Memaparkan catatan dengan label Nota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 26, 2011

MODAL

Pemuzik, penulis lagu, penulis lirik, jurutera bunyi dan kesemua pekerja produksi muzik adalah sumber karya. Tanpa mereka – tiada karya. Orang politik memanggilnya ‘modal insan’. Ahli ekonomi menggelarnya ‘aset’. Kaum intektual menamakannya sebagai ‘bangsa karyawan’. Walau apa pun nama atau gelaran untuk manusia-manusia ini, mereka tetap seorang manusia yang dilayan seperti mana golongan lain juga.

Mereka ini bekerja bermodalkan ide, ilham atau dengan kata lain – intelek. Mengukur kemampuannya dan menilai harganya bukan suatu kerja yang mudah berbanding kita menilai hasil kerja manusia yang bekerja berasaskan modal fizikal seperti operator pengeluaran atau askar.

Modal ‘ide’ ini bergantung kepada banyak faktor antaranya masa, originaliti dan harapan. Jika masa mungkin maksudnya selama mana proses pembuatan itu diambil – mungkin. Jika tentang originaliti, barangkali bererti ide baru yang tidak pernah dilakukan sebelumnya, hal ini juga bergantung pada ‘persepsi’ atau tanggapan seseorang sejauh mana ‘genuinity’ sesuatu idea atau karya itu. Dengan kata lain ia bergantung kepada ‘pendapat’. Sedangkan pendapat ini pula pelbagai dan berlainan. Mengenai faktor ‘harapan’, jika karya ini diletakkan harapan yang tinggi untuk diterima dipasaran, mungkin juga harganya turut naik tinggi, jika tiada harapan diletakkan, barangkali “berapa kau bagi aku ambil”.

 Tidak ada formula khusus untuk meletak harga kepada sesebuah karya. MACP dan PRISM mengolah kaedahnya menerusi sistem Mekanikal dalam urusan mengira royalti intelek ini. Tidak salah dan tidak juga tepat. Ini semua adalah tanggapan manusia. Jika itu sudah diterima ramai, maka itulah sistem yang terbaik. Samalah dengan – demokrasi.

Ahad, Januari 02, 2011

Anugerah Juara Lagu - Satu Kritik

PERTANDINGAN JUARA KOMPOSER.



Pertandingan Gladiator pernah menjadi satu tradisi oleh bangsa Rom. Dalam dunia Melayu, kita kenal dengan pertandingan mencari pahlawan atau pendekar. Zaman itu, acara ini berjalan setiap tahun, oleh itu masyarakat menerimanya sebagai satu tradisi dalam konteks seni beladiri dan kebudayaan sesuatu kaum. Namun bukan sebab itu sahaja ia menjadi tradisi, sebaliknya tradisi ini dibentuk dari hal-hal yang bersifat proses.

Kita tahu, setiap Gladiator atau Pendekar yang hendak bertanding harus menjalani proses saringan yang mencabar, memakan masa, teruji malah, bagi pendekar atau gladiator ini, nyawa jadi pertaruhannya. Justru, selayaknya pemenang yang menjadi juara akan mendapat ganjaran material serta pengiktirafan pada status hidup yang tinggi dalam komunitinya. Di zaman perhambaan, ia adalah kemenangan untuk mendapat sebuah kebebasan.

Tradisi dalam apa jua bentuk, punya peranan. Ia mencipta identiti sesebuah bangsa, nilai baik atau buruknya sesuatu tradisi itu bergantung kepada pelaku-pelakunya. Pelaku-pelaku tradisi ini adalah manusia seperti kita, maka manusia yang datang dari pelbagai disiplin ilmu baik sains, sastera, ekonomi dan seni juga punya tradisinya. Dan ia meletakkan sesuatu bangsa itu pada satu-satu tahap pencapaian. Malah ia memberi makna pada kewujudan entiti kita, dan untuk itu, pastinya kita mahukan makna itu, makna yang sebenar dan besar. Dalam sejarah kehidupan manusia – perjuangan hak dan kebebasan adalah matlamat yang tidak pernah kendur.

Dalam dunia muzik, tradisi melahirkan bakat baru sudah lama berjalan, seusia pertandingan Gladiator itu juga. Itulah hakikat dan tujuan sebenar pencarian jaguh atau juara atau bakat. Di Malaysia – tradisi ini dimanifestasikan dalam acara pertandingan muzik iaitu AJL atau Anugerah Juara Lagu, yang dipelupori oleh media TV3. Setiap tahun kita lihat AJL dengan pelbagai tema bersilih ganti seperti slogan baru setiap kali pentadbiran negara bertukar Perdana Menteri. Bertukar slogan ini pun sudah jadi semacam satu tradisi kita!

Slogan atau tema memang punya erti tetapi erti itu belum tentu memberi makna yang jelas pada kesinambungan matlamat berkarya. Cabaran bagi setiap tradisi ialah persoalan 'universal' atau relevensinya dalam zaman. Pada dunia hari ini, adakah acara tradisi seperti AJL ini benar-benar dapat atau telah berjaya melahirkan ide atau karya yang baru? Atau melahir seorang Gladiator yang hebat? Jika iya, dimana karya sang Juara selepas menang? Ketahap manakah kualiti karya heronya selepas bergelar Juara Komposer? Mungkin soalan ini agak sensitif dan subjektif sifatnya. Namun persoalan yang sama juga pernah ditimbulkan oleh peneroka Felda tentang peranan, nasib dan masa depan mereka.

'MEDIA' SEBAGAI PENGANJUR.

Kita mengalu-alukan pihak mana pun untuk menjadi penganjur. Namun, setiap penganjur yang memilih peranan ini harus juga sedar tentang cabaran yang bakal dipikulnya.

Kita sudah sedia maklum bahawa media elektronik, punya polisi bagi keberuntungan penganjuran ini kepada syarikatnya. Penganjur akan beroperasi sesuai dengan polisi mereka dalam semua aspek penerbitan. Sebagai media swasta yang bergantung kepada duit penajaan dan 'rating' penonton, pastinya polisi termasuk etika penyiaran mereka akan memberi kesan terus kepada karyawan. Dalam konteks kebebasan menerbitkan karya, polisi ini sering menjadi ancaman kepada kelahiran 'karya baru'. Jangan silap faham dengan pandangan ini, 'karya baru' bukan bermakna genre baru. Karya baru bertolak dari ide dan kejujuran. Tetapi genre hanyalah 'pakaian' baru yang biasanya dipakaikan untuk menutup tubuh yang sudah kering usang.

Matlamat penganjuran dikatakan untuk melahir dan mengiktiraf bakat seniman/karyawan. Tetapi jangan kita lupa, objektif sebenar media elekronik seperti ini adalah 'rating' penonton, niat untuk mengiktiraf bakat seniman hanyalah objektif diatas sehelai kertas.

KESAN PADA KARYA - Art work

Sejak beberapa siri penganjuran AJL, bukan sahaja tema atau slogan baru diperkenal, tetapi format pertandingan juga sering berubah-ubah atas justifikasi semasa, contohnya kelebihan (jumlah) penerbitan berdasarkan 'genre', jika musik bergenre 'etnik' banyak diterbitkan pada tahun ini, maka akan ada ketegori baru untuk itu. Selain daripada format, sistem penjurian juga berubah-ubah dengan niat untuk keuntungan tambahan menerusi sistem 'sms'. Selepas hampir dua dekad penganjuran ini, kita masih tidak tahu apakah modul yang digunapakai untuk proses penjurian.

Selain rasional itu, penganjur juga menambah alasan, perubahan ini untuk kemeriahan dan penglibatan penonton yang lebih meluas dalam AJL. Apabila kita menilai situasi ini, kita tidak nampak walau satu pun perubahan yang dibuat, menyentuh persoalan dasar pada strukur penganjuran, baik dari proses pencalonan, saringan hinggalah penjurian.

Untuk menilai kembali atau merubah struktur penganjuran secara jujur dan 'radikal', adalah menjadi suatu hal yang amat berat kepada penganjur, malah ia menjadi 'ketakutan' buat mereka. Kerana apa? Kembali kita memahami polisi media tersebut. Inilah cabaran yang kita maksudkan itu. Polisi mereka yang bergantung pada penajaan dan 'rating' penonton rupa-rupanya menjadi perangkap buat penganjur sendiri. Perangkap ini sudah tentu akan juga menjerat mutu karya dan produktiviti karyawan. Ingin kita tanya, apakah media tidak punya peranan, keberanian dan kejujuran dalam memberi ransangan baru kepada khalayak?

Kepentingan antara matlamat penganjuran (acara) dan matlamat syarikat media kini bertembung. Dan karyawan tersepit ditengah-tengah pertembungan ini. Namun – apakan daya, kita bodoh dan lemah.

Tanggungjawab melahirkan karya atau Gladiatornya bukanlah tanggungan media seperti TV3 menerusi AJL, sebaliknya medialah yang bertanggungjawab membantu mempromosikan acara dan karya. Namun tidaklah menjadi kesalahan jika media ingin bertindak sebagai penganjur utama, tetapi harus sedar akan cabaran dan halangan buat mereka.

Senario ini bikin kita jadi pelik, bagaimana dengan banyaknya modal dan penganjuran baik AJL, AIM, ABPBH dan bermacam-macam anugerah dan pertandingan, masih gagal – sekurang-kurangnya meningkatkan produktiviti karya. Masalah ini sudah menjadi krisis.

