

Undi hanyalah untuk pengaruh dan kuasa.
Propaganda akan menjadi lebih lunak dengan muzik yang enak dimana isu yang berat boleh menjadi ringan dan mudah difahami, isu yang keras boleh menjadi lembut. Artikulasi yang sesuai dapat memujuk dan melembutkan hati pendengar.

Kuasa tarikan muzik dan seni tidak dipertikaikan.
Sebagai contoh ayat “ Undilah Kami”, jika sekadar diungkap dengan kata-kata, nada biasa tidak akan memberi tarikan yang kuat, tetapi jika dimasukkan dengan sesuatu nada yang dikira bersesuaian, maka perkataan itu akan memberi makna dan kesan yang berbeza, dengan kata lain, nada dan bunyi boleh memberi nilai tambah yang berkesan.

Justru, bagi para strategis politik yang memahami bahasa propaganda, haruslah berhati-hati apabila menyatakan pembohongan atau kejujuran anda di khalayak ramai.

Tulisan ini pernah diterbitkan di Jalantelawi.com dan roketkini.com dan telah disunting kembali oleh penulis.ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-18465460349193356392011-10-22T17:25:00.000+08:002011-10-22T17:25:15.692+08:00Rakaman Suara

Secara umumnya rakaman suara dalam kedudukan duduk amat berbeza dengan kedudukan berdiri. Sungguhpun ketika duduk, janaan suara (voice projection) adalah sama dengan berdiri, tetapi ia menghasilkan ton suara yang berbeza.

Ketika duduk, intensiti suara atau ton akan menjadi agak mendatar dan kecil. Ia amat berbeza ketika kedudukan berdiri yang mana ia mudah menghasilkan ton suara yang besar dan jelas atau ‘solid’.

Mungkinkah keadaan ini berpunca dari;

Ketika duduk, ton yang kecil dan mendatar disebabkan kedudukan badan yang ‘malas’ atau dengan kata lain, kedudukan badan terutama anatomi perut, dada dan kerongkong tidak berada dalam kedudukan yang selaras. Ia mengganggu janaan suara yang selesa. Mungkin?

Berbanding kedudukan ketika berdiri di mana kedudukan anatomi tersebut menyenangkan penyanyi memprojekkan suara.
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-36821490682733193982011-10-04T13:20:00.002+08:002011-10-04T13:24:45.341+08:00Kembalikan hak P. Ramlee tanpa korbankan maruah diri

Nama P.Ramlee lebih gah dari semua Perdana Menteri Malaysia. Apa-apa isu tentang P.Ramlee masih belum reda dalam nostalgia indah penghayat seni kita.

Yang terbaru adalah berkenaan tuntutan royalti karya P.Ramlee daripada Shaw Brothers sebagai pemilik filem-filem Seniman Agung itu.

Gedebak-gedebuk cerita tentang tuntutan hak intelek, kontrak dan perjanjian termasuk kisah tentang anggaran wang yang begitu besar jumlahnya, semua ini akhirnya akan menemui satu titik buta iaitu – kerajaan.

Jelasnya, P.Ramlee sepanjang hayatnya bukan sekadar bijak menggarap seni budaya bangsa kita dalam karyanya, tetapi selepas meninggalkan kita buat selama-lamanya, Seniman Agung ini juga berjaya membongkar satu krisis yang menjadi puncan kepada semua masalah ‘gedebak-gedebuk’ itu.

Puncanya adalah satu fenomena yang kini kita kenali sebagai sifat ‘kebergantungan’ kepada kerajaan. Kontra kepada sifat ini adalah bebas atau ‘independent’.

Budaya kebergantungan ini disemai sejak sekian lama. Lama-kelamaan budaya ini terbentuk menjadi satu jalur pemikiran – mentaliti.

Senario semasa

Dalam isu royalti P.Ramlee ini, golongan yang merasa sayang, prihatin dan bertanggungjawab mengenainya sebenarnya tidak perlu lagi mengharapkan pihak kerajaan untuk bertindak dan membantu golongan karyawan.

Memang pedih pada mulanya untuk menjadi “bebas kerana andaian selama ini adalah “tanpa kerajaan, mana nak dapat duit atau peruntukan”. Tetapi karyawan perlu ingat, peruntukan atau bantuan kerajaan tidak diberi percuma kerana “harga” yang perlu dibayar ialah kebebasan berekspresi itu sendiri.

Jika kita boleh senaraikan isu-isu yang timbul tentang Seniman Agung yang selama ini pernah dibangkitkan, pasti di kala penutup isunya akan berkumandanglah ayat klise seperti – “kerajaan patut buat itu, kerajaan perlu laksanakan ini, kerajaan wajar memperuntukkan itu, pihak berwajib mesti bertanggungjawab tentang hal ini dan seumpanya”.

Orang-orang yang prihatin ini termasuk golongan karyawan terus menyalak kepada kerajaan dengan pelbagai permintaan dan harapan sedangkan kita degil dan tidak mahu belajar dari sejarah.

Adakah kita faham bahawa dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang ada pada hari ini hanya akan bertindak jika ada kepentingan politik di pihak mereka?

Adakah peminat P.Ramlee sudah lupa bagaimana Seniman Agung ini dilayan ketika di Studio Merdeka, Ulu Klang? P.Ramlee diperlakukan seperti hamba tebusan oleh industri dan penguasa politik.

Selepas P.Ramlee tiada, baru lah terkejar-kejar segala macam benda hendak dinamakan sempena namanya, gelaran sudah tak terkira. Seolah-olah mahu menebus dosa mereka terhadap Seniman Agung kita.

Sampai kita lupa P. Ramlee meninggal dunia dengan hati yang kempunan mahu menerbitkan filem berwarna sendiri tetapi dipinggirkan oleh penguasa politik dan kroni mereka dalam industri filem.

Hal yang sebegini pun kita masih tidak kenal wajah sebenar kerajaan yang kita harap-harapkan itu. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘mentaliti kebergantungan’ yang dididik sejak sekian lama oleh UMNO. Kebanyakan kalangan kita belum ada budaya independen.

Cadangan penyelesaian I

Budaya kebergantungan ini harus diubah dengan budaya independen. Mungkin kita boleh menafsir konsep indipenden ini secara yang lebih mudah untuk difahami sebagai budaya berdikari.

Dalam konteks P.Ramlee sebagai lagenda yang hebat, beliau adalah khazanah negara, diiktiraf bukan sahaja di Malaysia, malah popular di Asia Tenggara. Ini boleh dilihat sebagai ‘selling point’ yang boleh dimanfaatkan untuk menggerakkan usaha ke arah penyelesaian terhadap isu royalti tersebut.

Pengiktirafan itu, jika diurus dengan betul, boleh menarik minat, simpati, sokongan atau bantuan dari sektor swasta, korporat dan syarikat multinasional, sama ada milik Melayu atau Malaysia, atau pun syarikat usahasama.

Barangkali bantuan itu dalam bentuk membiayai kos tuntutan tersebut, atau membantu khidmat guaman atau apa jua bentuk bantuan untuk kempen secara besar-besaran demi membantu dan menarik sokongan ramai dalam menyelesai dan mengubah keadaan tersebut.

Cadangan penyelesaian II

Ada kumpulan-kumpulan tertentu di negara ini yang sering melalak memperjuangkan bangsa Melayu. Mengapa tidak digerakkan usaha atas nama Seniman Agung ini demi mengembalikan khazanah negara kepangkuan pertiwi. Kata nak mengangkat martabat budaya bangsa.

Bukankah P.Ramlee telah diangkat sebagai simbol kebudayaan bangsa, simbol pencapaian seniman Melayu yang hebat?

Dalam situasi ini, di manakah kelompok Melayu seperti Perkasa, Pemuda UMNO dan sebagainya yang berdegar-degar hendak memperjuangkan nasib bangsa? Apakah P.Ramlee bukan orang Melayu? Karyanya bukan karya Melayu? Apa yang P.Ramlee wariskan itu bukan untuk tamadun bangsa Malaysia?

Jika usaha ini digerakkan dengan betul, bukan P.Ramlee seorang sahaja yang akan mendapat manfaat, sebaliknya semua karyawan dan industri juga akan menerima impak, sedikit demi sedikit ruang kebebasan dan budaya indipenden (berdikari) ini akan wujud.

Jika cara dan pendekatan ini menguntungkan kepada semua pihak, mengapa tidak? Daripada menggunakan nama Melayu untuk menakutkan orang lain, bukankah lebih baik digarap semua tenaga untuk mengembalikan khazanah Seniman Agung kembali ke ibu pertiwi?

Kesan yang lebih jauh dari itu ialah golongan seni tidak lagi perlu bergantung dalam semua perkara pada setiap masa dengan kerajaan. Dan kerajaan tidak perlu “membeli” seni dan seniman dengan harga yang paling murah seperti apa yang P.Ramlee terpaksa terima. Yang sudah itu sudah lah.

