Memaparkan catatan dengan label Sembang-sembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang-sembang. Papar semua catatan

Selasa, Februari 08, 2011

BAYANGKAN



BAYANGKAN JIKA ORANG POLITIK PANDAI MENYANYI

  • PM akan berkempen sambil menyanyi lagu Rock Kapak
  • Anwar Ibrahim akan berhujah di Parlimen sambil menyanyi-nyanyi lagu P.Ramlee
  • Nik Aziz akan berqasidah disemua surau-surau
  • Lim Kit Siang akan menyanyi opera cina tiap-tiap malam
  • Hj Hadi Awang akan bernasyid setiap kali sidang akhbar
  • Khairy Jamaludin akan berduet dengan Jason Loo menyanyi lagu Acid Alternatif
  • Samsul Iskandar akan menyanyi dan bergelek menerusi lagu dangdut dengan tidak henti-henti
  • Cikgu Bad tak akan habis-habis menyanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ di setiap demonya
  • Nasrudin Tantawi akan bersyair Arab ketika berdebat

BAYANGKAN JIKA PENYANYI POPULAR PANDAI BERETORIK MACAM ORANG POLITIK

  • Siti Nurhaliza akan menggantikan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi
  • Noh Hujan akan menjadi Ahli Parlimen Rembau
  • Ziana Zain akan menjadi 1st Lady
  • Syarifah Aini akan menjadi Ketua Wanita UMNO
  • Akil Hayy akan menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat
  • Afdlin Shauki akan dipilih menjadi Ketua AMK Pusat

BAYANGKAN JIKA SEMUA INI TERJADI

  • Hancur Malaysia!

Jumaat, Ogos 07, 2009

Cerita tentang “SEDAP” lagi…

Seorang teman ada bilang, 3 perkara paling sedap dalam dunia ini khususnya bagi lelaki iaitu 1. Makan daging – bagi yang vegetarian pastilah ini bukan pilihan mereka. 2. Duduk atas daging – bagi yang suka menunggang, pastilah kuda dan unta menjadi pilihan, ia lebih seronok dari merempit. Ke 3, masuk dalam daging – yang ini memang pilihan ramaiii…..

Apa saja tentang hidup, keinginan untuk merasa nikmat sedap sudah menjadi satu keperluan. Makan, ya, memang untuk hidup namun mahu juga merasai kesedapannya. Minum juga begitu. Beragama juga begitu. Bersenggama sudah barang pasti. Kerja juga mahu gaji yang sedap, baju mahu yang sedap mata memandang, telinga..mahu juga mendengar yang sedap.

Sedap ini menjadi dominan bilamana ada pilihan. Kuasa untuk memilih juga satu nikmat yang ‘sedap’. Bayangkan jika kita tiada kuasa memilih… itu tanda merdeka diri sudah punah. Apa saja yang kita hadap, tiada lagi nikmat sedapnya walaupun yang menghidangkan itu mengatakan hidangan itu sedap. Ya, sedap bagi setengah insan, bukan bagi semuanya.

Sedap ini tidak berotak, tiada rasional, tiada berkesudahan dan tiada logik !

Insan-insan seperti Beethovan, John Lennon, Nat King Cole, S.Effendi yang bisa bikin bunyi jadi sedap sememangnya genius.

Sabtu, Jun 27, 2009

Bayangkan…..Telefon bimbit tanpa muzik.

Aku ada 1 biji ‘hanfon’ yang tak berbunyi. Baik panggilan masuk atau pun keypad tone. Telefon aku ni memang tak berbunyi langsung….berbunyi hanya, bila aku hempas ke lantai atau lemparkan ke dinding.

Ada kawan-kawan komplen susah nak hubungi aku. Panggil-panggil susah nak jawab. Memang la, dah tak berbunyi. Tapi ada lampu-lampu yang menyala-nyala bila ada panggilan masuk. Hahaha. Cuma selalu la terlepas pandang bila lampu tu menyala. Jadi, misscall la jawabnya.

Jika dengan visual ( lampu atau tampakan 2D/3D ) kita memang sering terlepas pandang. Jika memandang pula, selalu terjadi ‘silap mata’. Seni optikal ini memang hebat! Tetapi ada kelemahannya. Contoh, si buta takkan berupaya menikmati cahaya bulan atau karya catan. Tetapi berbeza dengan bunyi atau muzik. Jika Seni optikal itu hebat, tetapi muzik pula..dahsyat!

Jadi, hebat bagaimana pun ‘hanfon’ kita, dengan “ ‘blue’tut ” atau dengan multi function nye ke…kita masih perlukan bunyi setidak-tidaknya bunyi kentot !..kan? Tanpa bunyi mahupun muzik… ‘hanfon’ anda tak sempurna fungsinya sebagai alat dan keperluan kebendaan zaman ini.