ISTILLAH, FUNGSI DAN KESANNYA

Perubahan 'radikal' yang aku catatkan itu barangkali dapat membawa kita kepada makna sebenar penganjuran acara ini. Apakah yang di maksudkan sebagai 'radikal'? Untuk itu kita harus melihat skeleton pada istillah, fungsi dan kesannya. Istillah atau term yang kita guna pakai dalam acara ini telah diambil dari satu disiplin yang punya sejarah dan tradisi. Kita elakkan untuk membaca (memahami)nya sebagai terlalu akedemik dan bersifat teori semata-mata.

Apakah hakikat sebenarnya pertandingan 'kompozer' itu? Apa rujukan atau perbandingan kita?

Komposer adalah composer. Istilah melayu ini berasal dari bahasa Inggeris, dan asal perkataan composer ini dari perkataan 'compose' yang bererti karangan (muzik). Istillah composer pula bermaksud manusia yang kerjanya mengarang muzik. Definasi bahasa melayu, memberi makna komposisi sebagai gubahan atau ciptaan atau bahagian-bahagian yang terjalin menjadi sesuatu yang lengkap atau yang terjalin menjadi sesuatu yang lengkap – dan makna kompozer pula ialah penggubah, pencipta lagu dan muzik.

Walaupun definisi 'kompozer' dalam bahasa Melayu ini agak kurang jelas (kerana melibatkan satu lagi istillah iaitu 'penggubah'), namun kesimpulannya dapat kita fahami yang ia merujuk kepada satu perkara dalam konteks bahan seni atau kerja seni muzik. * Istillah 'penggubah' akan dijelaskan kemudian.

Istillah mengarang 'muzik' sememangnya bersifat universal. Namun, ini bukan sekadar dalam konteks terjemahan makna pada bahasa sahaja, ia adalah istillah khusus dan teknikal dalam konteks disiplin – dalam hal ini ia disiplin muzik. Sebagai contoh, JK Rowling adalah pencipta novel Harry Potter, tidaklah bermakna beliau itu seorang kompozer. Istillah ini juga membawa maksud profesion dalam bidangnya.

Maka, kompozer adalah seorang pencipta yang menggunakan musik sebagai bahannya. Apa pula makna 'pencipta muzik'? 'Pencipta muzik' adalah orang yang mencipta 'muzik' sahaja – iaitu muzik orkestra. Hanya muzik orkestra yang berorientasikan – muzik semata-mata. Bukan lagu nyanyian vokal berlirik bahasa – seperti lagu Pop.

Warga muzik seluruh dunia sememangnya memahami dan mengguna pakai istillah kompozer ini untuk orang yang mencipta muzik orkestra atau simfoni. Bukan lagu-lagu pop yang berlirik.

Sebagai contoh dalam pertandingan seperti, International Chamber Music Competition Hamburg dan Melbourne International Chamber Music Competition. Pertandingan ini adalah untuk mencari orchestra composer.

Bagi mereka yang mempelajari sejarah seni muzik, pasti akan menemui istillah penulis lagu atau song writer. Dalam senarai nama kompozer di susun mengikut urutan zaman dan sejarahnya. Apabila urutan sejarah ini sampai ke zaman moden, perkataan kompozer tidak lagi digunakan ke atas pencipta muzik, sebaliknya di istillahkan sebagai penulis lagu atau song writer.

Song writer ini juga pada hakikatnya mengarang lagu seperti kompozer tetapi karangan mereka berada dalam konteks yang berbeza iaitu muzik moden – Pop. Jelasnya, dalam istillah muzik, song writer dan composer memberi pendifinasian yang jelas ketara perbezaan dari segi teknikalnya walaupun kedua-duanya menggunakan musik sebagai medium.

Ciri-ciri muzik Pop ini sudah pastinya mempunyai lirik bahasa, pendek dan ringkas berbeza dengan muzik orkestra. Contoh pertandingan untuk song writer seperti, Eurovision Song Contest, Great American Song Contest, John Lennon Song Writing Contest dan International Song Writing Competition (ISC).

Setiap istillah punya makna yang khusus dan praktis, ia juga memberi penjelasan teknikal yang tepat dalam konteks penggunaan istillah yang betul, istillah ini juga adalah satu 'pengiktirafan' profesional. Jika kita hendak terus mengguna pakai istillah kompozer bagi pencipta lagu-lagu Pop, tidak pula menjadi satu halangan dan kesalahan, tetapi ia tidak tepat. Harus pasti, penggunaan istillah yang tepat akan melahirkan konsep acara yang betul, baik dari segi penganjuran dan matlamatnya.

Kita juga tahu, hasil kerja, disiplin dan matlamat bagi penulis lagu seperti Pak Ngah atau Eddie Hamid tidaklah sama dengan kompozer orkestra atau simfoni seperti Beethoven, Chopin dll. Kesilapan menggunakan istillah juga memberi kesan jangka panjang.

Perbendaharaan kata kita akan terus menjadi lesu tanpa ada perubahan radikal di peringkat asas untuk kita kembangkan. Kamus istillah muzik dalam bahasa Melayu juga masih belum ada hingga kita terpaksa menterjemah makna dua kali dan dua konsep berbeza. Iaitu pertama, makna atau definasi dalam bahasa, dan kemudian definasi/makna 'bahasa' itu diterjemah kembali kedalam istillah yang khusus atau teknikal. Kedua-dua terjemahan ini melibatkan bahasa dan konsep.

Senario ini akan menanyakan kembali pada diri kita, bagaimana kita mampu berdiri dengan ide sendiri lantaran terus meminjam istillah asing untuk memahami muzik kita – jiwa kita sendiri.

PROSES MENILAI IDE

Lagu/melodi ini adalah ide, ide bukan peti sejuk yang dengan mudah boleh kita ukur saiz, berat dan teknologinya. Sekalipun punya mekanisme untuk menilai lagu mana yang terbaik, ia pasti memerlukan masa – ide juga adalah hal naratif dan naratif bersifat perjalanan masa.

Dalam konteks pertandingan – kita perlu rasional untuk tidak terlalu pendek atau terlalu panjang (lama) proses penilaianya. Maka, proses menilai ini harus punya modul yang jelas, lengkap dan tersusun. Penganjur wajib memahami modul dan proses penjurian dengan masa yang rasional (logik), mereka juga harus tahu dan jelas matlamat proses ini. Dengannya, acara ini akan menjadi satu tradisi yang berkredibaliti, telus dan terus releven.

Pertandingan mencipta ini juga adalah pertandingan menggubah. Apa itu penggubah? Mengapa bahagian (part) 'gubahan' ini terasing dari istillah penulis lagu? Untuk memahaminya, kita ambil contoh, penanam bunga dengan penghias bunga, adakah ia sama dari segi kerja dan peranannya?

Menulis lagu bukanlah persoalan 'persembahan' muzik. Sebaliknya ilham (ide) dan metafor (simbol). Gubahan pula meliputi persoalan gaya atau pendekatan atau method untuk 'mempersembahkan' ciptaan lagu itu. Secara ringkas, gubahan adalah proses selepas selesai menulis lagu. Justru, hasil ciptaan dalam satu-satu pertandingan harus dipersembahkan, dan ia memerlukan kepakaran menggubah.

Penggubah juga adalah satu profesion, penggubah wajib mahir dengan instrumen dan fundamental muzik. Dalam konteks penulisan lagu moden, tidak kesemua mereka itu mahir menggubah atau mahir dengan instrumentasi dan sebaliknya tidak semua penggubah bijak menulis lagu. Profesion sebagai penggubah memerlukan pendidikan dan ilmu pengetahuan, bukan hanya bakat seperti menulis lagu.

Dengan gubahan juga maka peranan – penghibur – artis – berfungsi secara langsung dan efektif. Jika tidak, gimik persembahan tidak akan punya apa-apa makna tanpa hubungan langsung dengan ide karangan muzik, melodi dan lirik. Tidak kira set pentas atau props itu datang dari langit sekalipun. Jika itu terjadi, kita akan berterusan menonton penghibur 'kerusi meja' di atas pentas.

Pengiktirafan kepada profesion penggubah harus dimulakan di arena(pertandingan) seperti ini. Maka terbukalah satu lagi profesion dalam industri kita. Ini juga satu tradisi.

Lirik. Suatu waktu dulu, diperingkat awal AJL, wujud anugerah untuknya – kategori lirik terbaik. Tetapi hilang selepas itu – entah kenapa. Ciri lain yang penting, yang menjadikan sesebuah musik itu pop atau tidak adalah lirik. Tanpanya, elemen Pop tidak lengkap. Menilai lirik memerlukan kepakaran bahasa. Permainan kata bahasa memungkin penyanyi – (menyampai) ide muzik dengan identiti tersendiri, bukankah ini ciri yang dicari oleh artis?.

Namun agak pelik, lirik sebagai elemen penting telah terabai. Lirisis juga satu profesion. Mengiktiraf profesion adalah satu perkara penting untuk kesinambungan penghasilan karya yang baik.

PENTAS SEBENAR JUARA KOMPOZER

Lapangan muzik kita tidaklah begitu besar skalanya. Untuk sukses berkarya sememangnya kita memerlukan penghayat dan ide atau karya kita sememangnya banyak bergantung kepada saiz penghayat. Geografi pasaran yang sempit ini bukanlah ciptaan mana-mana pihak. Untuk mencapainya, karyawan memerlukan jalan pengiktirafan sebagai 'vehicle' untuk terus berkarya – tiada pilihan, kecualilah jika seseorang karyawan itu benar-benar mahukan'seni' untuk diri sendiri.