Peranan kerajaan sekadar menjaga hak-hak asas karyawan. Peruntukan untuk seni perlu diberikan kepada karyawan tanpa syarat. Peruntukan itu pun duit cukai rakyat. Yang penting kebebasan berekspresi dapat membuahkan kreativiti warga Malaysia.

Selebihnya, biar industri dan karyawan sendiri yang menentukan masa depan mereka. Inilah yang P.Ramlee lalui, dan kita belajar darinya. – Roketkini.comariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-28556317015649574002011-08-02T22:23:00.003+08:002011-08-02T22:25:48.995+08:00SAJ dalam kenangan

http://roketkini.com/2011/08/01/syed-ahmad-jamal-besar-jiwa-mu-hebat-karya-mu-oleh-mazir-ibrahim/ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-5159236712106163692011-07-18T11:21:00.000+08:002011-07-18T11:21:36.219+08:00Ramadhan.
Bulan ini aku teringin sekali menyanyikan malam-malam indah ramadhan dengan lirik-lirik rubai’yat

“ Ciumkan bibirku…”

“ Anggur purbakala..”

“ Agar dapat ku lupa, dunia yang mengabai…”

Biar arak itu memabokkkan aku dari dunia yang penuh memabokkan kita semua !

Mana sudah hilang cahaya malam ramadhan dengan nyanyian-nyanyian sufi?

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-59978465596733621322011-05-25T00:33:00.000+08:002011-05-25T00:33:36.932+08:00TEMAN
Akhir-akhir ini aku amat aktif menulis. Bukan kerana rajin, tetapi kerana ‘carma’. Ada dua tiga orang teman bertanya.

Teman 1 – “apa perlu hang menulis? Kan masa dah habis banyak untuk ke situ,  kenapa tak fokus berkarya je? Bila album hang nak siap?” kata ‘karya’ ini merujuk kepada kerja-kerja muzik aku. Aku menjawab dengan pantas. Ini sememangnya sebahagian dari kerja-kerja berkarya, atau mungkin, ini kerja untuk memastikan aku dapat terus berkarya.

Teman 2 – “kau ni asyik sebok menulis je dari main muzik (menyanyi), baik jadi penulis je la” katanya sambil ketawa. Sesungguhnya, aku belum mampu dan aku tiada kebebasan untuk memilih apa kerja yang aku mahu – jawab aku sambil ketawa.

Teman 3 – “sekarang kau menulis dah macam buat lagu zaman dulu”. Kata ‘zaman 'dulu’ ini merujuk kepada masa lampau aku yang kerap (banyak) bikin lagu. Aku tak menjawabnya kerana aku sedang buat lagu baru. Tunggu kalau masih ada yang mahu tunggu.
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-19883237138889797302011-05-12T22:26:00.000+08:002011-05-14T04:30:22.705+08:00ROCKONOMICShttp://jalantelawi.com/2011/05/rockonomics/ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-42380083229615906262011-04-08T19:49:00.001+08:002011-04-16T09:41:00.073+08:00BUKIT BINTANGariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-70821732521798596742011-03-26T21:33:00.000+08:002011-03-26T21:33:17.047+08:00MODAL
Pemuzik, penulis lagu, penulis lirik, jurutera bunyi dan kesemua pekerja produksi muzik adalah sumber karya. Tanpa mereka – tiada karya. Orang politik memanggilnya ‘modal insan’. Ahli ekonomi menggelarnya ‘aset’. Kaum intektual menamakannya sebagai ‘bangsa karyawan’. Walau apa pun nama atau gelaran untuk manusia-manusia ini, mereka tetap seorang manusia yang dilayan seperti mana golongan lain juga.

Mereka ini bekerja bermodalkan ide, ilham atau dengan kata lain – intelek. Mengukur kemampuannya dan menilai harganya bukan suatu kerja yang mudah berbanding kita menilai hasil kerja manusia yang bekerja berasaskan modal fizikal seperti operator pengeluaran atau askar.

Modal ‘ide’ ini bergantung kepada banyak faktor antaranya masa, originaliti dan harapan. Jika masa mungkin maksudnya selama mana proses pembuatan itu diambil – mungkin. Jika tentang originaliti, barangkali bererti ide baru yang tidak pernah dilakukan sebelumnya, hal ini juga bergantung pada ‘persepsi’ atau tanggapan seseorang sejauh mana ‘genuinity’ sesuatu idea atau karya itu. Dengan kata lain ia bergantung kepada ‘pendapat’. Sedangkan pendapat ini pula pelbagai dan berlainan. Mengenai faktor ‘harapan’, jika karya ini diletakkan harapan yang tinggi untuk diterima dipasaran, mungkin juga harganya turut naik tinggi, jika tiada harapan diletakkan, barangkali “berapa kau bagi aku ambil”.

Tidak ada formula khusus untuk meletak harga kepada sesebuah karya. MACP dan PRISM mengolah kaedahnya menerusi sistem Mekanikal dalam urusan mengira royalti intelek ini. Tidak salah dan tidak juga tepat. Ini semua adalah tanggapan manusia. Jika itu sudah diterima ramai, maka itulah sistem yang terbaik. Samalah dengan – demokrasi.
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-87994555613774660132011-02-15T21:57:00.000+08:002011-02-15T21:57:19.248+08:00Keroncong Satu Langitariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-17771831531544327682011-02-08T16:19:00.003+08:002011-02-08T20:22:28.494+08:00BAYANGKAN

BAYANGKAN JIKA ORANG POLITIK PANDAI MENYANYI

PM akan berkempen sambil menyanyi lagu Rock Kapak

Anwar Ibrahim akan berhujah di Parlimen sambil menyanyi-nyanyi lagu P.Ramlee

Nik Aziz akan berqasidah disemua surau-surau

Lim Kit Siang akan menyanyi opera cina tiap-tiap malam

Hj Hadi Awang akan bernasyid setiap kali sidang akhbar

Khairy Jamaludin akan berduet dengan Jason Loo menyanyi lagu Acid Alternatif

Samsul Iskandar akan menyanyi dan bergelek menerusi lagu dangdut dengan tidak henti-henti

Cikgu Bad tak akan habis-habis menyanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ di setiap demonya

Nasrudin Tantawi akan bersyair Arab ketika berdebat

BAYANGKAN JIKA PENYANYI POPULAR PANDAI BERETORIK MACAM ORANG POLITIK

Siti Nurhaliza akan menggantikan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi

Noh Hujan akan menjadi Ahli Parlimen Rembau

Ziana Zain akan menjadi 1st Lady

Syarifah Aini akan menjadi Ketua Wanita UMNO

Akil Hayy akan menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat

Afdlin Shauki akan dipilih menjadi Ketua AMK Pusat

BAYANGKAN JIKA SEMUA INI TERJADI

Hancur Malaysia!

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-78624634364497686742011-01-31T19:34:00.000+08:002011-01-31T19:34:10.444+08:001 dan 2
Dahulu : untuk menulis beberapa lagu aku hanya memerlukan sebiji gitar

dan sehelai kertas kosong.

Sekarang : untuk menulis sebuah lagu aku memerlukan 2-3 hari untuk

memulakannya.

Dahulu : untuk menggubah lagu, aku hanya memerlukan sebiji gitar dan

sehelai kertas terpakai.

Sekarang : untuk menggubah sebuah lagu, aku memerlukan sebiji laptop.

Hari ini : aku memerlukan keinginan untuk mendapat ilham.

Esok : aku memerlukan tekanan untuk mendapat keinginan.

Hari ini : aku memerlukan teman untuk mengkritik kerja aku.

Esok : aku memerlukan ‘musuh’ menjadi penasihat aku.

Detik ini : aku menaip dan kalian membaca.

Sebentar lagi : aku berfikir tentang apa yang mungkin kalian fikir.
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-28918237068140358872011-01-02T20:55:00.002+08:002011-01-02T21:01:50.965+08:00Anugerah Juara Lagu - Satu KritikPERTANDINGAN JUARA KOMPOSER.

Pertandingan Gladiator pernah menjadi satu tradisi oleh bangsa Rom. Dalam dunia Melayu, kita kenal dengan pertandingan mencari pahlawan atau pendekar. Zaman itu, acara ini berjalan setiap tahun, oleh itu masyarakat menerimanya sebagai satu tradisi dalam konteks seni beladiri dan kebudayaan sesuatu kaum. Namun bukan sebab itu sahaja ia menjadi tradisi, sebaliknya tradisi ini dibentuk dari hal-hal yang bersifat proses.

Kita tahu, setiap Gladiator atau Pendekar yang hendak bertanding harus menjalani proses saringan yang mencabar, memakan masa, teruji malah, bagi pendekar atau gladiator ini, nyawa jadi pertaruhannya. Justru, selayaknya pemenang yang menjadi juara akan mendapat ganjaran material serta pengiktirafan pada status hidup yang tinggi dalam komunitinya. Di zaman perhambaan, ia adalah kemenangan untuk mendapat sebuah kebebasan.

