Jumaat, Julai 31, 2009

Mari Hadir.


Akan berlangsung 1 siri dialog muzik bersama tokoh-tokoh muda dalam industri muzik. Ini merupakan kesinambungan siri bulanan dialog MusicForum. Bagi pembaca blog ariapertama, pencinta muzik, anda semua di jemput hadir. Sesi diaolog ini diadakan secara terbuka. Bercakap tentang individu bernama 'komposer' serta melihat hasil kerja komposer-komposer masa kini. Jangan tertinggal untuk bersama memajukan diri sendiri.


1 Ogos 09
8 malam
No 1-2-2A, Blok 1 No8,
Jln PJU 1A/20F,
Dataran Ara Damansara,
47301, PJ.

Tajuk - Komposer dan komposisi.
Panel - Mukhlis Nor ( Komposer )
Moderator - ariapertama.

Bio Mukhlis Nor.
'86-87 Co-Producer ' Hitam Putih Kehidupan'
Komposer dalam Album 'Emosi' - Sheila Majid.
'88 Komposer dalam Album 'Lagenda'
Antara Album-album lain 'Hijau - Zainal Abidin' Khatijah Ibrahim, Sharifah Aini dan ramai lagi.
Lulusan Lanscape Architecture NSU, Lousiana US.
Seorang Vokalis Kumpulan Ali bersama Roslan Aziz.

Ahad, Julai 26, 2009

Al-Fatihah


Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.

- Laporan dari Mstar.

Jumaat, Julai 24, 2009

KEPINGIN - Sudin Lappo




‘ Malam Biru ’.

…inikah yang kau kata,

Tentangnya bahagia, di hadapan ku..

- memetik kata-kata ‘malam biru’ lirik Sudin Lappo.


Apa yang terpenting di dalam lakaran lirik dan brush stroke catan tangan Sudin Lappo?

Apa kaitan lirik dan imajan Sudin Lappo?

Apa yang Sudin Lappo ‘Kepingin’kan?


3 soalan ini punya 1 jawapan sahaja – Sudin Lappo mahu jadi dirinya.

Sesiapa jua bisa intepret fikiran sudin, idea sudin. Siapa jua bisa kritik sudin dan di kritik oleh sudin. Siapa jua bisa menulis tentang tulisan tangan sudin. Tetapi tiada siapa bisa mahu atau bisa jadi sudin seperti mana sudin mahu jadi dirinya.

Dalam onak mahu menjadi dirinya, sudah pasti seniman itu akan di halang, di hantui malah di ‘obat’ oleh satu penyakit ‘ego’. Bukan tentang ego diri, tapi tentang kesombongan mahu lihat dirinya dari lobang-lobang yang diri itu telah masuk - dahulu.

Dalam satu naratif, statik atau tidak, ‘momento’ atau momen itu wujud dalam catan sudin. Bagi generasi muda sepertinya, ini kita boleh anggap sebagai satu pencapaian.

Figura-figura catan tangan sudin bukan di dominasi oleh gender atau sex makhluk ( walau pun imej wanita gaya erotis agak ketara ). Tetapi figura sudin di kuasai oleh ‘kekacauan ekspresi’ – yang ditimbulkan nyata dan dengan sengaja oleh pelukis si Sudin Lappo. Dengan kata lain, beliau tidak sengaja melukis punggung, p*ki atau k*nek ! tetapi beliau ‘melukis stroke’ sebagai hijab melihat anu-anu dengan rasa ‘kepingin’ yang beliau dorong ini.

Imej dan lain-lain props juga di‘main’ dengan pendekatan yang sama. ‘Perawan, Delima Merah di bibir mu, Kepingin menjadi –sigar/jenggo’ antaranya. Props dalam subject matter menjadi dorongan kepada perkara yang beliau maksudkan. Ilusinya mengolah keinginan kita.

Barangkali dia cuba menolak hal-hal ‘skema’ dalam tradisi catan konvensional. Barangkali.

Siapa pun Sudin Lappo. Dia seorang seniman muda yang sedang bercakap pada dunia.


Pameran Solo – Sudin Lappo

Di Pace Gallery, PJ. K.L

Bermula 23 July – 1 Ogos 09.