Jika kita lihat contoh-contoh pertandingan seumpama AJL ini dipentas dunia, kita tertanya-tanya apakah benar pertandingan ini untuk mencari bakat kompozer dan karya yang bagus (baru)? Kerana yang terisi dalam AJL adalah dikalangan artis (mainstream) sendiri, bukan di isi oleh penggiat yang bukan mainstream. Kontradiksi ini barangkali akan beralasan; ini acara kita tanpa meniru acara luar. Hakikatnya, bukan persoalan peniruan atau tidak, tetapi soal releven atau tidak karyawan atau artis yang sudah dipentas 'anugerah' masih bertandak di pentas 'pertandingan' untuk mencari ikon musik yang baru.

Kita lihat, kebanyakkan karyawan dan artis berlumba-lumba untuk masuk pertandingan. Kita ulang, ini juga tidaklah menjadi satu kesalahan jika itu kehendak penganjur. Tetapi senario ini melucukan bilamana pentas 'anugerah' seperti AIM atau apa saja, telahpun menjadi medan pengiktirafan untuk mereka. Justru, pentas AJL ini harus menjadi arena yang genuine untuk mencari musik yang baru dan fresh – yang kita yakin, baru dan fresh ini sukar diperolehi dari artis sedia ada – mainstream.

Mungkin ada lagi yang beralasan; pentas AJL ini tidak sesuai untuk bakat baru. Hakikatnya, alasan ini tidak dapat berdiri kukuh jika kita memahami bahawa, bakat baru yang kita maksudkan bukanlah manusia seni yang baru sembilan hari belajar mencipta lagu atau baru sebentar tadi belajar menyanyi. Sebaliknya ia harus di isi oleh penggiat seni yang profesional dan lama aktif tetapi tidak mendapat arena untuk menjual 'ide' musiknya. Kita semua tahu, di luar dunia arus perdana memang terdapat ramai bakat yang belum mendapat ruang untuk mempromosikan karya mereka.

Jika kejujuran penganjur untuk memain peranan yang sebenar menerusi acara ini, pasti perubahan radikal yang kita maksudkan itu mampu dilaksanakan. Namun, pihak mana yang berani melakukannya? Bersedia? Sanggup?

Soalan yang aku suka tanyakan, apakah hasil yang kita boleh harapkan daripada penganjuran ini?

Pertandingan ini bukanlah projek untuk menyubur penghasilan karya apatah lagi untuk memberi makna perjuangan kepada para karyawan. Sebaliknya ia adalah ilusi yang diwujudkan diatas kertas bernama – wang. Sungguh kita tahu, untuk berubah bukan senang.

Kini tiada pilihan untuk karyawan seperti kita. Wujudkan dunia kita – mulakan pada hari ini.

Selasa, Februari 02, 2010

G Dalam muzik.

Not ke-5 dalam skala natural C. Ada Gb dan ada G#. Fungsi dan prinsipnya sama juga dengan kod-kod lain dalam gugusannya. Jumlah # dan b juga sama. Skala minor dan major juga sama. Apa yang menarik tentang kod G berbanding kod-kod lain? Tiada. Sama seperti kod lain yang saling perlu-memerlukan. Ada beberapa genre muzik yang kebanyakkannya menggunakan key G, antaranya muzik Blues. Bagi instrument seperti Horn in F, not D bunyinya G. Dengan kata lain, not yang berbeza tetapi bunyinya sama – ini juga berlaku bilamana sesiapa jua yang kentot, tak kira lelaki atau wanita jelita, baunya tetap sama – busuk.






Ada lagi tentang G dalam kamus pinggiran ini.






G = Gigs – Gigs ini dipopularkan oleh anak muda, asal perkataan Inggeris Amerika. Ia boleh difahami sebagai ‘persembahan muzik rock’ atau showcase rock. Jarang pula anak muda yang bermain muzik tradisional menggunakan perkataan ini bagi show muzik mereka. Gigs lahir ditengah-tengah genre muzik rock. Walaupun asas gigs ini sama saja dengan persembahan muzik yang lain, namun perkataan itu membawa perbezaan pada music attitude, pemuziknya dan audien-nya . Inilah pendekatan oleh golongan indie (peminat dan pembuat) muzik indie untuk membezakan content muzik mereka dengan muzik-muzik lain. Ada juga yang mengaitkan makna gigs ini dengan band boy yang tiada rekod label. Namun itu sekadar menambah perbezaan yang ada. Jika anda (pembaca) juga ingin menokok tambah – silakan. Andalah yang memberi makna semua ini.


Glee – Perkataan glee saja hanya membawa maksud expresi keriangan atau yang seumpannya. Namun dari segi teori muzik ( yang memandai-mandai ), ia diistillahkan sebagai ‘part of song’. Pada asalnya ia hanya elemen, tetapi kini elemen itu telah menjadi trend dan menjadi sub-genre dari muzik-muzik yang sedia ada. Dengan kata lain, elemen seperti Chorus diambil dari sebuah lagu menjadi satu lagu lain dengan susunan yang baru. Untuk lebih faham, ibaratkan nasi goreng yang kamu telah goreng, kamu ambil dan masak kembali menjadi nasi hangus mak nenek dengan perencah dan perisa yang lain. Maka nasi hangus mak nenek kamu itu kamu jadikan menu baru, harga baru dan dalam pinggan yang baru.


Geli – ini lain. Dalam muzik akan diguna pakai bila penyanyi dangdut itu ‘merengek-rengek’ dan ‘mengerang-ngerang’ dalam nyanyiannya. Maka kita akan merasa mual, nak muntah, nak beranak. Jadi ia ‘geli’. Di Malaysia, elemen ‘geli’ ini semakin popular. Ia akan digunakan bilamana sesebuah lagu atau artis itu kurang popular, maka elemen ‘geli’ ini akan diungkapkan secara berlebih-lebihan.


Gigolo – dalam dunia muzik, ada juga beberapa orang pemuzik yang suka menjadi gigolo dan suka di’gigolokan’ oleh ‘mainstream’. Pemuzik gigolo ini merupakan pemuzik-pemuzik yang loser. Tanda-tanda mereka itu gigolo akan kelihatan bila mereka komplen kerana gagal mendapat kontrak penjaan konsert dari Telcos dan korporat.


Goreng – Istillah budak rock kelengkang (kapak) tentang solo part (gitar). Rock kelengkang ini berlaku bila mana semua gitaris pose gitar mereka dicelah kelengkang. Dan, biasanya mereka akan “goreng tak hengat punya”.


Go – go home….

Jumaat, Januari 01, 2010

DNA Muzik.


1.
Selain dari key, not, bentuk, instrumentasi, tempo dsb. Apakah dasar yang membezakan satu karangan lagu dengan karangan yang lain?

2.
Apa yang menjadi identifikasi permainan antara pemuzik A dengan pemuzik B menerusi sebuah lagu yang sama, rentak yang sama, key yang sama dan instrumen yang sama?

3.
Apakah dia DNA yang menjadikan sesebuah lagu itu punya identiti yang tersendiri sebagaimana satu individu dengan satu individu yang lain?


Kesemua soalan-soalan ini bertujuan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan dalam peta minda dan ketelusan jiwa manusia.

Kontuar melodi, dari 1 not ke 1 not yang lain me’reka sebuah naratif masa. Dari detik pertama hingga detik-detik seterusnya. Ini adalah disiplin rakaman masa paling kuno di dunia. Kadangkala kita bercakap melalut-lalut tanpa hujung pangkal. Tetapi muzik, muzik tidak akan melalut-lalut begitu, tidak akan ke‘laut’, malah ia tidak akan beku kaku. Muzik menunjukkan arah – haluan – refleksi – masa.

Hukum masa banyak memberi inspirasi(ide) kepada manusia memahami bagaimana alam berfungsi. A.Einstein menjawab apabila ditanya tentang Teori Relativiti-nya "It occurred to me by intuition, and music was the driving force behind that intuition. My discovery was the result of musical perception".

Nombor-nombor digit yang sedang kita guna hari ini, dalam apa jua kegunaan, juga bermula (tercipta) dari intuisi – imaginasi. Ciptaan muzik menolak imaginasi manusia untuk berimajan dalam bentuk-bentuk rigid yang berbeza-beza, mengikut pengetahuan mereka sendiri. Imajan ini berupa ‘penyelasaian masalah/conflict salution’. Tidak hairan, bagaimana cendikiawan zaman awal, baik saintis bidang perubatan, matematik dan kejuruteraan di sebelah Barat mahu pun Timur, punya aprisiasi yang tinggi terhadap seni. Mereka memahami dasar ilmu.

Kini, dasar ilmu itu sedang ditimbus oleh khayalan pada teknologi. Jua tidak hairan, mengapa insan zaman ini lebih sombong dan kering jiwanya. Ini melahirkan persepsi yang sangat serong terhadap kehidupan umumnya.

Kefahaman tentang DNA muzik ini mencetus 1 keresahan dalam diri. Dengan kepelbagaian sumber masa kini, baik menerusi teknologi, gaya dan tekanan ekonomi, ini memungkinkan aku sesat dalam memahami proses pengkaryaan. Bila kacau berfikir, maka akan kacaulah bekerja.