Tradisi dalam apa jua bentuk, punya peranan. Ia mencipta identiti sesebuah bangsa, nilai baik atau buruknya sesuatu tradisi itu bergantung kepada pelaku-pelakunya. Pelaku-pelaku tradisi ini adalah manusia seperti kita, maka manusia yang datang dari pelbagai disiplin ilmu baik sains, sastera, ekonomi dan seni juga punya tradisinya. Dan ia meletakkan sesuatu bangsa itu pada satu-satu tahap pencapaian. Malah ia memberi makna pada kewujudan entiti kita, dan untuk itu, pastinya kita mahukan makna itu, makna yang sebenar dan besar. Dalam sejarah kehidupan manusia – perjuangan hak dan kebebasan adalah matlamat yang tidak pernah kendur.

Dalam dunia muzik, tradisi melahirkan bakat baru sudah lama berjalan, seusia pertandingan Gladiator itu juga. Itulah hakikat dan tujuan sebenar pencarian jaguh atau juara atau bakat. Di Malaysia – tradisi ini dimanifestasikan dalam acara pertandingan muzik iaitu AJL atau Anugerah Juara Lagu, yang dipelupori oleh media TV3. Setiap tahun kita lihat AJL dengan pelbagai tema bersilih ganti seperti slogan baru setiap kali pentadbiran negara bertukar Perdana Menteri. Bertukar slogan ini pun sudah jadi semacam satu tradisi kita!

Slogan atau tema memang punya erti tetapi erti itu belum tentu memberi makna yang jelas pada kesinambungan matlamat berkarya. Cabaran bagi setiap tradisi ialah persoalan 'universal' atau relevensinya dalam zaman. Pada dunia hari ini, adakah acara tradisi seperti AJL ini benar-benar dapat atau telah berjaya melahirkan ide atau karya yang baru? Atau melahir seorang Gladiator yang hebat? Jika iya, dimana karya sang Juara selepas menang? Ketahap manakah kualiti karya heronya selepas bergelar Juara Komposer? Mungkin soalan ini agak sensitif dan subjektif sifatnya. Namun persoalan yang sama juga pernah ditimbulkan oleh peneroka Felda tentang peranan, nasib dan masa depan mereka.

'MEDIA' SEBAGAI PENGANJUR.

Kita mengalu-alukan pihak mana pun untuk menjadi penganjur. Namun, setiap penganjur yang memilih peranan ini harus juga sedar tentang cabaran yang bakal dipikulnya.

Kita sudah sedia maklum bahawa media elektronik, punya polisi bagi keberuntungan penganjuran ini kepada syarikatnya. Penganjur akan beroperasi sesuai dengan polisi mereka dalam semua aspek penerbitan. Sebagai media swasta yang bergantung kepada duit penajaan dan 'rating' penonton, pastinya polisi termasuk etika penyiaran mereka akan memberi kesan terus kepada karyawan. Dalam konteks kebebasan menerbitkan karya, polisi ini sering menjadi ancaman kepada kelahiran 'karya baru'. Jangan silap faham dengan pandangan ini, 'karya baru' bukan bermakna genre baru. Karya baru bertolak dari ide dan kejujuran. Tetapi genre hanyalah 'pakaian' baru yang biasanya dipakaikan untuk menutup tubuh yang sudah kering usang.

Matlamat penganjuran dikatakan untuk melahir dan mengiktiraf bakat seniman/karyawan. Tetapi jangan kita lupa, objektif sebenar media elekronik seperti ini adalah 'rating' penonton, niat untuk mengiktiraf bakat seniman hanyalah objektif diatas sehelai kertas.

KESAN PADA KARYA - Art work

Sejak beberapa siri penganjuran AJL, bukan sahaja tema atau slogan baru diperkenal, tetapi format pertandingan juga sering berubah-ubah atas justifikasi semasa, contohnya kelebihan (jumlah) penerbitan berdasarkan 'genre', jika musik bergenre 'etnik' banyak diterbitkan pada tahun ini, maka akan ada ketegori baru untuk itu. Selain daripada format, sistem penjurian juga berubah-ubah dengan niat untuk keuntungan tambahan menerusi sistem 'sms'. Selepas hampir dua dekad penganjuran ini, kita masih tidak tahu apakah modul yang digunapakai untuk proses penjurian.

Selain rasional itu, penganjur juga menambah alasan, perubahan ini untuk kemeriahan dan penglibatan penonton yang lebih meluas dalam AJL. Apabila kita menilai situasi ini, kita tidak nampak walau satu pun perubahan yang dibuat, menyentuh persoalan dasar pada strukur penganjuran, baik dari proses pencalonan, saringan hinggalah penjurian.

Untuk menilai kembali atau merubah struktur penganjuran secara jujur dan 'radikal', adalah menjadi suatu hal yang amat berat kepada penganjur, malah ia menjadi 'ketakutan' buat mereka. Kerana apa? Kembali kita memahami polisi media tersebut. Inilah cabaran yang kita maksudkan itu. Polisi mereka yang bergantung pada penajaan dan 'rating' penonton rupa-rupanya menjadi perangkap buat penganjur sendiri. Perangkap ini sudah tentu akan juga menjerat mutu karya dan produktiviti karyawan. Ingin kita tanya, apakah media tidak punya peranan, keberanian dan kejujuran dalam memberi ransangan baru kepada khalayak?

Kepentingan antara matlamat penganjuran (acara) dan matlamat syarikat media kini bertembung. Dan karyawan tersepit ditengah-tengah pertembungan ini. Namun – apakan daya, kita bodoh dan lemah.

Tanggungjawab melahirkan karya atau Gladiatornya bukanlah tanggungan media seperti TV3 menerusi AJL, sebaliknya medialah yang bertanggungjawab membantu mempromosikan acara dan karya. Namun tidaklah menjadi kesalahan jika media ingin bertindak sebagai penganjur utama, tetapi harus sedar akan cabaran dan halangan buat mereka.

Senario ini bikin kita jadi pelik, bagaimana dengan banyaknya modal dan penganjuran baik AJL, AIM, ABPBH dan bermacam-macam anugerah dan pertandingan, masih gagal – sekurang-kurangnya meningkatkan produktiviti karya. Masalah ini sudah menjadi krisis.

ISTILLAH, FUNGSI DAN KESANNYA

Perubahan 'radikal' yang aku catatkan itu barangkali dapat membawa kita kepada makna sebenar penganjuran acara ini. Apakah yang di maksudkan sebagai 'radikal'? Untuk itu kita harus melihat skeleton pada istillah, fungsi dan kesannya. Istillah atau term yang kita guna pakai dalam acara ini telah diambil dari satu disiplin yang punya sejarah dan tradisi. Kita elakkan untuk membaca (memahami)nya sebagai terlalu akedemik dan bersifat teori semata-mata.

Apakah hakikat sebenarnya pertandingan 'kompozer' itu? Apa rujukan atau perbandingan kita?

Komposer adalah composer. Istilah melayu ini berasal dari bahasa Inggeris, dan asal perkataan composer ini dari perkataan 'compose' yang bererti karangan (muzik). Istillah composer pula bermaksud manusia yang kerjanya mengarang muzik. Definasi bahasa melayu, memberi makna komposisi sebagai gubahan atau ciptaan atau bahagian-bahagian yang terjalin menjadi sesuatu yang lengkap atau yang terjalin menjadi sesuatu yang lengkap – dan makna kompozer pula ialah penggubah, pencipta lagu dan muzik.

Walaupun definisi 'kompozer' dalam bahasa Melayu ini agak kurang jelas (kerana melibatkan satu lagi istillah iaitu 'penggubah'), namun kesimpulannya dapat kita fahami yang ia merujuk kepada satu perkara dalam konteks bahan seni atau kerja seni muzik. * Istillah 'penggubah' akan dijelaskan kemudian.

Istillah mengarang 'muzik' sememangnya bersifat universal. Namun, ini bukan sekadar dalam konteks terjemahan makna pada bahasa sahaja, ia adalah istillah khusus dan teknikal dalam konteks disiplin – dalam hal ini ia disiplin muzik. Sebagai contoh, JK Rowling adalah pencipta novel Harry Potter, tidaklah bermakna beliau itu seorang kompozer. Istillah ini juga membawa maksud profesion dalam bidangnya.

Maka, kompozer adalah seorang pencipta yang menggunakan musik sebagai bahannya. Apa pula makna 'pencipta muzik'? 'Pencipta muzik' adalah orang yang mencipta 'muzik' sahaja – iaitu muzik orkestra. Hanya muzik orkestra yang berorientasikan – muzik semata-mata. Bukan lagu nyanyian vokal berlirik bahasa – seperti lagu Pop.

