Selasa, Jun 12, 2007

Muzik – semata-mata untuk cari makan?.


Tidak aku tahu siapa yang bertanggungjawab membuat penemuan muzik sebegini – Muzik Carma ( cari makan ). Tidak juga dapat ku pastikan tarikh dan lokasi sebenar idea yang berinovasi ini dilahirkan. Tapi yang pasti ia muncul di tengah-tengah pola masyarakat yang sebegini, ketika ini dan di sini. Muzik carma ini lahir tanpa sedar, establish di kalangan pemuzik-pemuzik dan band music yang giat dengan show sana-sininya. Konsepnya agak mudah, satu kepala ( pemuzik ) – rm 100/200-minima, lagu – apa saja, 1 show – maksima 3 jam, practice – sehari sebelum show, makan – tanggung, transport – datang sendiri, matlamat – bagi majlis happening sampai pening dan dapat cover makan seminggu. Ringkas tetapi praktis sekali. Aku relakan muzik ini diangkat sebagai genre, kerana apa? kemudian.
Melihat pattern sosioekonomi di Malaysia kini, kemunculannya memang seharusnya berlaku dan mungkin kelak genre Muzik Carma ini akan menjadi genre yang trendy seperti mana Rock atau Pop era 80s – 90s di Malaysia. Bicara tentang art material tidak lengkap sekiranya kes diramas tanpa merujuk dimensi latar masanya. Maka cukup, ulu masa ini kita bilang dari era Pasca merdeka. Anak merdeka!!!!!

Perasankah kita Negara muda seperti Malaysia ini mengalami ‘sindrom pembangunan’? Segala polisi institusi dalam negara bermatlamatkan ‘pembangunan’. Kempen tentang pembangunan, cakap hal pembangunan, buat bangunan malah runtuhkan bangunan! Setelah 50 tahun merdeka, kita masih belum habis-habis ber‘wirid’ hal pembangunan. Kita hanya faham bila merdeka ‘mesti’ membangun macam membangunkan bangunan. Hal insaniah dan intelek juga dibangunkan macam membuat monument nasional yang hasilnya bak replika ultraman. Hahahaha. Ultraman baik untuk anak kecil, selain menghiburkan mereka, ia menggerakkan imaginasi dari awal pertumbuhan hidup manusia. Bagaimana pula dengan hal ‘pembangunan’? Juga bagus, tapi...

Konsep pemikiran manusia terbentuk apabila persekitarannya ( ekonomi/budaya ) memberi input dalam bentuk tekanan pada setiap aspek hariannya, sedang output nya pula terkesan pada perbuatan dan pembuatan termasuk membuat – bangunan/institusi. Input dan output ini punya bentuk negatif dan positif, itu normal. Namun, perkembangan dunia kini sering disalah tafsir oleh kebanyakkan pihak. Kewarasan kita di Malaysia terlalu skeptikal pada isi perkembangan dunia, Paranoid terhadap sekeliling – apa saja – perkembangan atau perubahan yang gagal disaingi akan dilabel sebagai – unsur negatif, inilah jalur ‘ gemilang’ pemikiran yang melahirkan masyarakat seperti yang ada pada hari ini. Aku masih mencari hadis/surah mana yang mengatakan kemajuan bangsa tersimbol hanya pada pembangunan bangunan dan institusi-institusi yang begitu banyak terlambak di Negara kita. Institusi yang ada kini dibuat adalah untuk money laundry bagi pihak penguasa dan pemodal saja. Kemudian, disuruh siswa-siswa kita berpayung di bawahnya. Namun, majoritinya budak-budak siswa semakin tongong. Idea bertambah sempit. Citra idealnya adalah ‘CARMA’. Jika ada yang lain, itu hanya slogan untuk ibu bapa dan kempen piliharaya kampus semata-mata.

Menukar pakaian tidak sama dengan menukar penampilan. Ya, pakaian bisa ditukar dari yang buruk/murah kepada yang lawa/mahal. Namun ini tidak boleh disamakan dengan menukar penampilan dari kotor kepada bersih, dari selekeh kepada kemas. Budak-budak kindergarten lebih arif menilai hal ini dari siswa Malaysia.