Bunyi hanya lahir bila ada ruang sunyi. Dengan sunyilah manusia berfikir, sunyi jugalah yang membuka ruang untuk disisi oleh ‘masa’. Kemahiran manusia bermain dengan ‘masa’ hanya dapat ‘membentuk’ naratif sesuatu perkara/tema. Membentuk atau membengkok ruang masa merupakan permainan seni silap mata yang unggul. Masih unggul.

Antara not C ke not E contohnya.
Jika C, maka ia tetap C yang akan menghala ke E. Ia bergerak dengan tempo tertentu (yang telah ditetapkan), dengan instrumen yang sama dan dengan bacaan skor yang sama. Jadi, kesemua persamaan ini pada realitinya akan melahirkan hasil yang sama, kesan yang serupa, namun pada hakikatnya ia berbeza.

Pause (temporary inactivity) – between 2 notes.


Hal ini menunjukkan ‘intuisi’ pemuzik yang bermain dengan not-not dalam persembahan itu secara semulajadinya akan berbeza. Pasti. Sebanyak manapun make up (untuk sama) atau cosmetic (untuk berbeza), ia tetap tidak akan terpadam DNA nya. Artur Schnabel, seorang pianist lagenda. Beliau sendiri pernah mengingatkan bahawa not-not muzik adalah perkara kedua terpenting selepas ‘pause’ diantara not-not ini. Seni itu berlaku ketika ‘pause’. Ketika itulah, detik itulah.

Memahami DNA muzik sahaja belum memadai untuk sukses berkarya. Sebaliknya, ia menjadi dasar buat pengkarya bergelut untuk express and bold identiti muziknya. Sering kita dengar ulasan “Artis itu ada identiti ini,  lagu  itu ada aura ini, muzik ini ada hantu X factor itu”. Hakikatnya, DNA setiap muzik itu sendiri sudah sememangnya berbeza. Tidak perlu make up tambahan. Cari dan Bold kan saja. Contoh mudah, dengarkan Far Elise karya Ludwig Van Beethoven. Tuhan telah mewahyukan keindahanNya menerusi seorang insan pekak yang mencintai Fur Theresa. Kita mendengar, dan sayang, cinta beliau telah gagal. Namun … pause between 2 hearts inilah yang telah mencipta DNA buat kita pelajari !






Jumaat, November 06, 2009

F Dalam muzik.










Not ke-4 dalam skala natural C. Jika Fb maka ia E dan jika # half tone maka ia F#. Juga punya Key major dan minor.

Antara instrumen yang menggunakan key F ialah Trumpet in F ( note C bunyinya not F ) atau kentut berbau bacang, maka itu tandanya anda makan banyak buah bacang.

Fool – Perkataan ini banyak digunakan oleh konduktor muzik bagi melahirkan kemarahannya kepada penggubah (arranger) yang lupa transpose key untuk instrument Saksafon dan Trumpet. Bagi pemuzik pula, jika salah baca mereka akan dihujani dengan kata-kata fuck you! Fool dan Fuck ertinya berbeza tetapi nilainya sama iaitu – bangang!

F – Forte atau ff-fortissimo atau fff – sewel nak sebut.

Ini istillah dari bahasa Itali. Maksudnya bunyi yang Loud/strong and stronger, Jika membaca skor muzik dan berjumpa huruf f atau ff atau fff maka ‘qolqollah’ bunyi harus dibetulkan selaras dengan ‘idgham’ nye. Kekekeke.

Fa – ia sebutan solfego. Do re mi FA so la..la..la..

Falsetto – Ini adalah method nyanyian bagi kaum lelaki range Tenor untuk mencapai not diluar range vokal Tenor – over oktaf. Biasanya kita akan mendengar pada dialog-dialog dalam karikator seperti Doreamon, pokemon, hotomon, kingkamon, amomon mon mon mon….

Fanfare – ia adalah muzik sambutan ( merujuk kepada penggunaan instrument Brass dan woodwind ). Asalnya digunakan untuk upacara sambutan atau acara pengisytiharan bla bla yang menggabungkan rentak marching. Bukan funfare mery go round atau tikam-tikam!

Flute – Flut le..hahahaha

Free – tak payah bayo!

Farewell – babai….

Rabu, Ogos 26, 2009

E Dalam Muzik.

E selepas D. Not ke-3 dalam skala natural C. Sama juga seperti not-not lain. Ada 1 dan 2 flat (b) dan ada 1 dan 2 shap (#). Ada Key major dan minor serta bmajor/minor dan #major/minor.

Sesetengah perkusi tunning menggunakan not E dan bagi Drum ia digunakan pada Floor Tom. Key E dalam skala vokal dikira sebagai antara key yang agak tinggi. Dalam tunning muzik moden, sesetengah pemuzik merendahkan ½ tone menjadi Eb.

Expression – Ekspresi adalah ‘pengucapan’ rasa. Tidak kira dalam apa jua bentuk, perkataan, bunyi vokal atau instrumen termasuk kesan berus pada catan. Elemen ekspresi terdiri daripada durasi (panjang/pendek) serta dinamik (kuat/lembut). Ekspresi meninggalkan persepsi artistik kepada penghayat. Jika berjumpa dengan term exspresivo, ia bermakna main dengan ekspresi diri. Bagaimana? Feel laaaa….

Embeek…embekkk.. – Ini suara kambing mengembek!

Khamis, Julai 02, 2009

D dalam muzik

D

D selepas C.

Maknanya not ke-2 la kan. Sama juga seperti not-not lain. Ada 1 dan 2 flat (b) dan ada 1 dan 2 shap (#). Tetapi dalam sistem solfeg ( bunyi D di dahulukan iaitu – do re mi fa so la ti….dur. Bukan Co re mi…..). Jika anda mendengar “play in D” ada 2

kemungkinan 1, main dalam key D major, bukan key minor ya. ( key D major ada 2 shap ) atau 2. bagi instrumen yang transpose, D bermakna – not C bunyinya D. Faham? Antara instrumen yang transposed ialah trumpet,alto seksafon, horn. Selebihnya pergi cari sendiri.

Decibel / desibel.

Unit dalam teori logaritma menyatakan perbezaan tahap bunyi dan tahap ‘isyarat bunyi’ secara elektrikal. Yang di katakana ‘isyarat bunyi’ ini pula bermakna ada bunyi yang tidak dapat ditangkap oleh telinga normal manusia tetapi bunyi itu ada, maka ‘isyarat bunyi’ ini boleh dilihat menerusi tolok meter.

Sering terjadi salah tanggap yang menyamakan decibel dengan volume. Dalam muzik, ia berbeza. Volume sebagai indikator bagi kuat/lebih atau lemah/kurangnya intensiti ( intensity dalam BM apa? ) bunyi, volume ini melibatkan amplitude, loudness, tekanan bunyi dan dinamik bunyi/

muzik. Perbezaa antara decibel dan volume boleh kalian uji, contohnya rasa bingit dan rasa sakit (telinga). Bingit menunjukkan pendengar terdedah dengan bunyi volume yang terlalu tinggi atau kuat, sedang rasa sakit pada telinga pula kerana tahap desibal tinggi walaupun volume nya sederhana atau rendah. Contoh bunyi ‘ping’ tamat siaran TV. Tiiiiiiiiinnnngggggggggggggg……. Atau bunyi geseran pada zink…kriiiiuuutttttt…kreeeetttttttt.. ngilu beb.

Digital.

Digital adalah contra pada analog. Semua ini merujuk pada sistem, secara digital atau analog. Sumber bunyi dalam sistem/teknik digital diproses dalam bentuk ‘bit’ iaitu dalam bentuk urutan nombor, abjad atau icon. Secara ringkas, bunyi digital berbeza dengan bunyi dari sistem analog. Warm bunyi dan naturalistik bunyi lebih nyata dan jelas melalui sistem analog. Namun teknik digital lebih mudah di guna dan di selenggara berbanding analog yang amat mahal kos penyelenggaraan alat rakamannya. Dengan digital lahirlah CD, internet, handphone dsd. Nak lebih tahu tentang digital. Sila ke sekolah kejuruteraan bunyi.

Dungu.

Apabila seseorang itu terlalu kerap terdedah pada ‘kasar’nya bunyi. Lama kelamaan, insan tersebut akan menjadi dungu, dungu ini bebal..subal..bengal. Jadi. Berpada-padalah mendengar muzik. Dengar bila perlu. Dan berhenti mendengar bila anda tak mahu lagi mendengar..bersunyilah..kerna sunyi itu juga muzik. Jika ini dilakukan maka kalian takkan menjadi dungu.

Dengar.

…..” Dengar tak?...”

“..Tak dengar?..”

“ Pekak la kau! “

..” Bukan tak dengar..tapi dah bingit..tak tau biji butirnya”

“..ooo…cakap la kuat sangat volumenyeeee…”

Moral in D – dengar muzik pada kadar kekerapannya..dan dengar pada tahap sewajarnya. Kelak bisa jadi pendengar yang baik.

Jumaat, Februari 13, 2009

APPRISIASI MUZIK.

BAGAIMANA MAHU MENDENGAR MUZIK

Teori 3.

- Instrumentasi. Sebagai permulaan, belajar mendengar instrumental yakni muzik tanpa suara manusia. Contohynya muzik2 simfoni klasik. Ex..solo piano..violin flute dsb.