Warga muzik seluruh dunia sememangnya memahami dan mengguna pakai istillah kompozer ini untuk orang yang mencipta muzik orkestra atau simfoni. Bukan lagu-lagu pop yang berlirik.

Sebagai contoh dalam pertandingan seperti, International Chamber Music Competition Hamburg dan Melbourne International Chamber Music Competition. Pertandingan ini adalah untuk mencari orchestra composer.

Bagi mereka yang mempelajari sejarah seni muzik, pasti akan menemui istillah penulis lagu atau song writer. Dalam senarai nama kompozer di susun mengikut urutan zaman dan sejarahnya. Apabila urutan sejarah ini sampai ke zaman moden, perkataan kompozer tidak lagi digunakan ke atas pencipta muzik, sebaliknya di istillahkan sebagai penulis lagu atau song writer.

Song writer ini juga pada hakikatnya mengarang lagu seperti kompozer tetapi karangan mereka berada dalam konteks yang berbeza iaitu muzik moden – Pop. Jelasnya, dalam istillah muzik, song writer dan composer memberi pendifinasian yang jelas ketara perbezaan dari segi teknikalnya walaupun kedua-duanya menggunakan musik sebagai medium.

Ciri-ciri muzik Pop ini sudah pastinya mempunyai lirik bahasa, pendek dan ringkas berbeza dengan muzik orkestra. Contoh pertandingan untuk song writer seperti, Eurovision Song Contest, Great American Song Contest, John Lennon Song Writing Contest dan International Song Writing Competition (ISC).

Setiap istillah punya makna yang khusus dan praktis, ia juga memberi penjelasan teknikal yang tepat dalam konteks penggunaan istillah yang betul, istillah ini juga adalah satu 'pengiktirafan' profesional. Jika kita hendak terus mengguna pakai istillah kompozer bagi pencipta lagu-lagu Pop, tidak pula menjadi satu halangan dan kesalahan, tetapi ia tidak tepat. Harus pasti, penggunaan istillah yang tepat akan melahirkan konsep acara yang betul, baik dari segi penganjuran dan matlamatnya.

Kita juga tahu, hasil kerja, disiplin dan matlamat bagi penulis lagu seperti Pak Ngah atau Eddie Hamid tidaklah sama dengan kompozer orkestra atau simfoni seperti Beethoven, Chopin dll. Kesilapan menggunakan istillah juga memberi kesan jangka panjang.

Perbendaharaan kata kita akan terus menjadi lesu tanpa ada perubahan radikal di peringkat asas untuk kita kembangkan. Kamus istillah muzik dalam bahasa Melayu juga masih belum ada hingga kita terpaksa menterjemah makna dua kali dan dua konsep berbeza. Iaitu pertama, makna atau definasi dalam bahasa, dan kemudian definasi/makna 'bahasa' itu diterjemah kembali kedalam istillah yang khusus atau teknikal. Kedua-dua terjemahan ini melibatkan bahasa dan konsep.

Senario ini akan menanyakan kembali pada diri kita, bagaimana kita mampu berdiri dengan ide sendiri lantaran terus meminjam istillah asing untuk memahami muzik kita – jiwa kita sendiri.

PROSES MENILAI IDE

Lagu/melodi ini adalah ide, ide bukan peti sejuk yang dengan mudah boleh kita ukur saiz, berat dan teknologinya. Sekalipun punya mekanisme untuk menilai lagu mana yang terbaik, ia pasti memerlukan masa – ide juga adalah hal naratif dan naratif bersifat perjalanan masa.

Dalam konteks pertandingan – kita perlu rasional untuk tidak terlalu pendek atau terlalu panjang (lama) proses penilaianya. Maka, proses menilai ini harus punya modul yang jelas, lengkap dan tersusun. Penganjur wajib memahami modul dan proses penjurian dengan masa yang rasional (logik), mereka juga harus tahu dan jelas matlamat proses ini. Dengannya, acara ini akan menjadi satu tradisi yang berkredibaliti, telus dan terus releven.

Pertandingan mencipta ini juga adalah pertandingan menggubah. Apa itu penggubah? Mengapa bahagian (part) 'gubahan' ini terasing dari istillah penulis lagu? Untuk memahaminya, kita ambil contoh, penanam bunga dengan penghias bunga, adakah ia sama dari segi kerja dan peranannya?

Menulis lagu bukanlah persoalan 'persembahan' muzik. Sebaliknya ilham (ide) dan metafor (simbol). Gubahan pula meliputi persoalan gaya atau pendekatan atau method untuk 'mempersembahkan' ciptaan lagu itu. Secara ringkas, gubahan adalah proses selepas selesai menulis lagu. Justru, hasil ciptaan dalam satu-satu pertandingan harus dipersembahkan, dan ia memerlukan kepakaran menggubah.

Penggubah juga adalah satu profesion, penggubah wajib mahir dengan instrumen dan fundamental muzik. Dalam konteks penulisan lagu moden, tidak kesemua mereka itu mahir menggubah atau mahir dengan instrumentasi dan sebaliknya tidak semua penggubah bijak menulis lagu. Profesion sebagai penggubah memerlukan pendidikan dan ilmu pengetahuan, bukan hanya bakat seperti menulis lagu.

Dengan gubahan juga maka peranan – penghibur – artis – berfungsi secara langsung dan efektif. Jika tidak, gimik persembahan tidak akan punya apa-apa makna tanpa hubungan langsung dengan ide karangan muzik, melodi dan lirik. Tidak kira set pentas atau props itu datang dari langit sekalipun. Jika itu terjadi, kita akan berterusan menonton penghibur 'kerusi meja' di atas pentas.

Pengiktirafan kepada profesion penggubah harus dimulakan di arena(pertandingan) seperti ini. Maka terbukalah satu lagi profesion dalam industri kita. Ini juga satu tradisi.

Lirik. Suatu waktu dulu, diperingkat awal AJL, wujud anugerah untuknya – kategori lirik terbaik. Tetapi hilang selepas itu – entah kenapa. Ciri lain yang penting, yang menjadikan sesebuah musik itu pop atau tidak adalah lirik. Tanpanya, elemen Pop tidak lengkap. Menilai lirik memerlukan kepakaran bahasa. Permainan kata bahasa memungkin penyanyi – (menyampai) ide muzik dengan identiti tersendiri, bukankah ini ciri yang dicari oleh artis?.

Namun agak pelik, lirik sebagai elemen penting telah terabai. Lirisis juga satu profesion. Mengiktiraf profesion adalah satu perkara penting untuk kesinambungan penghasilan karya yang baik.

PENTAS SEBENAR JUARA KOMPOZER

Lapangan muzik kita tidaklah begitu besar skalanya. Untuk sukses berkarya sememangnya kita memerlukan penghayat dan ide atau karya kita sememangnya banyak bergantung kepada saiz penghayat. Geografi pasaran yang sempit ini bukanlah ciptaan mana-mana pihak. Untuk mencapainya, karyawan memerlukan jalan pengiktirafan sebagai 'vehicle' untuk terus berkarya – tiada pilihan, kecualilah jika seseorang karyawan itu benar-benar mahukan'seni' untuk diri sendiri.

Jika kita lihat contoh-contoh pertandingan seumpama AJL ini dipentas dunia, kita tertanya-tanya apakah benar pertandingan ini untuk mencari bakat kompozer dan karya yang bagus (baru)? Kerana yang terisi dalam AJL adalah dikalangan artis (mainstream) sendiri, bukan di isi oleh penggiat yang bukan mainstream. Kontradiksi ini barangkali akan beralasan; ini acara kita tanpa meniru acara luar. Hakikatnya, bukan persoalan peniruan atau tidak, tetapi soal releven atau tidak karyawan atau artis yang sudah dipentas 'anugerah' masih bertandak di pentas 'pertandingan' untuk mencari ikon musik yang baru.

Kita lihat, kebanyakkan karyawan dan artis berlumba-lumba untuk masuk pertandingan. Kita ulang, ini juga tidaklah menjadi satu kesalahan jika itu kehendak penganjur. Tetapi senario ini melucukan bilamana pentas 'anugerah' seperti AIM atau apa saja, telahpun menjadi medan pengiktirafan untuk mereka. Justru, pentas AJL ini harus menjadi arena yang genuine untuk mencari musik yang baru dan fresh – yang kita yakin, baru dan fresh ini sukar diperolehi dari artis sedia ada – mainstream.

Mungkin ada lagi yang beralasan; pentas AJL ini tidak sesuai untuk bakat baru. Hakikatnya, alasan ini tidak dapat berdiri kukuh jika kita memahami bahawa, bakat baru yang kita maksudkan bukanlah manusia seni yang baru sembilan hari belajar mencipta lagu atau baru sebentar tadi belajar menyanyi. Sebaliknya ia harus di isi oleh penggiat seni yang profesional dan lama aktif tetapi tidak mendapat arena untuk menjual 'ide' musiknya. Kita semua tahu, di luar dunia arus perdana memang terdapat ramai bakat yang belum mendapat ruang untuk mempromosikan karya mereka.