Kini, karya dan matlamat lahir dari manusia-manusia carma. Mereka yang terdidik seperti siswa inilah yang mejadi penjual dan konsumer, mereka jugalah yang melahirkan demand. Maka circle ekosistemnya adalah carma semata-mata. Bicaralah idea, berdebatlah teori dan lontarkanlah ekspresi, semuanya ‘memantul’ bagi manusia-manusia carma ini. Sindrom mati tak makannya amat tebal. Hina masyarakat pada status ekonominya lebih dikhuatirkan lagi ibarat dosa yang tak terampun. Maruahnya diletak di depan but mobil idamannya. Obsession carma ini amat dalam sekali. Konsep dan disiplin Muzik Carma yang praktis ini bila digabung dengan soul pemuzik-pemuzik yang ada maka terangkatlah muzik ini menjadi genre muzik yang baru – genre muzik soul masa depan, inilah pembangunan yang mapan.hehe.

Tiada siapa yang tidak tahu, ekonomi itu penting, materi dan segalanya amat penting, peranannya diakui besar, namun entah kenapa prinsip ini menjadi bengong di Malaysia apabila nilai atau kredibeliti manusia di ukur semata-mata berdasarkan prinsip material. Lihat bagaimana di Malaysia demokrasi majoritinya menafikan hak minoriti dengan kaedah yang amat kreatif sekali. Lihat pula bagaimana pungutan suara yang seharusnya telus tetapi telah dimanipulasi oleh kuasa media yang punya aset besar. Pukau senipolitik ini amat bermaharajalela dengan izin mangsanya – masyarakat Malaysia.

Suasana inilah yang mendorong munculnya genre Muzik Carma. Sering terjadi apabila diri diburu kerisauan dan berilusi pula dengan ketakutan maka rasional akan hilang. Langsung apa saja yang mampu digapai terus dibaham tanpa berfikir. Malah manusia carma ini beranggapan akal dan berfikir adalah musuh untuk kaya dan maju. Dilemma dalam tekanan ini juga telah menghasilkan dialog sebegini “ …buat apa payah-payah cari idea buat muzik yang tak biasa orang dengar...kan senang buat macam bla bla blur…atleast dah ada follower…senang nak jual…”. Contoh ini amat crucial sekali. Tanda-tanda ini meyakinkan kita bahawa daya fikir seniman muzik dan produser Malaysia semakin tumpul dan ia bisa mengancam kebebasan berkarya insan lain. Hasilnya, ruang kebebasan berkarya semakin sempit, peluang mengedar karya juga semakin mengecil. Apakah ini masih tiada kaitan dengan polisi ekonomi negara kita? Polisi ekonomi yang dahulunya sebagai teras membangunkan masyarakat kini menjadi berhala yang menakutkan pada pemuzik, artis, seniman dan produser – carma. Trend industri ini tidak mengira muzik apa, siapa, dari mana dan bagaimana, asal boleh untung mereka ‘rogol’ sekehendaknya semata-mata atas dasar – cari makan – ini. Jika produk mereka tidak laku maka dalam kes ini kambing hitamnya adalah muzik indon, music band indon dan orang indon malah perkataan ‘indon’ itu sendiri. Ini gila!

Trend inilah yang dibawa dan dipaksa secara ‘pujuk’ dan ‘kepong’ ke atas artis mahupun pekerja seni yang baru dan muda, yang punya idealisme. Maka ‘paksaan’ yang berupa promosi ( monopoli ) inilah yang mengukuhkan lagi hegemoni mainstream. Jaringan sistem ( budaya ) ini amat besar, antara instrumen yang menjayakannya termasuk media broadcasting dan syarikat korporat.

Ada yang bertanya, apa ciri-ciri muzik carma? Bagaimana mahu mengklasifikasikan muzik carma atau bukan carma? Sepintas lalu, soalan ini amat kreatif dan berasas sekali, namun jika diteliti, soalan ini mendorong aku untuk tidak berlaku adil pada seniman muzik yang ada. Kerana melonggok sampahkan karya Muzik Carma atau apa jua genre muzik yang lain bukanlah kerja seorang profesional. Aku tidak buat kerja kotor itu...tidak sekali-kali. Ini suatu kritik dan analisis bukan fatwa menghukum sepertimana ‘rutin’ golongan ‘agamawan’.