- Fundamental / elemen.

Mendengar bahagian2 dalam muzik itu seperti irama/rhythm..pengulangan..variasi dan melodi.

- ekstrak bunyi.

Dari situ mula mengasingkan elemen2 atau memisahkan pola-pola elemen yg di dgr. Dari awal intro hingga hujung coda. Kerana dgn pengasingkan bunyi maka pendengar akan dapat 1.mendengar pendetailan. 2.rumusan pendengaran lebih tepat. 3. bisa melihat gambaran muzik dgn lebih jelas. Content.

- mencari elemen didalam muzik sebagai suatu perbandingan

  1. tekstur b.keseimbangan. c.dinamik dan warna.

Prinsip2 mendengar muzik.

  1. mendengar ketika mahu mendengar. – relex.
  2. mendengar berulang kali.
  3. mencari motif ransangan.

Rabu, April 02, 2008

PEMBINAAN KOD 1. ( chord construction ).


Kod atau Chord adalah gugusan 3 not. 1st – 3rd – 5th - Sound together. Instrumen yang boleh dimain secara kod ini umunya kumpulan jenis gitar, jenis-jenis seumpama piano, harp, timpani dan jenis-jenis seumpama glockenspiel, tradisional dan moden.

Asas kod hanya 3 not. Namun, jika lebih dari satu not sahaja yang di petik atau ketuk pada satu masa iaitu sekadar 2 not, itu juga sudah boleh diterima sebagi kod. Contoh 1st – 3rd / 1st – 5th atau 3rd – 5th. Ini nilai kod paling minimum. Paling maksimum 4 sahaja, jika ada not ke 5, itu dikira hanya sebagai passing kod.

Asas key hanya ada 2 iaitu Major dan Minor. Dua pasangan ini menjadi rumah rasmi kediaman beribu-ribu jenis kod. Untuk rumah lebih besar, pilihlah Major, bukan kerana pangkat ‘major’nya tetapi kerana bukaan saiz atau ukurannya yang besar. Jika mahu memilih sifat yang ‘introvert’ maka pilihlah Minor kerana sifat minor yang ‘kedalam’ bunyinya. Kedua jenis solfeg ini, bila di petik akan memberi perbezaan, kesan nada yang contrast. Major bersifat ‘memberi’, Minor bersifat ‘menolak’.

Sifat ‘memberi atau menambah’ dan sifat ‘menolak’ inilah menjadi asas formula percambahan kod-kod. Tambah dan tolak adalah kerja kira-kira – ilmu hisab.

Sabtu, Januari 19, 2008

NOTA 11.

BOLEHKAH ORANG GILA MENIKMATI MUZIK?

Intro.. 1... 2... e1 2 3 4..

Gila tidak sama dengan meracau, ada orang melayu memanggilnya ‘isim’, ini tidak, kerana isim dikaitkan dengan ‘amalan’ yang berkaitan dengan kepercayaan mistik (tahyul), saka, badi dan hantu. Gila – ‘rasionalnya’ ia sasau atau tidak siuman, akalnya berjalan dengan tidak menurut kebiasaan. Manusia gila punya imaginasi yang berbeza dengan manusia berakal waras. Si gila tidak punya pertimbangan wajar terhadap segala segi termasuk tindak tanduknya.

Soalan ini pernah ditanyakankan oleh umum termasuk para saintis. Kajian mengenainya masih terus berjalan, hingga kini masih belum ada fakta kukuh yang boleh menjelaskan tentang kemampuan orang gila menikmati muzik seperti kita yang waras menikmatinya. Perbincangannya juga masih terbuka, apa jua teori yang berkaitan masih boleh dibincangkan. Si gila yang pernah gila dan kembali sembuh juga tidak banyak membantu memberi maklumat tentang keadaannya ketika gila, mereka tidak ingat. Tahap itu, hubungannya dengan dunia rasional terputus.

Versa.

Relevannya persoalan ini kerana kita walau dimana jua, terdedah kepada penyakit gila, penyakit gila tidak sama dengan kanser atau Aids. Ini kerana saintis dengan jelas mengaitkan puncanya dengan penyakit mental atau tekanan perasaan – jiwa. Saintis boleh buktikan tentang jiwa ! hebat!...jiwa tau..bukan saintis.

Selain faktor makanan, keturunan dan kesihatan tubuh, elemen persekitaran seperti cara hidup, persekitaran dan sosial, juga menjadi faktor besar munculnya tekanan mental/jiwa ini. Faktor-faktor ini punya kaitan secara langsung dengan suatu sistem yang membentuk dimensi hidup manusia, iaitu ekonomi.

Kita pesakit mental punya ruang dimensi alamnya sendiri, apa yang mereka dengar, apa yang mereka lihat adalah diluar dari batas pancaindera kita untuk menangkapnya. Mustahil mereka tersenyum tanpa direflek oleh sesuatu dari dalam mindanya bukan?. Bagaimana dengan suara atau bunyian dari alam fizikal kita? Adakah mereka boleh mendengar? Selagi telinga mereka tidak pekak, diyakini, mereka boleh mendengar, termasuk hon kenderaan. Cuma mereka tidak peduli kerana otak tidak berfungsi menurut aturan normal kita.

Jadi, bagaimana pula untuk kita memastikan mereka meraih perhatian pada suara atau bunyian dari kita? Disini, ada baiknya kita melihat muzik sebagai salah satu cabang atau bahan ‘komunikasi’. Dalam sistem komuniti, menghidupkan komunikasi amat penting, reaksi/respon ( selain dari bertepuk tangan selepas anda menyanyi ) dari sasaran perlu di olah dan diransang, inilah cabaran besar komposer, pemuzik dan pemikirnya. Proses ini akan menelan masa, tenaga dan perahan intelek yang jerih disamping kajian dan penyelidikan mendalam untuk menghasilkannya.

Soalannya, mengapa muzik pula digunakan sebagai bahan untuk isu ‘gila’ ini? Seni visual tak boleh? Muzik, dari kajian sains telah membuktikan kuasa getaran bunyi (secara fizikal) boleh menerobos ke lapisan tertentu pada badan manusia. Contohnya, jantung dan perut ibu mengandung dengan kaedah ultrasound.

Selain dari bukti fizik yang umum ketahui, aspek psikologi juga boleh dirujuk, sesuatu ingatan/memori termasuk juga kesan de javu, bisa diransang atau teransang melalui muzik, imaginasi seseorang boleh diuji dengan tahap atau kadar refleksinya pada bunyi atau muzik-muzik tertentu. Apatah lagi karya muzik yang digunakan punya kaitan memori kepada si gila semasa warasnya dia dahulu. Ini bisa menyentuh alam bawah sedar manusia, walaupun ia gila. Ini merupakan profil asas eksperimen teori ‘gila’ ini. Ia pasti akan melalui proses yang sangat teknikal dan rumit, namun kita percaya, si gila boleh menikmati muzik, bagaimana ia menikmatinya? Buat masa ini, wallahualam, mungkin dengan satu bunyi, satu instrumen atau sebuah lagu.

“….Cut !!!!! sumbang tuuuuuuuu…….. repeat next time la..ko balik dulu..tido cukup-cukup. Baca balik lirik ni..fahamkan betul-betul. Esok-esok sambung nyanyi lagi….”

Ahad, Februari 04, 2007

ELEMEN 5.

BENTUK.
A
…oh my darling oh my darling oh my darling Clementine
…thou art lost and gone for ever
…dreadful sorry Clementine
- potongan versa dari lagu Clementine.

B
…dia Isabella lambang cinta yang lara
…terpisah kerana adat yang berbeza
…cinta gugur bersama
…daun-daun kekeringan………
C
..haluan hidup ku terpisah dengan Isabella..
..tapi aku terpaksa demi cinta ku isabella..
..moga di bukakan……
- potongan korus dari lagu Isabella.


Clementine sebuah lagu klasik, lama, ada sejarah disebalik karangan ini dan sedap pula didengar. Lagu Isabella pula dari genre moden – rock malaya, kisah cinta, juga punya kisah disebaliknya, tetapi bertolak dari imaginasi – tragedi. Karya ini fenomena pada zamannya.

Musical Form ini adalah struktur bentuk sebuah lagu. Rekaan lagu di ‘organisasi’kan dengan struktur tertentu yang sangat mudah. Mengapa perlu organized? Dengan mengorganisasikan bentuk lagu maka sempurnalah setiap ‘roh’ yang ada – berjasad. ‘Roh’ di sini boleh saja ditafsir sebagai idea.

Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ", dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang ‘hidup’. Setiap naratif melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan – ilham sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya. Ahhh…Indah sungguh ciptaan tuhan.

Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu mengikut tertib proses gubahan samaada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya, pengulangan versanya, korusnya dan yang lain, akan sentiasa dibentuk sedikit demi sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik bisa saja berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya.

Versa disimbolkan sebagai A iaitu musical idea. Manakala Korus disimbolkan dengan B iaitu contrasting idea. Bagi lagu klasik Clementine lagunya hanya ada Binary A sahaja. Bentuknya AA AA. Iaitu idea. Tiada contrast. Begitulah lagunya dari awal hinggalah akhir – melodi yang sama. Inilah titik persamaan Klasikal Barat dan Tradisional Timur contohnya lagu-lagu Melayu Asli, dari satu versa ke versa yang lain hanya sedikit olahan idea, hanya pada beberapa nota tertentu saja, bentuk yang ringkas dan membawa kesan klimax yang agak perlahan/lambat tetapi maksimum.