Jika kejujuran penganjur untuk memain peranan yang sebenar menerusi acara ini, pasti perubahan radikal yang kita maksudkan itu mampu dilaksanakan. Namun, pihak mana yang berani melakukannya? Bersedia? Sanggup?

Soalan yang aku suka tanyakan, apakah hasil yang kita boleh harapkan daripada penganjuran ini?

Pertandingan ini bukanlah projek untuk menyubur penghasilan karya apatah lagi untuk memberi makna perjuangan kepada para karyawan. Sebaliknya ia adalah ilusi yang diwujudkan diatas kertas bernama – wang. Sungguh kita tahu, untuk berubah bukan senang.

Kini tiada pilihan untuk karyawan seperti kita. Wujudkan dunia kita – mulakan pada hari ini.

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-24043113239742675742011-01-02T07:26:00.000+08:002011-01-02T07:26:28.716+08:00Tahun BaruSELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN PEMBACA BUDIMAN.ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-85433761826977908882010-11-11T19:48:00.005+08:002010-11-11T20:26:34.912+08:00Di mana Kan Ku Cari Ganti

Aku masih ingat, arwah Loloq pernah bertanya ( beliau merujuk kepada M.Nasir pada ketika itu ), “Antara Ahmad Nawab dengan dia, siapa lebih hebat? (lebih kurang begitu bunyinya). Aku cuma diam dengan soalan itu. Langsung dia sendiri yang menjawab “ M.Nasir-lah lebih hebat kerana lagu-lagunya lebih banyak yang popular dan dekat dengan masyarakat berbanding lagu-lagu Ahmad Nawab yang jumlahnya beribu-ribu itu”. Aku bersetuju kerana itu fakta yang betul–popular.

Baru-baru ini, Stesen ASTRO melancarkan satu program khas iaitu bulan P.Ramlee. Penuh dengan promosinya, tayangan filem siang dan malam, konsert dan biografi P.Ramlee. Dari kempen-kempen itu, seolah-olah aku rasakan P.Ramlee masih hidup atau mungkin terasa seperti aku telah dihantar kembali ke zaman Studio Jalan Ampas. Hebat.

Dari laporan akhbar tempatan, menyebut program ini mendapat sambutan penonton. Usaha kreatif ini, juga terus menerima kritikan umum sebagai – hanyalah ulangan acara-acara seperti sebelumnya. Dan, isi program ini cuba memberi sedikit kelainan dari acara lalu, seperti konset ‘tribute’ oleh seleksi artis zaman ini dan tayangan sebuah dokumentari ‘P.Ramlee’ di saluran History Channel.

Kelainan isi yang cuba dipaparkan mungkin sedikit baru bagi tontonan khalayak umum. Kita sedar, untuk mencungkil fakta-fakta lama memang agak sukar memandangkan dokumentasi awal sememangnya tidak terurus (masalah bangsa kita yang ‘alami’ – culas mendokumentasi), malah saksi-saksi penting dalam setiap babak tidak begitu terperinci wawancaranya. Barangkali, soalan dan jawapan sudah di ‘skripkan’ atau di‘edit’ oleh penerbit atau mungkin kerana kekangan durasi masa penerbitan. Namun secara keseluruhan kandungan dokumentari yang diarahkan oleh Suhaimi Baba itu agak menarik.

P.RAMLEE DALAM INDUSTRINYA.

Sejak berdekad kita mendengar kenyataan “Tiada orang dapat menggantikan P.Ramlee” atau “Tiada lagi yang sehebat P.Ramlee”. Kadangkala kita naik muak mendengar ungkapan ini. Malah pada mana-mana artis di Malaysia sekalipun, kebanyakannya ’segan’ untuk dibandingkan dengan seniman ini, baik dari segi kerja mahupun pesonaliti. P.Ramlee ibarat ‘Tugu’ seni Negara yang langsung tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa pun. Ini persepsi yang telah lama dibina untuk kita dan kita yang umum, menerima seadanya.

Namun, P.Ramlee sebagai manusia seniman yang menghasilkan karya seni adalah wajib untuk kita bandingkan dengan mutu dan hasil kerja seniman dari era yang lain. Kewajipan ini bukan persoalan untuk menang kalah atau mencari siapa lebih baik dari siapa, tetapi ini adalah hal kesinambungan proses bangsa kita berkarya. Proses berkarya wajar ada assessment pada setiap zaman kerana ia punya nilai dan persepsi yang sentiasa berubah-ubah mengikut cabaran era-era tertentu.

Mengenali cabaran pada period yang berbeza dan mengkristalkan atau memprojekannya bukanlah satu usaha sehari atau setahun – tidak mudah. Sudah menjadi sejarah dan tradisi pada era 40-60an, panggung wayang merupakan arena penting untuk filem dan muzik dilayar dan dimainkan. Televisyen dan Gramofon (apatah lagi radio kaset) belum lagi menjadi aksesori hidup keseluruhan masyarakat pada waktu itu.

Untuk mempopularkan sesebuah lagu adalah lebih berkesan disampaikan menerusi sesebuah filem, untuk menghasilkan filem pula (pada masa itu) bukanlah satu kerja yang ringan, selain faktor modal dan peralatan, kemampuan seniman itu sendiri sangat teruji malah persaingan untuk mendapat tempat sebagai pelakon bukan satu cabaran yang mudah dan cepat. Sungguhpun golongan karyawan pada masa itu tidak punya latar pendidikan formal yang cukup, namun sikap mereka pada mutu kerja, sudah kita semua ketahui.

Bagi insan seperti P.Ramlee, S.Sudarmaji, Mariani, Siput Sarawak, Maria Menado, Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud dll. Mereka itu diuji berdasarkan kemampuan praktikalnya. Baik dari segi penghayatan, ketahanan, kemampuan vokal, tarian, skill muzik, disiplin sebagai warga studio hingga apa sahaja yang memerlukan kemahiran lengkap sebagai seniman/seniwati telah diuji, teruji dan terbukti. Ilmu pada masa itu adalah ilmu yang praktis. Produksi zaman itu sama seperti mana produksi di Hollywood. Ia sebuah industri yang menjadi idaman karyawan (era itu, ia bukanlah seperti yang kita kenali sebagai ‘industri’ hanya pada nama sepertimana sekarang). Pada zaman itu juga, hagemoni media dan politik belum begitu kuat mengkorupkan intelek masyarakat dan juga warga seni.

Atas faktor-faktor ini, tidak hairanlah mengapa karya-karya zaman itu, bukan sahaja dari kerja-kerja P.Ramlee malah seniman lain juga, kebanyakannya sangat menjadi, terbuka dan realistik baik pada lakonan, bahasa, tema, muzik dan bentukan karya dengan budaya kehidupan di zaman itu. Semangat zamannya diangkat kena dengan cara dan ketikanya. Dan ia berjaya. Produksi kerja yang menyokong elemen-elemen ini telah memberi ruang selesa buat pengkarya fokus bekerja.

Jika pembaca dapat merujuk pada nota aku yang terdahulu, inilah yang dimaksudkan sebagai adanya suasana yang kondusif, karyawan yang baik sikapnya, bekerja di dalam ruang kerja yang sihat demi penghasilan karya yang baik dan berkualiti – Lagu Politik ; dalam gelap Industri Muzik – Para VI, perenggan 3, baris 3-4. Faktor-faktor di luar konteks seni inilah yang diperlukan bagi pembangunan sesebuah industri.

Zaman itu tidak timbul soal penswastaan seperti yang pernah dimainkan oleh kerajaan Mahathir Mohamed, tetapi persaingan antara produksi seperti Shaw Brothers, Cathay Keris dan Malay Film Production sangat subur dan sihat. Dalam konteks perniagaan pada masa itu tidak timbul hal kuota-kuota bumiputera atau dinaungi oleh parti-pari politik secara langsung. Batas profesionalisme sangat jelas.

Di dalam paparan dokumentari ‘P.Ramlee’, ada diselitkan kekecewaan seniman ini selepas terjadinya pertikaian di Shaw Brothers (mogok dan ditutup). Pada sekitar 1963 lagi, sudah kelihatan bibit kejatuhan mutu filem melayu. Akhirnya, membawa P.Ramlee berhijrah (ini termasuk kesan secara tidak langsung daripada perubahan geopolitik pada masa itu tahun 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Tanah Melayu) ke Studio Merdeka yang kemudiannya Merdeka Film Production Ltd. itu terjual kepada FINAS (kerajaan).