Jika dulu, orang ramai nak mendengar muzik lebih banyak nonton konsert atau nonton filem di pawagam, kini orang lebih banyak mendengar muzik menerusi ‘hanfon’ daripada mendengar radio..malah..ada yang mendengar radio pun menerusi ‘hanfon’….percaya tak? Jadi.. ‘hanfon’ atau muzik yang lebih berpengaruh? Atau…teknologi berkehendakkan seni atau seni memerlukan teknologi? Sape nak sape ni?


*hanfon - handphone ( Telefon Bimbit )

Selasa, Januari 20, 2009


Selasa, Januari 20, 2009
PAS bantah konsert Rihanna 13 Februari

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS membantah penganjuran konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur pada 13 Februari ini atas alasan ia tidak sesuai dengan budaya tempatan dan sentimen menghormati rakyat Palestin.

1. Adakah kerana artis tersebut seksi maka ia harus di bantah?
2. Tidakkah dapat digembleng pungutan dana ( ketika konsert ) untuk bantuan pada Palestin? - save cost untuk anjur pungutan derma yang lain bukan? PAS atau PKR atau DAP even UMNO boleh kutip 'cukai' - derma - kan?
3. M.Nasir khabarnya gagal untuk dapatkan sponsor untuk konsert solonya - rupanya habis kat
Rihanna. hahahaha.

Selasa, Januari 13, 2009

Berakhirnya 2008.



Ada lagu baru? Lirik baru? Gitar baru? Gadget baru? Sound baru? Sebaiknya guna yg lama jika masih bisa digunapakai.

Setiap zaman yang akan kita lalui sudah pasti memanjangkan lagi fikiran kita tentang makna hidup ini. Setiap waktu yang mendatang akan memperbaharui ingatan kita tentang diri dan nilai-nilainya. Pasti.

Hanya keupayaan kita untuk menerima atau menolak idea-idea baru dalam proses mengenali hidup ini. Makanan tidak akan habis kita makan. Bagi yang bekeluarga bilangan anak mungkin bertambah, atau anak semakin membesar. Apakah ini bisa jadi indicator pada potensi minda dan ingatan kita yang bisa menerima perubahan baru?

Tulis musik kamu banyak-banyak ye kawan-kawan……….

Sabtu, Disember 20, 2008

APA PERANAN LIRIK PADA SEBUAH LAGU?



Bayangkan, di sebuah stadium agam, ditengahnya dua team bola Real Madrid dan M.United sedang bertarung sengit dalam final liga Juara Eropah, namun dikelilingi dengan bangku-bangku kosong. Tiada peminat, tiada penonton, tiada jurufoto dan tiada pengulas media menyaksikannya. Ia tetap hebat, tetapi tidak pula ‘terasa’ hebatnya oleh kita semua.

Bayangkan, kita sedang mengadap hidangan masakan Melayu yang enak, disediakan dengan pinggan putih retak seribu yang di tepi bibir pinggan itu ada motif bunga melor pecah tiga, disamping air sejok dan sirap merah. Bersila mengadap sayur goreng, ikan masak pindang, ikan masin digoreng bawang, ada serunding, gulai asam, gulai lemak cili padi, semua ada. Tetapi sayang, tiada ulam-ulaman atau sambal belacan. Boleh makan tapi…

Hakikatnya, bagi sebuah karangan lagu sebagai bahan hiburan umum ia harus ada lirik bahasa yang bisa difahami dan dinyanyikan bersama. Ini sifat dan fungsi paling asas bagi sebuah lirik. Benar, melodi bisa berdiri dengan sendiri tanpa apa-apa sokongan. Itu dalam konteks muzik. Tetapi ini perihal muzik sebagai hiburan yang bersifat umum atau kontemporari. Lirik juga bisa berdiri sendiri, namun itu sudah bukan dalam konteks muziknya, tetapi sudah dalam genre sastera bahasa, puisi, sajak dsd.

Maka, keperluan lirik sebagai bahasa yang bisa disebut, dicungkil fahamnya dan bisa pula di ikuti nyanyiannya, itu merupakan peranan utama dalam sebuah lagu, malah ia menambah lagi nilai pada lirik itu sendiri. Jika tidak, maka melodi tidak lagi memerlukan lirik kerana lirik tidak membantu sebagaimana peranan asasnya ini.

Soal gaya penulisan, tema, mesej ( jika ada ) dan penggunaan bahasa merupakan soal selepas kita memahami fungsinya dalam sebuah lagu.

Bolasepak takkan jadi sukan hebat dan ‘paling di minati’ tanpa penonton dan peminat fanatiknya.

Masakkan kampong takkan lengkap tanpa ‘pedas’ sambal belacannya.

Lagu takkan bisa disiul jika liriknya tiada…. dan tak kena.

Babai…