Isabella pula terdapat pola gubahan modern iaitu Binary AA ( idea ) bagi 1st dan 2nd versa, korus Binary B ( contrast idea ) dan Terniray C ( extension idea ). Jadi ringkasnya bentuk Isabella AA BC. Struktur bentuk muzik pop/rock diinspirasi dari genre irama Blues. Iaitu 12 bar blues

Tonic / / / / A
Subdom / / tonic / / B
Dom / Subdom / Tonic / Dom / A/C

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan, selari dengan kreativiti dan idea manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari vokal dan bunyi instrumen yang berbeza, bentuknya di add sedikit menjadi AA BC + D ( D adalah idea improvisession ). Ia tetap menarik kerana disamping form enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih dikekal.

Begitulah halnya dengan lagu Clementine, walau hanya single idea ia masih lagi memikat hati pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak, dinamik pada muziknya telah memberi watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal ke akhir. Rhythm flow yang meransang.

Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara lagu. Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasanya, mudah pula menyanyikannya...bersama-sama.

Rabu, Januari 03, 2007

ELEMEN 4.

Dinamik – Antara Mesin dan Manusia.

Manusia perlu rehat untuk lebih bertenaga, untuk rehat yang baik harus tidur. Tidur yang berkualiti datangnya dari persekitaran yang tenteram yakni, tanpa gangguan. Kefahaman ini melahirkan golongan manusia yang tahu erti kualiti hidup. Namun, disiplin yang baik ini juga bisa melahirkan golongan manusia yang kurang memahami hubungan dirinya dengan perubahan alam sekeliling. Golongan ini tidak boleh tidur sekiranya terdapat gangguan bunyi, tidak kira dalam apa jua kadar sukatan kekuatan bunyi itu mahu pun pendedahan terhadapnya. Ini konsep tidur, bukan ‘tertidur’. Membiasakan diri dengan sesuatu perkara merupakan permulaan untuk melupakan ‘rasional’ bagaimana ‘kebiasaan’ itu berlaku.

Kes ini berhubung kait dengan sound intensity dan mind focus. Tanpa sedar, sering terjadi bunyi yang kedengaran halus tetapi bisa mengganggu tumpuan kita kerana bunyi ini tinggi intensitinya, ini bererti tinggi paras Treble atau Amplitude nya, contoh; bunyi Transmisi Televisyen tamat siaran – bunyi 'Ping' yang halus dan panjang. Ini bunyi dari electronic devices, ia statik iaitu tanpa kawalan treble, sekadar volume saja. Bunyi ini tidak bising tetapi tinggi paras amplitude nya, ujian secara rawak menunjukkan pada Tuner Meter + 25 Degree. Ini bermakna terdapat lebihan ketajaman ( over sharp ) bunyi. Bunyi electronic devices yang tajam ini boleh menerobos diruang udara hingga kesuatu jarak yang jauh, apabila tenaga ini diubah kepada sukatan gelombang sound transmeter, ini dikenali sebagai frekuensi.

Terdapat beberapa frekuensi yang bisa memberi gangguan pada telinga dan seterusnya minda. Berbeza dengan bunyi lantakkan cerucuk contohnya, ia memang menggegar tetapi belum tentu memekakkan walau paras desibelnya tinggi, bunyi groovy metal lantakkan cerucuk adalah bunyi akustik dari bahan semulajadi ( nature ). Intensiti bunyi nature amat mudah diserap oleh persekitaran, ketika merentasi ruang atmosfera, ia akan diserap oleh persekitaran yang sama sifatnya, juga dipengaruhi oleh faktor jarak dan ruang, maka secara teorinya bunyi ini tidak mengganggu telinga sekaligus minda, maka manusia ( dengan usaha ) masih boleh mengalih fokus mindanya pada perkara lain seperti – tidur.

Bunyi boleh dibentuk melalui – pitch – duration – amplitude – timbre. 4 perkara inilah yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia dalam hidupnya. Untuk membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan kehalusan idea muzik. Di sinilah titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari sentuhan manusia – sentuhan dengan rasa.

Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut dinamik iaitu dari senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan memberi kesan perasaan raising up and down secara tersusun dan kemas. ‘Pujukkan’ ini memberi memotivasikan pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam sebuah karangan muzik.

Jelas, Haaanya… manusia sahaja yang tahu nilai dan kesesuaian bagi kehidupannya. Haaanya… manusia yang tahu kadar kekuatan bunyi yang ingin diterimanya. Mesin sekadar membantu manusia dalam mencapai maksud itu. Dinamik harus ada flow dan direction. Haaanya… manusia sahaja yang boleh melakukan kedua unsur ini.

Not, melodi, tempo, bentuk dan kesemua elemen muzik tidak akan sempurna persembahannya tanpa kesan dinamik. Kesemuanya akan menjadi statik, jika bergerak ia akan parellel, bunyi mesin industri akan mengambil alih, maka telinga dan jiwa akan menjadi keras dan mati, kesannya amat negatif. Muzik Disko merupakan contoh terbaik muzik yang kurang dinamiknya, maka ia seperti dadah, semakin banyak diambil semakin worse. Justru, dinamik memberi suatu nilai yang membantu kita mencapai konsentrasi dan ketenangan mendengar muzik, seterusnya memberi impak terhadap tanggungajawab hidup yang serba mencabar.

Jumaat, Disember 01, 2006

ELEMEN 3.

MELODI – jiwa vs intelek.

“…seri meresing (mersing) …lagulah melayu …di karanglah oleh biduan dahulu …Hati ku runsing bertambahlah kacau …mengenangkan nasib…mengenangkan nasib…yatimlah piatu…”
- Keratan lagu berjudul Sri Mersing.

Melodi lagu ini amat indah sekali, ia memberi kesan imajan yang besar pada minda kita. Lagu ini telah disesuaikan dengan sebuah filem. Judulnya juga Sri Mersing, mengisahkan kehidupan masyarakat melayu yang penuh dengan emosi dan sarat dengan tragedi. Inilah tarikan utama selera seni bagi manusia – khususnya masyarakat Melayu.

Nota kali ini tidak perlu rasanya untuk spesifikkan makna ‘melodi’ ini, walaupun memang terdapat makna yang mengkhusus dalam music terminology namun biarlah pembaca sendiri menyimpul dan memahami maknanya sendiri. Ini barang pasti Melodi adalah sesuatu yang cair sekali pengertiannya. Secara tidak langsung, ia sebagai satu kepercayaan yang wajar diberikan kepada pembaca, sesuai dalam konteks kebebasan untuk menyimpul, berfikir dan berekspresi. Ia juga merupakan hak yang wajib diberi, diambil dan dinikmati bersama.

Dalam sesebuah karya muzik, melodi menjadi ‘nyawa’ karya tersebut. Tanpa melodi tak mungkin wujud sebuah lagu. Pada melodilah tempat segala cerita diceritakan, disitulah letaknya suara penyanyi, nafas, lirik, energy dan attitude lagu secara keseluruhannya. Elemen-elemen lain bertindak sebagai penyokong cerita. Sama pentingnya tetapi keutamaan yang berbeza.
Pada umumnya kita memahami melodi itu dalam bentuk yang dinyanyikan oleh penyanyi dan berlirik, namun ada kalanya melodi ini hanya bersifat bunyi-bunyian sahaja atau dengan maksud lain, komposisi. Bagi nyanyian berlirik yang digubah semula menjadi melodi bunyi semata-mata, namanya instrumental. Bagaimana hendak membezakan antara melodinya dengan elemen lainnya? Melodi bisa berdiri dengan sendiri tanpa irama, tempo tertentu atau lain-lain elemen. Tetapi elemen-elemen seperti ritma, tempo tidak akan sanggup berdiri sepertimana berdirinya melodi. Buktinya, kita bisa bersiul bersahaja-saja tanpa bantuan sebarang instrumen lain, masih boleh berhibur, bebas sebebasnya, sedangkan untuk mendapatkan elemen selain dari melodi, harus punya instrumen setidak-tidaknya bertepuk tangan atau memetik jari dan ia juga terikat pada disiplin-disiplin tertentu – masa.

Melodi memerlukan manusia sebagai ‘instrumen’nya, instrumen ini hidup, bernyawa, berperasaan dan berakal. Melodi lahir apabila komposer berekspresi. Ada yang bermula dari berfikir, ada juga yang bermula tanpa berfikir langsung. Ekspresi ini berhubung kait dengan latar hidup komposer ( instrumen ).

‘Instrumen’ ( manusia ) yang ‘sofistikated’ ini akan bergabung dengan melodi yang pada asasnya bercirikan metafizik. Manusia hidup dalam persekitaran yang serba mempengaruhi. Ia bekerja berdasarkan pengalaman lalu. Ia juga menghasilkan sesuatu bagi tujuan tertentu. Pengkaryaan adalah kerja-kerja intelek. Idea melodi datang dari keadaan ini. Desire pencipta merupakan unsur utama yang akan mewarnai karyanya. Pengalaman dan motivasi komposer yang ada di Malaysia telah melahirkan karya-karya yang banyak jumlahnya, baik yang boleh dibanggakan mahupun karya-karya yang telah terkambus dalam lipatan sejarah.