Usaha kerajaan menerusi FINAS juga bermula dengan hasrat yang baik, namun pada akhirnya ia terus menghumban kemerosotan hasil seni dan seniman itu sendiri. Di lembah yang baru ini, tiada lagi produksi yang bagus, tiada peralatan lengkap, persaingan pula bukan lagi antara artis/seniman, sebaliknya bergelut dengan para pemodal untuk dana berkarya. Elemen-elemen penting ini telah luput. Karyawan bukan lagi bekerja dengan seni tetapi terpaksa bekerja a.k.a. berpolitik untuk mengumpul dana. Ini ruang kerja yang gila.

Apa yang berlaku kepada P.Ramlee dan mutu karya seterusnya tidaklah menghairankan, kerana apa yang ‘diandaian’selama ini tidak salah. Segala hal-hal kerja yang bersifat seni dan kebudayaan jika ‘dijamah’ oleh tangan kerajaan (baca;politikus), akan kelak merosakkan kebudayaan itu sendiri. Kuasa politik bukanlah menjadi suatu kesalahan besar kepada kita, namun batas kuasa dan permainan politik itulah yang sering mengganggu karya dan karyawan. Maka tidaklah pelik bila mana industri seni kita hari ini tidak berdaya saing. Hal-hal kebudayaan menjadi plastik dan seni menjadi ‘kraf’. Hal ini turut aku catatkan, juga dalam catatan artikel yang sama pada Para III, perenggan 2 dan Para V, perenggan 1-3.

Seniman seperti P.Ramlee dan yang lain, dibentuk dari suasana kerja yang profesional dan terbuka. Hasil karya mereka adalah inspirasi dari jiwa insan yang memanfaatkan peluang kebebasan kerja dan ekspresi. Karya mereka dinikmati oleh masyarakat yang dekat dengan peradaban bangsa. Kewujudan mereka ini bukanlah sesuatu yang menghairankan atau bukan sesuatu yang tidak boleh dicipta lagi. Pakej ini lengkap. Dan sebagai cabaran bagi kita – melahirkan masyarakat yang celik budaya.

MUZIK DAN P.RAMLEE

Konsert lagu-lagu P.Ramlee sudah cukup banyak dipentaskan. Kebanyakannya dari inisiatif stesen TV/Radio seperti RTM, pernah juga Petronas dengan menjemput Orchestra of Tahskent di Dewan Filharmonik Petronas dan yang terbaru oleh ASTRO di Dewan DBKL ‘ Di Mana kan Ku Cari Ganti’. Secara umumnya, acara di Dewan DBKL itu aku anggap ok-ok saja, dalam persembahan muzik dan nyanyian artis pula, aku kira gagal.

Niat atau hasrat penganjur sudah kita sedia maklum, sememangnya murni. Kritikan aku hanyalah pada gubahan muzik yang aku anggap tidak cukup masak dengan artis dan muzik band boy itu sendiri. Hal latihan dan persiapan masa serta ketelitian dalam gubahan muzik kelihatan daif dalam arena yang mewah. Khabarnya, kesemua gubahan muzik pada persembahan itu diberi kepada KRU. Namun kritikan ini, bukan mengenai individu secara khusus, aku anggap kritik ini penting kerana keperluan kepada sesuatu perkara yang lebih utama, melampaui kepentingan individu atau kumpulan.

Dalam hujah ini, aku sedia memahami citarasa peminat P.Ramlee vis-a-vis artis dan muzik masa kini. Secara muzikalnya, tidaklah menjadi halangan untuk apa jua jenis gubahan dibentukkan kembali menjadi sesuatu yang lain, malah bukan pula menjadi suatu kewajipan untuk menyanyi ’sebiji’ sepertimana P.Ramlee lakukan. Hal ini sudah cukup untuk menjelaskan dimensi olahan muzik atau arrangement ke atas lagu-lagu Klasik seperti P.Ramlee. Permasalahan ini (gubahan dan penyampaian), sudah berlaku berulang-ulang kali pada acara seumpamanya.

Dalam proses dan formula gubahan, memang terdapat kaedah khusus mengenai Ki (key), chord transposition, bentuk lagu dsb. Namun dari segi konsep muzik, tidak ada formula khusus untuk merencana gubahan dari karya lama kepada gaya baru. Tiada. Ia adalah kebebasan intelek yang mutlak keatas si penggubah itu – semata-mata, dan kadangkala penggubah akan menyusun bulat-bulat sepertimana yang dikehendaki oleh penganjur atau penerbit. Apa yang dikatakan sebagai ‘konsep’ inilah yang akan menjadi asas kejayaan pementasan muzik.

Dalam persembahan tersebut, kita sedar bahawa bunyi sudah sememangnya berbeza, instrumentasi, ton suara, elemen muzik semuanya sudah sedia berbeza. Perbezaan ini adalah advantage kepada performer baru, malah jika tidak keterlaluan, ia sudah dikira sebagai satu penambahan (additional) elemen apatah lagi bila adanya perubahan pada Ki (key), elemen adlibitum (adlib) dan improvisasi, riff gitar, suara harmoni, bentuk pada versa dan korus. Kesemuan elemen ini akan menghasilkan suhu dan warna (atmosfera) yang pastinya berbeza dengan karya asal, dan ini sudah memadai untuk menjanjikan satu kelainan pada lagu itu.

Aku menjadi amat bodoh untuk faham bilamana kelainan yang sudah sedia tersusun itu cuba untuk ‘dilain-lainkan’ lagi. Akhirnya ia menjadi plastik. Dalam melihat permasalahan ini menerusi bingkai yang lebih besar, ini adalah manifestasi kegagalan industri muzik yang cuba dikosmetikkan menerusi karya-karya besar P.Ramlee. Karyawan zaman ini tandus ide untuk mengarang a new masterpiece. Kerana itu kritik ini, aku anggap perlu.

Sekurang-kurangnya, jalan untuk menghargai sumbangan P.Ramlee telah ditunjukkan seperti kerja seni Fauzi Marzuki menerusi ‘Lagenda’ nyanyian Dato’ Sheila Majid. Inilah sebenarnya tribute to P.Ramlee. Karyanya baru, muzikalnya bagus dengan konsep yang sederhana tetapi menarik. Selain daripada itu, pementasan P.Ramlee The Musical juga dapat dijadikan contoh yang baik bilamana karya pada pementasan itu digubah penuh ketelitian dan mantap dengan penggunaan elemen lagu P.Ramlee di beberapa bahagian pada lagu ciptaan baru (yang terdapat dalam P.Ramlee The Musical – pengarah muzik Roslan Aziz). Ia dikenang sebagai sesuatu yang baik dan istimewa kepada penghayat yang menikmati karya-karya P.Ramlee. Namun, komen secara peribadi oleh Roslan Aziz yang menganggap, mutunya boleh diperbaiki lagi.

Sekalipun kita kemaruk untuk membuat gubahan baru pada karya seperti P.Ramlee ini, wajar juga kita fahami permasalahan ‘konsep’ yang aku maksudkan itu pada lagu Eric Clapton. Ini satu lagi contoh yang amat sederhana dan yang boleh menjadi rujukan untuk hal gubahan baru. Lagu Wonderful Tonight ini sudah dirakam dengan pelbagai versi oleh artis-artis berbeza seperti Alan Jackson, David Kersh 1998 (genre country music), Kotch (Reggea), Damage (R&B). Namun, keaslian (originality) karya asal bersatu dengan identiti penyanyi dan muzik cover version artis itu. Elemen dan penyampaian tidak terlalu berlebihan, susunan muzik yang tidak keterlaluan dan menjiwai ide melodi asal. Di sebalik keasliannya terpelihara, nafas (mood) baru juga dapat dirasa, dan berperananlah karya tersebut untuk mengangkat karya dan artis cover version itu sekaligus.

SATU PANDANGAN.

Ingin sekali lagi diulang, nyanyian artis-artis baru sudah sememangnya berbeza dengan nyanyian atau penyampaian P.Ramlee itu sendiri. Perbezaan ini juga pernah cuba aku sampaikan dalam artikel terdahulu berjudul DNA MUZIK perenggan akhir, baris ke 4-6. Kegagalan kita memahami hal-hal asas yang sesetengah orang menganggap ianya remeh, hanya akan memberi kesan berpanjangan terhadap proses kita berkarya. Karya ciptaan atau gubahan adalah manifestasi daripada potensi diri karyawan tempatan zaman ini. Apakah ini sahaja kebolehan karyawan baru kita?

P.RAMLEE DAN PENINGGALANNYA

Karya-karya beliau terus dipuja dan dinikmati buat sekian lama. Terlalu banyak ungkapan puja-pujaan yang mengasihani karya dan dirinya, pujian ini seiring dengan kritikan terhadapnya, inilah lumrah. Tapi apakah kita yakin bahawa kelahiran seniman sepertinya, hanya datang dari usaha dan bakat beliau dengan bantuan guru-guru dan teman-temannya sahaja? Beliau memang hebat. Namun yang menjadikan P.Ramlee itu lebih hebat adalah masyarakatnya, zamannya dan industrinya. Tanyakah kita pada diri sendiri, dalam masyarakat seperti hari ini, pada cabaran di zaman ini dan atmosfera industri hari ini, akan mampu melahirkan seorang lagi tokoh setanding beliau?