Kadangkala lucu juga, insan Malaysia yang tidak begitu struggle kehidupannya berbanding survival kaum kulit hitam dahulunya ( zaman racist/arpatheid ) di Amerika dan Afrika tetapi masih bisa membuat penemuan epik dan bersejarah dalam muzik pada zaman ini. Setaraf dengan Swing dan Blues ! Bila dahulunya mereka menjawab… ‘ alah…main muzik sikit-sikit...cari makan bang…’. Kini bukan lagi sekadar harapan, malah ia kenyataan. genre Muzik Carma telah lahir. Antara lagu-lagu popular yang masterpiece dalam genre carma dewasa ini adalah..Juwita….Citra Ter…. Ehem ehem !! , sorry bro… gua batuk pulak. UHUK..UHUK..UHUKK..!!






Ahad, Jun 03, 2007

NOTA 2


Ribut Harmoni.

Bila terdengar ramalan ribut akan melanda pasti ramai yang akan berjaga-jaga, bila ribut telah sampai semua bertempiaran lari menyelamatkan diri. Pergi sejauh yang boleh atau lari berlindung dari menghadapinya. Namun dalam muzik, ribut yang menakutkan itu bertukar menjadi rebutan pendengar untuk mendengarnya. Ramai yang tidak sedar adanya keributan pada keharmonian muzik. Masing-masing sanggup berhimpit-himpit untuk datang dan mendengar ‘ribut harmoni’. Aku ‘nggak’ tahu apakah ada istillah khusus ‘ribut’ harmoni ini dalam kamus muzik, namun aku memilih untuk menggunakannya, mengapa? Pertama, perkataan harmoni ini sering dirujuk sebagai sesuatu yang lembut, nyaman atau apa saja yang seumpanya, jadi perkataan ribut ini baik untuk memberi kontras pada ‘lembut’. Kedua, apabila beraprisiasi, setiap perkataan menyorot inti perbandingan elemen dan fungsinya. Namun, barangkali perkataan ‘ribut’ ini perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Dari makna perkataan melayu, ribut ini difahami sebagai taufan/angin kencang/badai yang merujuk erti makna ‘suasana yang berkecamuk’. Namun dalam konteks bahasa Indonesia, makna ribut terpanjang sebagai sinonim kepada kekecohan/pergaduhan pada perbualan atau urusan samaada sibuk mahupun kerusuhan. Dalam rujukan sains geologi pula, ribut ini di istillahkan sebagai tekanan dan keseimbangan suhu/udara pada atmosfera. Hasil dan kesan rantaiannya adalah bencana alam. Secara ringkas dan basisnya ribut adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian walau ia merujuk kepada ‘apa’ sekalipun. Kekuatan ribut bergantung pada faktor persekitaran. Tekanan – rantaian dan kesannya wajar di ambil kira.

Harmoni – telah ramai yang tahu apa ‘kebendanya’. Maka ribut harmoni ini menjelaskan lagi fungsi keharmonian dalam sesebuah lagu. Tidak semua, tetapi lagu yang bersesuaianlah. Harmoni datang dari bunyi instrumen dan suara manusia. Banyak kaedah bagaimana untuk mengurus harmoni dalam sesebuah lagu. Yang pasti komposisi lagu telah clear. Binary lagu juga sudah confirm. Adalah lebih baik jika skor struktur muzik telah ada. Proses ini penting. Sepatah kata Dr John Zorn, a score is like a skeleton.

Ribut bergerak dan dinamik, begitu juga dengan harmoni. Adalah mustahil untuk harmoni ini static. Ya, ia bisa sustain pada satu-satu pitch atau nada namun sustain itu hanya untuk...waiting to chorus, verse or anything. Ribut harmoni biasanya dihasilkan dengan muzik orkestra kerana bunyian akustiknya dan penggunaan instrumen yang pelbagai serta kaedah disiplin susunan muzik yang lengkap. Kerana itu filem Hollywood ‘gemar’ menggunakan orkestra bagi muzik latar filem-filem mereka. Pendekatan kaedah ini bisa menggegarkan dada audion ketika mendengar atau menonton. Ini fakta. Buktinya, filem genre apa pun dalam babak aksi debar tidak akan sempurna kesan dramatiknya jika tiada bantuan dari bunyi-bunyian, music score yang didalamnya terdapat apa yang dikatakan harmonic storm, telah memberi lebih impak dramatik. Penyatuan pelbagai bunyi dengan skala tertentu pada detik-detik tertentu yang menyokong visual pasti bisa merembes adrenalin kita dengan derasnya ketika menonton. Nah, inilah yang dipercayai sebagai – ribut harmoni.

