Isnin, September 29, 2008

En. Mohd. Ramadhan dan Kak Siti Syawal.

Ramadhan sudah berlalu. Ia boleh dianggap sebagai waktu ketika sedang melalui satu proses membuat sesuatu dengan segenap daya usaha. Hasil dari proses ini akan dilihat dan dizahir pada ketika bulan syawal.

Umpamakan senario ini dengan satu senario lain iaitu dalam proses pengkaryaan. Sebagai catatan dari pengalaman peribadi aku, aku sering tidak sabar untuk melihat hasil karya berbanding tumpuan pada proses membuat atau mengarangnya. Aku dapati rupanya ia dialami juga oleh pengkarya lain.

Keghairahan melihat hasil kerja seharusnya menjadi magnet untuk bekerja dengan lebih berdisiplin dan teratur. Namun kes yang pernah aku lalui ini, berlaku sebaliknya. Ia menjadi faktor utama sikap cuai dalam proses pembuatan, gopoh menyusun, buta melihat dan sombong untuk tahu.

Hasilnya tak kemana.
Meraikan syawal tidak seharusnya lebih dari menghayati ramadhan.

7 ulasan:

  1. betul, betul, betul!

    BalasPadam
  2. ramadhan untuk yg bpuasa...syawal untuk semua...puasa tk sama2 boleh ikut sama bgumbira

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:59 PG

    en aria, you locate kat mana ?



    Hanifah

    BalasPadam
  4. kadang kadang tidak sabar tuntuk melihat hasil karya juga boleh mendatangkan syok sendiri.yang tu pun aku takut hehehe

    masih belum terlambat rasanya aku nak salam syawal

    BalasPadam
  5. dhuat
    mcm yes man je bunyi.hehe

    pemikir lapuk
    ramadhan utk yg bnafsu tinggi.syawal buat mereka yg telah hilang nafsunya.hehe

    hanifah.
    surf musicforum2007..ada add dan peta tempat aku dan teman-teman beroperasi.

    butaseni.
    syok sendiri penting utk bkarya.syok pd diri sendiri tu yg buat penyakit.hehehe..

    selamat hari raya buat teman-teman semua.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:15 PG

    tak buat open house ke? aku nak mai makan.

    BalasPadam
  7. En. Mohd. Ramadhan dan Kak Siti Syawal, adik beradik yang tidak boleh dipisahkan hatinya.. ..

    (^_^)

    BalasPadam