Maka layaklah ungkapan metos “Tiada siapa dapat tandingi P.Ramlee”. Memang tidak akan ada lagi tokoh seperti P.Ramlee jika inilah zaman yang kita cipta, impikan dan biarkan ianya terus berlalu sebegini. Ya, P.Ramlee memang hebat dan beliau boleh berbangga kerana zamannya melangkaui kebolehan zaman kita. Beliau berjaya mengkristalkan perjuangan masyarakat dalam semangat zamannya. Itu sesuatu yang hebat.

Jika dapat kita tanyakan kembali soalan arwah Loloq itu, antara P.Ramlee dengan ribuan karya-karya abad ini, mana lebih hebat? Sudah tentu jawabnya karya P.Ramlee. Aku bersetuju kerana ia fakta yang betul – popular. Projek mempopularkan perubahan dan pencerahan adalah projek ‘paling popular’ zaman ini. Jangan lupa.

<object height="285" width="380"><param
name="movie"
value="http://www.youtube.com/v/0RfzHxYLfu0?fs=1&hl=en_US"></param><param
name="allowFullScreen" value="true"></param><param
name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed
src="http://www.youtube.com/v/0RfzHxYLfu0?fs=1&hl=en_US"
type="application/x-shockwave-flash"
allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"
width="380" height="285"></embed></object>
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-20769070051036549842010-10-18T08:37:00.002+08:002010-10-18T08:40:31.078+08:00MAHU JADI PENDENGAR YANG BAIK.Teman-teman yang ingin mengetahui tentang teori-teori ekonomi dari FA Hayek, teori tentang falsafah Habermas, teori kebebasan dari Victor Hugo, falsafah pencerahan dari E.Kant, yang ingin tahu tentang Ideologi, tentang Tuhan dan konsep-konsepnya. Maka wajiblah kalian membaca buku-buku tulisan mereka atau cari sendiri maklumat tersebut di internet. Internet sudah menjadi perpustakaan yang paling besar. Untuk kalian memahami asas dan latarnya, sudah mudah.

Untuk tahu tentang karya tokoh-tokoh tersebut, pastinya bukan dari tulisan tangan orang lain atau dari aku. Tak mungkin penulis lain seperti aku, mampu menterjemahkan kefahaman mengenai ide dari tokoh-tokoh ini lebih baik dari ampunya karya. Menterjemah? Umumnya, bangsa kita amat kurang menterjemah buku. Kata sifat pada keadaan ini barangkali 'lemban' – sangat negatif.

Justru, jika saudara-saudara ingin mendengar riwayat pengalaman aku tentang muzik, maka, hadis akulah yang selayaknya kalian baca. Bukan dari sanad orang lain. Kerana, aku sahaja yang tahu dan aku sahaja yang mengalaminya, ia adalah pengalaman peribadi.

Walaupun ini pengalaman sendiri, aku boleh saja menyampaikan dalam pelbagai bentuk kata yang aku suka, apatah lagi ia menjadi hak aku untuk menyatakannya. Namun, aku tidaklah sebebas-bebasnya untuk menulis apa saja menurut mahu nafsu dan akal ku. Aku sebenarnya terikat, tetapi bukan dengan editor atau kod etika penulisan atau dengan sesiapa saja. Aku terikat untuk tidak boleh menulis dengan memperbodoh-bodohkan insan lain. Aku terikat untuk – tidak boleh menghina kesukaan orang lain. Usaha kecil ini rupanya sangat serius – satu tanggungjawab yang sama seperti berkarya dengan lagu-lagu.

Tesis aku sewaktu bersekolah Seni Halus dulu yang berjudul 'Imajan dan Bunyi' telah tergendala buat sekian lama. Antara yang sempat aku selidiki tentang muzik ini belumlah dapat dikatakan cukup mendasar. Benua Melayu kita ini pernah mencipta satu teknologi termaju pada zamannya sebelum meriam, senapang hinggalah rifle yang diilhamkan oleh Mikhail Kalashnikov – tercipta. Menempa gangsa adalah teknologi termaju dan terpenting yang mana ia telah mengembang konsep dan ide yang kini melahirkan piano, keyboard dan synthesizer. Itulah gamelan. Selain itu kita hanya ada instrumen gendangan. Samaada ia gendang Sunda atau Jawa atau rebana itu bukanlah menjadi perkara pokok.

Polemik, wacana dan kajian tentang 'Melayu' masih terus berjalan. Aku tidak akan menambah atau membuat kenyataan yang akan memisterikan lagi hakikat bangsa ini dan akhirnya terus menjadi enigma dan metos yang tak berkesudahan. Yang jelas, sumber kebudayaan melayu ini terkait banyak dan pada semua bangsa.

Himpunan budaya-budaya ini belum dapat menjadikan ia milik bangsa melayu atau menjadikan seseorang itu 'melayu' selama mana budaya-budaya luar itu tidak 'kena' atau cocok dengan sifat dan sikap orang Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu sendirilah yang menerima nilai (budaya) dari luar dan bermutasi menjadi budayanya sendiri. Boleh jadi, beginilah salah satu caranya bagaimana budaya Melayu itu berkembang turun-temurun. Lihat saja pakej instrumentasi pada muzik Ghazal, deretan instrumen itu tidak ada satu pun dari ciptaan orang melayu. Begitu juga dengan Keroncong. Namun kesemua instrumen ini melahirkan karya yang 'Melayu'. Bakat bangsa ini di sini – mencipta irama.

Suatu ketika dulu, aku diingatkan kembali pada karya-karya S.Efendy, dan R.Azmi (antaranya). Pada mulanya aku beranggapan ia hanya karya lama (klasik) di zaman ayah ku berseluar yankee. Tetapi baru-baru ini, aku mendengar kembali lagu-lagu mereka. Pandangan aku yang dahulu, kini telah berubah. Aku yakin, karya-karya inilah yang menjadi inspirasi lahirnya ide lagu-lagu melayu zaman ini termasuk lagu-lagu yang kita katakan genre 'Rock Kapak', ' Layan Lentok' dan 'Cinta Lara'. Tetapi konsep karya muzik Malaysia hari ini sudah berbeza dan lama menyimpang dari waktu mula ia menyala.

Aku tidak merasa 'keindonesiaan' ketika mendengar lagu S.Efendy dan tidak pula merasa 'kesingaporean' tatkala R.Azmi menyanyi. Malah nyanyian keroncong dari Sundari Soekotjo atau Tuti Trisedya juga tidak kedengaran asing melodinya dengan aku. Aku percaya, inilah salah satu ciri-ciri yang dikatakan – karya genuin. Karya muzik yang genuin sememangnya bahasa yang mengatasi bahasa-bahasa kedaerahan, melangkaui anutan budaya bersuku-sukuan dan genre-genre karya. Namun, bukan pula bermaksud, kita wajib menghasilkan karya yang serupa sepertimana yang telah mereka perbuatkan. Tetapi maksud aku, lebih menjurus tentang keaslian konsep dan olahan muzik. Mempertahan atau memulihara artifak seni ini bukan tugas rasmi karyawan, malah ia juga tidak bermakna jika ia dilakukan tanpa kesedaran. Ini bukan hal lagu yang 'malar segar' ( evergreen ), sebaliknya ia adalah keinginan berkarya dengan upaya kejujuran kita.

Mengapa aku begitu yakin bahawa karya muzik R.Azmi atau S.Efendy mencetus inspirasi karya hari ini? Apakah hubungannya dengan bentuk karya zaman ini? Soalan ini sangat jelas signifikannya dengan perubahan zaman ini yang cepat, mudah dan ringkas. Konsep muzik zaman S.Efendy atau R.Azmi juga sama – mudah dan ringkas. Dengan susunan kod yang asas, bentuk komposisi lagu yang ringkas dan padat, menjadikan ide muzik ini terus releven. Namun, dalam persamaan konsep ini, masih terdapat jurang yang luas antara lagu zaman S.Efendy dan zaman ini dari segi keaslian iramanya. Ini aku sedari bilamana ciri-ciri keserdahanaan dalam muzik zaman ini telah terabai. Apakah ini godaan teknologi atau ego karyawan zaman ini, tidak pula dapat dipastikan. Yang nyata, karya seperti S.Efendy ini memperagakan mainan elemen yang sangat ekonomis. Dengan kata lain, ia sangat bersederhana dalam menyusun elemen muzik. Kesederhanaan inilah yang melahirkan 'keaslian' karya.