Dalam konsep lagu-lagu nyanyian pada album, adalah tidak praktikal jika harmonic storm ini digunakan dalam setiap lagu. Jika dibuat, boleh jadi pendengar akan muntah dan gila hanya sempat sampai pada track ke lima lagu sahaja. Namun, bagi acara seperti konsert muzik secara live, harmonic storm ini pasti akan memberi makna yang lebih besar jika digunakan dengan betul. Konsert artis akan dikenang sebagai konsert yang paling berkesan dan dinamik. Tampakan bunyi pada filem telah membuktikan mengapa perlunya harmonic storm dalam music concert secara langsung. Jadi singkirkanlah gimik-gimik konsert yang berlebih-lebihan itu. Gimik seperti meletakkan atau menampilkan motokar mahupun beca, princess yang terbang dari syurga turun ketengah pentas menggunakan teknik-teknik stunt, bukanlah inti mengapa konsert itu di buat. Penonton yang mendengar mahu artis melahirkan sesuatu yang lebih bermakna dari kejutan kosmetik. Maka di sinilah peranan penggubah muzik bukan hanya diperlukan untuk mengemaskini lagu tetapi menyorot peranan sebagai perekabentuk ‘ribut harmoni’ pada konsert – menyatu peranan bunyi-bunyian pada skala muziknya.

Aprisiasi ini telah mengimbau kenangan kita orang muda kepada generasi terdahulu yang ketika itu bersama-sama tanpa mengenal saudara atau siapa untuk turun beramai-ramai pada ketika detik, tempat dan suasana yang sama, bagi menyatakan pendirian kita pada Malayan Union. Pendirian yang Indipendent ! Elemen-elemen space, time and sound/material telah bersatu ketika itu, maka terbentuklah suatu ribut harmoni yang kuat….maka pada umumnya, mereka telah berjaya. Salute!!!

Selasa, April 03, 2007

ELEMEN 7.

BENTUK.

A
…oh my darling oh my darling oh my darling Clementine
…thou art lost and gone for ever
…dreadful sorry Clementine

- potongan versa dari lagu Clementine.

B
…dia Isabella lambang cinta yang lara
…terpisah kerana adat yang berbeza
…cinta gugur bersama
…daun-daun kekeringan………


C
..haluan hidup ku terpisah dengan Isabella..
..tapi aku terpaksa demi cinta ku isabella..
..moga di bukakan……

- potongan korus dari lagu Isabella.


Clementine sebuah lagu klasik, ia kisah cinta kasih seorang ayah kepada anaknya bernama Clementine yang penuh dengan tragedi. Lagu Isabella pula dari genre moden – rock malaya, juga kisah cinta kasih tetapi dari seorang teruna kepada dara yang juga – tragedi. Karya ini fenomena pada zamannya. Maka itu kita ambil sebagai barang kes untuk elemen ‘bentuk’ ini.

Musical Form ini adalah struktur sebuah lagu. Rekaan lagu di ‘organisasi’kan dengan struktur tertentu yang sangat mudah. Mengapa perlu organized? Dengan mengorganisasikan bentuk lagu maka ‘sempurnalah’ setiap roh yang ada – berjasad. Dengan jasad maka tuntutan libido bisa lahir…hehehe ( salah satu tujuannya ). ‘Roh’ di sini boleh saja ditafsir sebagai idea. Kadangkala penyusunan ini terolah dengan sendirinya, iaitu setelah melodi siap dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap not bunyi mahupun warna, dibelakangnya punya seribu satu pola rupa atau view atau perspektif yang ‘hidup’. Dengan setiap goresan warna atau lantunan bunyi secara ‘terus’ jiwa akan ‘terus’ merasa baunya, jaraknya dan bisikannya. Ahhh…Indah sungguh ciptaan tuhan.