Golongan karyawan dalam industri muzik di Malaysia khususnya dalam bidang muzik, mempunyai latar pemikiran yang sejalur. Iaitu, mengukur muzik melalui imbalan material semata-mata. Ia tidak salah, tetapi tidak betul. Tidak salah kerana itu ‘hak’ masing-masing dan setiap kerja pasti mahukan pulangannya, semua orang tahu. Tetapi tidak betul secara prinsipnya kerana dunia kini pada asasnya berjalan dengan sebuah sistem perdagangan yang berasaskan idea. Idea ini bukan material. Ia intelek. Bagaimana mahu menjual muzik jika melodi karangannya tidak enak? Atau, untuk mendapat karangan yang bagus, harus mempelbagaikan dimensi idea, kepelbagaian itu menanya persoalan tentang kebebasan.
Sekarang, apakah kebebasan bekarya itu sudah ada? Jika tidak, bagaimana pula mahu mendapatkan kebebasan bekarya? Jika ada, apa pula kesannya, baik pulangan mahupun pencapaian yang ada? Apakah pula maknanya kebebasan berkarya?

Penciptaan dan pengolahan melodi merupakan proses utama dalam penghasilan sesebuah karya. Ia memberi kesan terus kepada penghasilan lirik, tempo, mood dan seterusnya kepada gubahan muzik secara keseluruhannya. Jadi, apabila proses utama ini tidak disokong oleh kesedaran intelek yang jelas, maka keseluruhan karya akan turut kabur bentuk dan arahnya. Melodi memberi lebih nilai pada lirik, lirik tanpa nada akan tawar makna dan nilainya. Ia merupakan ‘sense’ yang menjadi alat, samaada sesuatu melodi itu sesuai, disenangi atau tidak dikalangan umum. Maka, proses utama ini sangat kritikal jika kita sedar tentang nilai intelek pada insan komposer dan kerjanya.

Sedarkah kita mengapa muzik maju dan berkembang dengan gah di Eropah ketika zaman-zaman klasik, romantik? Dari segi teknikalnya, boleh dikatakan kebanyakan lagu dicipta panjang-panjang yakni lama tempoh durasinya, biasanya 8-10 minit setiap satu malah ada yang menjangkau ke 25 minit sebuah lagu!. Dalam aspek fundamental pula melodi ‘dikunyah’ semaksimanya oleh komposer sebelum di‘telan’ lagunya oleh penyanyi. Di sinilah keupayaan IQ dan EQ komposer benar-benar teruji. Maka hasil ideanya sangat jitu, disokong pula oleh budaya ‘pemikiran zaman’nya, sejak dari zaman pertengahan, pencerahan, rennaisence hingga zaman perindustrian. Inilah faktor penting yang menjadikan muzik klasik ini kuat, berpengaruh dan kekal berabad.

Karya-karya tersebut telah memberi suatu disiplin yang terbaik untuk dicontohi. Kini, bahagian-bahagian itulah yang menjadi bentuk gubahan karya-karya Pop abad ini, ia sesuai dengan perkembangan dunia, iaitu melodi yang enak dan simple. Namun, karya melodi yang simple kini telah menjadi semacam trend yang mempengaruhi ‘proses utama’ iaitu proses penciptaan dan pengolahan melodi. Keadaan ini tidak salah, namun kelemahannya tetap ada, ia membenih suatu kelompongan dalam aspek kualiti dan mutu inteleknya.
Benarlah kata-kata Albert Einstein “…everything should be made as simple as possible but not simpler…”. Lihat karya-karya yang memberi tumpuan pada nilai intelek dalam karyanya. Artis seperti Iwan Fals, Micheal Jackson, U2, Beetles dan ramai lagi. Bukan sahaja punya nilai komersil, tetapi mampu memberi inspirasi ( idea ) pada pandangan masyarakat ketika itu. Nilai intelek ini bukan ertinya ‘mesej murni’ atau ‘nasihat’ atau ‘kritik’ sahaja. Ia tak semestinya begitu!

Nilai intelek yang dimaksudkan adalah mengenai, dimensi ekspresi, penghayatan dan kebebasan dalam kerangka hidup yang serba progresif dan sentiasa berkembang. Ini yang baik untuk diungkap dan dikongsi kepada khalayak, dimensi yang tidak menurut ‘kebiasaan’nya, boleh menyumbang kepada pemikiran dan pandangan hidup yang baru dan segar.

Jelasnya, selain dari jiwa, melodi punya perkaitan rapat dengan nilai intelek – kesedaran. Berapa kali lagikah kita akan didendangkan dengan melodi yang lara-lara, tragedi sana-sini dan henky penky sahaja? Tanggungjawab intelek merupakan cabaran baru bagi karyawan baru. Karyawan mudalah yang harus memberi saingan dan mengisi kekosongan ini. Melodi tetap sama, akan terus menghiburkan kaum manusia dengan nilai-nilai yang positif dan lebih positif. “…if it sounds good and feels good, then it IS good!! …” laa lalaaa…tra lalalaaa….la la laaa..tra lala laa.

Selasa, Oktober 31, 2006

ELEMEN 2

HARMONI.

“…begitulah adanya, mereka hidup dengan aman, tenteram dan penuh HARMONI...”- Ungkapan narator mengakhiri cerita.

Harmonium – Harmonika – nama yang berinti kata daripada harmoni. Kita tidak ada mendengar instrumen yang diberi nama ‘melodium-melodi’ atau ‘ritmanika-ritma’ mahupun ‘temponium-tempo’. Justeru, elemen harmoni ini telah memberi isyarat jelas tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumen-instrumen ini pada asasnya dimainkan dengan mengikut melodi yakni bersama-sama dengan nyanyian vokal. Permainannya akan memberi kesan semacam sound chorus ditelinga kita, ia semacam ‘bingkai’ pada melodi. Maka kesan bunyi solo akan mati dan timbul garis bunyi duo atau lebih yang menjadi ‘penarik’ dalam lagu. Perhatikan ( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun Ghazal, mainan harmoniumnya nakal dan meransang sekali. Begitu juga dengan lagu-lagu Country dan Blues, sengau harmonikanya mengkhayalkan telinga. Harmoni merupakan penghubung di atas ‘pergerakkan’ sistem kod (chord), ‘paduan’ diantara nada-nada bunyi.

Disiplin ini merupakan antara disiplin-disiplin yang sangat cerewet untuk digubah. Menyusun banyak nada bunyi pada satu garis melodi bergantung kepada ‘nilai’ kesepadanannya. Nilai kesepadanan ini merupakan depth pada sesebuah ton bunyi. Functional Harmonic merupakan formula asas menghasilkan kesepadanan ini. Ia adalah gugusan pergerakan kod. Harmoni ini wujud pada semua jenis muzik. Lagu-lagu Cathederal merupakan contoh terbaik harmoni. Fungsi harmoni dalam nyanyian gereja ini untuk mewujudkan ruang, jarak serta depth dan ambience. Ruang maya dimensi muzik adalah tools bagi manusia menghayati sesuatu. Tanpa ‘ruang’ manusia akan menderita batinnya.

Dalam nyanyian ritual Islam baik berzanji, marhaban dan nasyid, terdapat banyak bahar-bahar atau jenis melodi. Antara bahar punya keunikkan tersendiri. Secara teorinya, tiada sistem khusus berkaitan harmoni dalam nyanyian seperti ini. Dengan kata lain, tiada nyanyian harmoni, sebaliknya, nyanyian beramai-ramai. Namun dalam disiplin muzik ia dikelaskan sebagai aturan muzik ‘langgam’ atau bebas secara by heart/feel/instinct ( ikut naluri – ikut suka kau la! ).
Kita biasa mendengar nyanyian/suara-suara mengaji/tadarus/berzanji/marhaban mahupun dalam tahlil, suara ketua Qari kumpulannya atau dengan bahasa di kampong-kampong digunakan sebagai ‘orang yang mem-bawa’ lagu umpamaTenor akan mengimbau jauh kedepan diikuti di belakang suara makmum ( tertib yang tidak boleh mendahului imam ), akan bertingkah-tingkah dan bersahut-sahutan nada tinggi dan rendahnya, panjang dan pendek harakatnya, kelihatan tidak begitu tersusun namun ketidaksusunan itulah susunannya. Secara teknikalnya kekhusyukan dan keasyikkan itu datang dari ‘gema’ ratib sama seperti nyanyian di gereja.

Dalam dekad ini telah banyak kumpulan nasyid yang menggelarkan diri sebagai ‘kontemporari’. Benar, anjakkan dalam kaedah gubahan harmoni itu telah wujud, sudah ada hingga ke 5th voice. Walau bagaimanapun, atas hal pengharaman suara wanita dalam nyanyian maka peranan Soprano dan Alto diketepikan, kerana itu tiada disiplin khusus yang boleh dijadikan sumber rujukan bagi kes harmoni ini dalam disiplin muzik ritual Islam walau terdapat juga kumpulan nasyid wanita yang berlagu, tetapi tidak lengkap sebagai perfect harmony. Untuk mencapai keseluruhan harmoni, not ( nada bunyi ) sebagai suara nyanyian harus digubah dengan bentuk paling maksimum, maka di sinilah titik pemisahan antara Halal dan Haram dengan penerokaan ilmu dalam pandangan Islam mengenai penglibatan suara wanita dan juga penekanan terhadap ‘kesederhanaan’ dalam pelbagai aspek termasuk muzik.