Memahami 'kesederhanaan' bukan sekadar pada saiz penggunaan instrumen atau proses pembuatannya. Kesederhanaan ini juga adalah tanggungjawab moral pengkarya kepada karyanya – deontology.

Dari tesis 'gantung' ke ruang wacana budaya hinggalah ke kamar menghasilkan karya muzik itu sendiri, aku melalui pengalaman yang berbelit-belit. Pengalaman orang menjadikan aku pendengar yang baik dan pengalaman peribadi ini menjadikan aku – juga pendengar yang baik. Aku, mahu jadi manusia yang baik.

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-36324912174191240872010-08-11T01:28:00.003+08:002010-09-01T14:03:38.272+08:00Music Forum<object height="224" style="background-image: url(http://i1.ytimg.com/vi/LNDUByr6H18/hqdefault.jpg);" width="305"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/LNDUByr6H18&hl=en_US&fs=1"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowscriptaccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/LNDUByr6H18&hl=en_US&fs=1" allowscriptaccess="never" allowfullscreen="true" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" width="305" height="224"></embed></object>ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-76358887357715890082010-07-19T12:23:00.005+08:002010-09-01T14:04:51.683+08:00Anugerah Bakat Muda Selangor<object height="185" width="380"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/gL3Nx22ubf8&hl=en_US&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/gL3Nx22ubf8&hl=en_US&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="280" height="285"></embed></object>

<object height="185" width="280"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/2Hu7eB5C__Y&hl=en_US&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/2Hu7eB5C__Y&hl=en_US&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="280" height="185"></embed></object>

<object height="185" width="280"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/PLxfe1tBhcY&hl=en_US&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/PLxfe1tBhcY&hl=en_US&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="280" height="185"></embed></object>

<object height="185" width="280"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/YAlfYWnIRIs&hl=en_US&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/YAlfYWnIRIs&hl=en_US&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="280" height="185"></embed></object>ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-35752806941957107552010-07-14T15:20:00.000+08:002010-07-14T15:20:52.086+08:00TENTANG KOLEKSI – ariapertama | OPUS MEI.
2. Gambus Nuansa – Lagu ni dibuat pada hujung tahun1997. Mula aku perdengarkan pada kawan2 tahun berikutnya. Masa itu, sentimen melayu kami (kawan) sangat tebal. Tahun-tahun inilah politik negara sangat panas. Pada masa itu, kami tidak mempedulikan sangat hal politik kepartian, apatah lagi di Universiti kami hanya menumpukan pada kegiatan seni. Lirik lagu ni aku tulis, lirik yang penuh resah dengan diri dan bangsa. – kununnya.

“…keris tak berhulu” – “..penghulu” – “…membawa menjunjung..menyembah segunung” – semua bahasa lirik ini sememangnya dari jiwa melayu yang sangatlah tipikal. Itu realitinya. Lagu ini tiada apa-apa mesej atau nasihat sebenarnya. Hanya ungkapan di mana plot-plot penceritaannya seperti drama swasta RTM zaman 80-an yang diakhiri dengan segunung harapan.

Dari segi instrumentasi, gambus, mendola dan rebana memain elemen sangat penting. ‘Picking' gambus agak bagus, kita boleh mendengar bunyi pick, tali dan tone body gambus. Terima kasih pada pemetik gambus. Tapi sayang, semua lagu-lagu album ini (Pra-Manifesto) tidak dapat diperdengar dengan adunan bunyi yang siap. Yang ada ini sangat roar. Rentak lagu ini sedikit berunsurkan masri dengan pattern rebana yang sederhana. Dari segi vokal, masih lagi ’dara’. Tempo ini agak perlahan beberapa detik, derasnya tidak begitu ’fit’ dengan degupan jantung pendengar yang lively – cergas. Pick up feel menjadi kurang menonjol, up beat kurang menjadi. Ketika merakam guide lagu ini, aku agak tergesa-gesa tanpa feel the tempo. Itu kesilapan yang tersembunyi

Key A Major, tetapi selepas intro, permulaan versa dengan kod A minor, selepas ulang versa kedua kembali A major. Kenapa begitu? Kerana elemen melodik pada turun dan naiknya tidak sama pada satu not – tidak seperti harmonik. Maka, ini hanya olahan kod untuk mendapatkan feel not yang sedikit berbeza. Untuk lebih lanjut, sila semak skala melodik dan bandingkan dengan harmonik.

Coda lagu ini fade in – cut and out.

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-74744617209559270692010-06-29T12:50:00.000+08:002010-06-29T12:50:11.003+08:00TENTANG KOLEKSI – ariapertama | OPUS MEI.1. Getaran – Lagu ni dibuat pada tahun 1996. Lokasi di Klang Selangor. Masa tu aku duduk <city w:st="on"><place w:st="on">sana</place></city> dan masih belajar di S.Alam. Lagu ni dalam key C. Ali yang menyanyi, dulu kami sama dalam band Siul Murba. Band tu sekarang dah arwah. Ali jadi pelukis sepenuh masa. Aku buat kerja merepek sepenuh masa. Backup singer yang ala-ala sopranos tu kini dah jadi guru – sepenuh masa. Lagu ni dirakam di synchrosound studio PJ. Tahun 2000.

Lagu ni tak sempat mix, jadi bunyi tak seimbang. Hanya ini yang dapat kami curi dari studio setelah tauke (penerbit) yang fund dah jatuh bankrupt masa lagu ni siap. Hahaha. Kalau synchro tau mau disamannya aku. Tapi kalau aku jd dia org, aku tak saman. Buang duit je.hahaha.

Tema lagu ni – Cinta orang tengah gersang – marah tapi saja tak nak marah.

Progresif kod lagu ni aku da lupa, Key C – ada G, Am, F, B-7b5th, D7.

Tempo – Lento

Instrumentasi – D.Bass, Akustik Gitar, Mendolin dan Violin.

Nyanyian Latar – 4 orang SATB – tapi 2nd voice tak nyata sangat sebab tak mix dgn betul.

Sayang, foto-foto semasa rakaman tidak ada. Yang ada hanya rakaman bunyi yang tidak siap. Buat teman-teman – Nikmatilah seadanya.

Lagu lain nanti cerita lain.
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-67041144815906713442010-06-22T17:31:00.001+08:002010-06-23T20:46:29.129+08:00MUZIK POLITIK;Dalam Gelap Industri Muzikhttp://jalantelawi.com/2010/06/lagu-politik-dalam-gelap-industri-muzik/

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-56744437612018778922010-06-21T21:50:00.000+08:002010-06-21T21:50:22.683+08:00SABILhttp://jalantelawi.com/2010/06/sabil/

ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-29645226.post-53824667967538846202010-05-16T23:32:00.005+08:002010-05-17T11:46:42.948+08:00KEBANGKITAN
SILA 'PLAY' UTUBE DIBAWAH SAMBIL MEMBACA NOTA INI...

Afghanistan – sebuah tanah yang dulunya subur dan mewah dengan hasil bumi. Masyarakatnya berpuak-puak, namun kepelbagaian itu ibarat tanah yang berjenis-jenis – subur sekali. Menghirup udara tanah ini tidak sama dengan bau-bauan tanah-tanah di tempat lain. Hakikatnya – aku belum pernah pun menjejak kaki di Afghanistan. Ayat-ayat di atas hanyalah gurindam ‘dengar cakap’ dari kisah orang lain. Hahaha.

Kini ( khabar dari berita ), bumi Afghanistan telah tandus ditanduskan oleh warga penjajah yang menjarah. Kasihan pada mereka – walau aku tidak pernah kesana. Aku tahu ( khabar dari berita ), tamadun bangsa ini pernah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang hebat, penyajak/pemuisi yang agong dan seniman yang mulia. Nama-nama itu menjadi latar sejarah kebudayaan dunia. Negeri Afghanistan ini pernah menjadi kota penting sepertimana Kota Paris, New York atau Mumbai pada ketika ini, neonnya kemerlau – walau aku masih belum pernah kesana.

Zaman moden, tanah ini dijarah oleh Russia, kemudian Taliban (bangsa sendiri) dan kini kuasa Imperialis Amerika. Mereka berperang sudah lebih 50 tahun dengan musuh bersilih ganti, kasihan. Kota yang dulunya mewah seperti Kabul habis runtuh. Tiada sekolah, universiti dan salon. Di tengah-tengah runtuhan kota dan tamadunnya, kini ia mula bangkit sedikit demi sedikit seperti pada berita ini dan di sini.

Buat bangsa Afghan, bergembiralah kerana khabar gembira telah sampai buat kalian.

Buat bangsa Malaysia - insaflah akan keadaan ini.

<object height="385" width="480"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/rPp-X-2_OV0&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/rPp-X-2_OV0&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>
ariapertamahttp://www.blogger.com/profile/04588313077048858802noreply@blogger.com1