Struktur ( bentuk ) ini adalah elemen yang sangat terkemudian gubahannya dalam setiap penciptaan lagu, mengapa? Kerana perician itu lahir dari – satu – hingga seterusnya, ia proses, namun dalam muzik, ia bisa saja terbina dari punggung ke kepala atau belakang ke hadapan, istimewa bukan?. Oleh kerana ia elemen terakhir maka bentuk lagu boleh saja berubah pada saat-saat akhir sebelum dimainkan atau dirakamkan. Proses ini mudah mengelirukan penggubah atau pencipta apalagi penulis lirik. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya.

Versa disimbolkan sebagai A iaitu musical idea. Manakala Korus disimbolkan dengan B iaitu contrasting idea. Bagi lagu klasik Clementine lagunya hanya ada Binary A sahaja. Bentuknya AA AA. Iaitu idea. Tiada contrast. Begitulah lagunya dari awal hinggalah akhir – melodi yang sama. Inilah titik persamaan Klasikal Barat dan Tradisional Timur contohnya lagu-lagu Melayu Asli, dari satu versa ke versa yang lain hanya sedikit olahan idea, hanya pada beberapa nota tertentu saja, bentuk yang ringkas tetapi membawa kesan yang lambat tetapi maksimum. Isabella pula terdapat pola gubahan post-modern iaitu Binary AA (idea) bagi 1st dan 2nd versa, korus Binary B (contrast idea) dan Terniray C (extension idea). Jadi ringkasnya bentuk Isabella AA BC. Struktur bentuk muzik pop/rock bergerak dari genre irama Blues. Iaitu 12 bar blues

Tonic / / / / A
Subdom / / tonic / / B
Dom / Subdom / Tonic / Dom / A/C

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan, selari dengan kreativiti dan idea manusia. Jadi tiada istillah bentuk muzik apa paling cantik atau hebat. Bentuk ini berkait rapat dengan lirik dan presentation muzik. Hanya melodi dan bunyi yang punya kuasa tarikan, bentuk ibarat ruang atau pentas untuk muzik bermain di atasnya, bisa saja berubah persembahan lagu yang sama buat kali kedua pada masa/vanue yang lain. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari vokal dan bunyi instrumen yang berbeza, bentuknya di add sedikit menjadi AA BC + D ( D adalah improvise ). Ia tetap menarik kerana disamping berlaku form enhancement melodi dan bentuk asal masih dikekal. Begitulah halnya dengan lagu Clementine, walau hanya single idea ia masih lagi memikat hati pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak, dinamiklah yang memain watak menaratifkan idea muzik dari awal ke akhir. Rhythm flow yang meransang maka…. klimaxlah ia di situ.

Oleh kerana ‘bentuk’ ini agak ringkas formulanya, komposer berisiko untuk terkeliru antara kehendak diri dan keperluanan pada muzik rekaannya. Bentuk yang mudah atau ringkas akan memberi kekemasan pada lagu, melodi senang sekali mahu menonjol. Pendengar mudah sekali menangkap larian rentaknya. Namun, keinginan komposer sering bercanggah dengan kesesuaian lagu, terjadi kerana tiada titik temu antara faham keperluan dan kehendak yang bermacam-macam, tinjau komposer dari seberang, bentuk muziknya yang agak simple tetapi messy, contohnya lagu Laskar Cinta dari DEWA 19, barangkali kerana mesej maha besar yang ingin disampaikan dan ghairah untuk ‘rock’ bunyi instrumen yang digarap, langsung kehendak itu dituruti. Pengaruh lampau pada mentor band juga salah satu faktor yang menjadi penyebabnya.
Messy yang aku maksudkan di sini samalah dengan ‘makan nasi dengan semua lauk di longgok dalam satu pinggan makan’. Boleh, tetapi tidak cukup versatile. Genre rock yang baru adalah bagus jika bentuk muziknya juga baru, namun D19 masih mengekal form muzik pop, bayangkanlah sound rock yang agresif diletak dalam komposisi pop yang asal gubahannya dengan sound yang smooth dan cool. Bukankah itu messy? Maka dibahagian inilah kadarbanding komposer /penggubah dan karya sering terpisah…dan dipisahkan.

....terpisah kerana…adat yang berbezaaaa…cinta guuuuuu…gor <-- pitching-pitching !!!