Soprano – Alto – Tenor – Bass ( SATB ) adalah jenis-jenis suara/bunyi. Ia mula aktif digunakan sejak abad ke 14 lagi, pada peringkat awal, penggunaannya dominan di pementasan Opera Klasik, Mozart ( abad ke 16 ) “...bagaimana ( suara/bunyi – not ) dari double kepada trio, dari trio menjadi triplet, dari triplet mencipta quartet…quintet…septet...architect dan seterusnya hingga kesemuanya menjadi perfect harmony…”

Al-Farabi telah mencatatkan ( asas ) kod ( 1-3rd-5th ) dan penggunaan Seventh ( 7th) Chord di dalam aturan muzik yang bermaksud 7th ini adalah ‘nilai tambah’ atau add note. Contohnya Triad C = Root C – 3rd E – 5th G dan apabila di 7th menjadi Root C – 3rd E – 5th G + 7th Bb. Disebalik nilai tambahnya, add chord ini menjadi ‘penghubung/jambatan’ kepada chord seterusnya – passing chord, Ini menjelaskan lagi pergerakkan harmoni dalam satu garis muzik. Beza antara Mozart dan Al-Farabi mungkin hanya dalam aspek methodology, iaitu, Al Farabi menyusun harmoni di dalam instrumen muzik sedang Mozart meletakkan harmoni pada keseluruhan muzik, pada instrumen dan juga suara manusia, lelaki dan wanita.

Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang ‘harmoni’ sering dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapa? Telah dijelaskan fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu ‘paduan suara-suara’. Elemen ini hanya akan lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu berbentuk folk music atau lagu rakyat. Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik. Banyak lagu rakyat yang sekadar lalabies. Lagu patriotik diberi nama kerana kesan nyanyiannya iaitu memberi ‘semangat kebangsaan – puak/kaum’ secara khusus, itulah patriotik. Bukannya genre lagu! Namun tidak pula salah untuk ‘mengenre’kannya.

Dalam budaya multiculture seperti Malaysia ini, nyanyian lagu secara ‘langgam’ lebih memberi impak dari nyanyian koir yang sangat tipikal gubahannya di Malaysia ini. Lihat saja lagu Negara Ku. Entah berapa kali digubah, tetapi selera untuk menyanyikannya masih tumpul. Bel Canto pernah dipersembahkan di Istana Budaya suatu ketika dahulu, ya..memang hebat. Namun nyanyian ‘anak itik tok wi’ dengan gaya nyanyian langgam lebih patriotis lagi kesannnya dari komposisi yang artificial sifatnya. Kerana apa? Lagu folk memang datang dari selera rakyat bawahan, bukan golongan elit, maka lagu-lagu seperti inilah yang wajar diangkat sebagai lagu Kebangsaan – yang jelas telah menjadi himpunan kolektif jiwa rakyat sejak berzaman, sungguhpun komposernya ….wallahulam.

Harmoni adalah tanda wujudnya titik temu ( kepentingan bersama ) dalam manifestasi kehidupan manusia yang berbudaya dan bertamadun. Harmoni telah menggambarkan kehidupan secara kolektif, bersama-sama meraikan pengalaman dan pencapaian masing-masing. Maka sesuai benarlah ungkapan narator ini. “…begitulah adanya, mereka hidup dengan aman, tenteram dan penuh HARMONI...”-

Rabu, September 27, 2006

ELEMEN 1.

RITMA ATAU IRAMA ?

Dalam kamus Dewan Edisi ke 3 ‘ritma’ diertikan sebagai *pertama – drama yang teratur dan agak halus, dan apabila merujuk apa itu ‘irama’ *kedua ditemui pula satu makna yang berbeza iaitu – ukuran masa atau tempo ( pada muzik ). *ketiga, tempo – ukuran waktu pada muzik ( ingin di ingatkan, tempo adalah elemen lain dari ritma ) Terpanjang daripada itu juga ada mencatatkan – gerak yang mengikut rentak/irama, ia kembali semula pada pangkal makna yang pertama. Di perhalusi maknanya, tidak jelas sama sekali. Demikian ‘bahasa’ melayu menakrifkan makna perkataan ini. Sekarang kita lihat bagaimana disiplin muzik memberi makna pada elemen-elemennya. Rhythm diertikan sebagai – ‘The element that pertaining to time, played as a grouping of notes into accented and unaccented beats’. ‘Mak Enon’ di kampung saya meringkaskan sebegini how note or chord placing in time.

Di sini, punya 2 aspek penting. 1.Makna dari aspek bahasa. 2.Makna pada disiplin ilmu yang khusus contohnya; Bidang perubatan atau sains atau muzik. Apa yang mungkin dijelaskan dalam kamus bahasa Melayu itu barangkali kefahaman dari sudut penggunaan bahasa Melayu yang di gunapakai dan diterima secara umum. Tetapi bukan dari fungsi perkataan itu yang merujuk pada disiplin ilmu yang khusus, iaitu muzik.

Bahasa punya jiwa untuk dijiwai, fungsi untuk dilengkapi, menterjemah bahasa tidak sama dengan memahami fungsinya. Di Malaysia umumnya, pengertian dari bahasa Melayu seperti inilah yang menjadi dimensi fikir masyarakatnya. Tidak kira apa jua golongan, asas menafsirnya beginilah – Tidak merujuk kepada disiplin ilmu yang khusus. Kekurangan atau kelemahan inilah yang menghasilkan kualiti kerja yang rendah mutunya. Di Malaysia sendiri, perbendaharaan kata muzik dalam bahasa Melayu tiada. Sebaliknya, jika terdapat sebarang isu berbangkit seperti ‘irama atau ritma’ ini, pasti kefahamannya akan merujuk kepada fungsinya dalam hal-hal kebudayaan yang sangat umum sifatnya. Tidak objektif. Ini bukan manifestasi yang mengutamakan nilai ekspresi sahaja, ini kefahaman asas.

Bermula dari pengetahuan yang serba kekurangan inilah maka kebanyakkan golongan seniman, khususnya komposer Malaysia bekerja dan menghasilkan karya dengan latar kefahaman sebegini, secara sedar atau tidak, lihat sahaja karya-karya yang ada. Kita bandingkan dengan karya-karya yang latar kefahamannya lebih jelas dan terarah.

‘Diari seorang Lelaki’ dari band PRETTY UGLY. Komposisi karya ini kita rasakan amat bagus, ia charming. Ini muzik Pop. Elemen fussion Jazz sedikit kedengaran. Melodi dan point of cadence sangat menarik, tetapi muziknya tidak begitu meresap dan menangkap hati. Synchronisation antara rhythm gitar dengan bass line agak parallel. Ritmanya tidak cukup ‘motivate melody’ kepada pendengar. Rhythm section DSL ini seharusnya ( barangkali ) lebih konstruktif dan nyata sepertimana ‘soul jazz’ itu sendiri, dengan corak up-beat, punya attacking part yang jitu. Di sini, part untuk mereka ‘bancuh’ hati pendengar terbiar begitu sahaja. Rugi! Ini memberi kesan kepada mutu lagu keseluruhannya kerana fungsi ritmanya belum cukup develop atau memang mereka sekadar mahu bersantai-santai saja dengan ritmanya, nothing more. Hala tuju muzik ini tidak diketahui samaada mahu fussion Rock atau Jazz atau kedua-duanya atau apa. Pendengar memang gemarkannya, tetapi mereka juga mahukan sesuatu yang lebih jelas. Bukan hanya pada lirik.

Dalam pada itu, terdapat juga komposisi lagu yang tidaklah begitu hebat tetapi berjaya menarik perhatian pendengar. Kita lihat ( dengar ) karya dari seberang yang bertajuk ‘Sedang Ingin Bercinta’ dari grup DEWA 19. Mengamati melodinya, jelas tiada apa yang terlalu istimewa, apatah lagi lirik dan temponya, sederhana saja. Lupakan tentang genrenya, dengarkan saja. Kesannya, kita boleh sustain mendengar hingga lagu itu tamat di putarkan. Mengapa?
‘Barangkali’ rhythm section pada komposisi muziknya yang synchronized dengan baik. Tempo yang sederhana deras, lead dan rhythm guitar digubah kemas, peranan riff gitar yang amat menyenangkan. Di pertengahan lagu strumming gitar adlib antara melodi sangat menonjol. Keseluruhan rhythm section yang agak teliti, kuat. ‘Keseriusan’ Dewa ‘kedengaran’ di dalam gubahan ritma pada lagu ini. Mereka sedar di mana mahu ‘balun’ jiwa pendengar. Placing ritmanya menarik, sesuai ‘banget’ dengan komposisi muziknya. Tidak terlalu advance tetapi cukup untuk menjadikan telinga pendengar sustain pada lagunya. Ini sesuai dengan music terminology seperti di atas, iaitu ritma – how not and chord placed in time.

Rhythm section adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ia motivate lagu dan ritma pula motivate melody – inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Feel individu kekal sebagai unsur utama. Feel ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk define antara keperluan dan kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre muzik atau teknik-teknik tipikal, tetapi ini fundamental. Foundation yang kukuh dengan idea yang jelas serta feel yang genuine pasti akan memberi hasil yang ‘lumayan’.

Muzik tetap muzik walau bahasa melayu punya makna lain bagi ritma – ia harus meransang!. Makna yang berfungsi.