Memaparkan catatan dengan label Sembang-sembang.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang-sembang.. Papar semua catatan

Selasa, Disember 01, 2009

Inspirasi.

Pernah dengar satu seloroh ? …tak kenal maka tak cinta.

“ Dari mana datangnya cinta ?…dari mata turun ke hati ”. Benarkanlah kata-kata ini – lorong untuk kita memahami cinta.

Atau.. “ Picture speaks thousand of words ”. Benar jua kata-katanya, malah, jika tidak kerana pesona gambar ini, ia bisa bikin kita ‘speechless’.


Pesona? Bagaimana mengungkap pesonanya dia ?

Teuku Zakaria b. Nyak Putih pernah bilang.

“tiada kata secantik bahasa…untuk ku puji adinda”. Ini juga ada benarnya.










Trala la la.. laa..laaa….

… “ dari kerana mata…yang mempunyai kuasa.. Ohh..aku tergoda

..aku tergoda terkeciwa.. ”
Adakah kita bersungguh-sungguh untuk memahami tentang ‘inspirasi’ ini? Mereka yang merasai jiwanya beragama ‘sangat’ akan mudah bilang, ilham ini datang dari Dia yang Esa. Ya, Benar. Namun kebenaran tak semudah itu untuk diungkap. Yang nyata ia bernada penuh keangkuhan dan kesombongan hati. Menafikan hak akal untuk memahami, menyelidiki, menyoal dan mengenal apa itu inspirasi samalah dengan mengahwini gadis tanpa bertanya kerelaannya, walau kahwin itu sunnah.

Ungkapan-ungkapan di atas adalah satu gambaran yang sangat jelas bagaimana manusia mencari dan memahami cintanya.

Kejap-kejap kita akan mendengar komposer keluar mencari ilham atau, berkhalwat mencari ilham. Ini juga satu sikap yang sombong lagi bodoh.

Lihatlah…lihatlah..renunglah dan renungkalah mata-mata itu menerusi mata mu.. Inspirasi kamu ada di situ. Dari mata..turun ke hati.. melodi itu akan mencair membajai hati. Dan, menyanyilah..menyanyi sehingga kalian terasa hendak mati!

Mudah kan ?

Rabu, November 11, 2009

Perangai Politikus dalam sikap Pemuzik.








Pemuzik telah diajar untuk bermain muzik dengan sempurna agar semua pendengar bisa terhibur – senang hati.

Politikus diajar untuk bekerja bersungguh-sungguh agar nasib seluruh warga rakyat terbela – kebajikan hidup.

Kedua sifat kerjaya ini sama, iaitu untuk kebaikkan orang ramai – masyarakatnya dan rakyatnya a.k.a. peminat a.k.a penyokong.

Datuk aku sebelah ibu, panggilannya ‘encik’ tetapi bunyi sebutannya ‘incik’. Yang suatu ketika dulu berkawan mesra dengan gerombolan politikus melayu, di Johor. Zaman songkok tinggi dan senget, dengan kemeja putih berseluar gelap. Ketika dia bercerita tentang pengalamannya, aku masih kecil, belum bersunat tetapi sudah ada ‘keinginan’. Masa itu foto bogel, terselit dalam buku ‘mari mewarna’ dengan foto-foto basikal, kereta dan raksasa. Sambil aku belajar mewarna, sambil aku membelek foto bogel gadis melayu yang ayu – dalam rahsia, umur ku 6 tahun.

‘Incik’ ini bekas Penghulu dan Guru Besar, dalam eranya, dia di antara guru yang mahir bahasa British. Pergaulannya dengan ‘geng UMNO Johor’ bikin dia jadi seorang pejuang kecil. Hubungan Incik dengan Melayu Singapura juga telah menambah lagi ego pada idealisme perjuangannya. Di rumah Incik, ada bangsal tempat anak-anak buah (anak orang kampong) yang berbilang bangsa duduk mengaji bahasa penjajah darinya, sebelah malam pula, yang beragama Islam akan sambung kelas mengaji quran dari isterinya (nenek aku).

Mengenang Incik, dia ini bila makan tidak tahu pakai tangan, mesti bersudu garpu dan pisau. Makanannya masakan melayu, bukan ‘western food’. Ketika makan, dilehernya tersangkut tuala putih lagak bangsawan Inggeris sedang dinner. Makanannya terasing dalam talam sendiri, walau ketika itu Incik menjamu selera semeja dengan kaum keluarganya sendiri. Air cuci tangannya pun tak boleh sama dengan orang lain. Panggilan ‘Incik’ ini tidak terhad kepada anak murid dan anak buahnya (org kampong) saja, malah cucu-cucunya (aku), menantu, anaknya hatta isterinya pun memanggilnya ‘Incik’ – sir. Disiplin ini kekal dibawanya hingga ke akhir hayat.

Jika pulang ke kampong Incik, setiap petang aku memerhati kelas Inggerisnya. Aku perhatikan budak-budak India selalu datang lambat, budak-budak Melayu suka lekas pulang dan anak-anak Cina bila datang suka bawa makanan. Dalam kelas, budak-budak menikus.

Satu malam, aku kata pada Incik, aku mahu masuk kelas Inggerisnya, dia tersenyum dan diam. Esoknya, ketika kelas sebelah petang, aku memerhati sekali lagi budak-budak dikelas incik, lama-lama aku mulai bosan. Aku pergi kolam dan berkubang. Bila malam, sekali lagi aku ‘merengek’ nak masuk kelas Incik. Keesokkannya, hal yang sama berulang. Keadaan ini berlarutan sehingga aku pulang kerumah. Tinggallah Incik di kampong.

Di hujung hayat Incik, dia menghabiskan masa dengan muzik Ghazal. Tidak betah lagi dia berpolitik. Katanya, muzik ini juga politik, politik ‘manis’. Dengan kumpulan Ghazal, dia tidak bermain muzik, tidak juga menyanyi. Tetapi dia menubuhkan kumpulan muzik itu. Dia menjaga kebajikan pemuzik, dibelanya hidup budak-budak Ghazal ini, malah pernah juga dijodohkan budak-budak ini dengan pasangan masing-masing.

Ada kes lagi, satu ketika, aku telah mencuri tengok gambus yang tersorok dibawah katil tidurnya. Ingin sangat mencuba, sambil memetik entah apa, aku menyanyi, juga entah apa-apa. Sedang seronok bergambus, aku kantoi. Di jerkahnya aku. Mencicit aku lari, tak puas dengan gambusnya. Dan, aku merajuk.

Malamnya, Incik panggil aku, memujuk cucu jantannya. Aku kembali riang, Hati sudah kembang manja, aku ‘mengadu’ padanya aku sudah pandai menyanyi, sudah tahu bunyi gambus itu bagaimana. Aku mahu dibelikan gambus juga. Aku mahu orang gembira dan senang dengan persembahan aku. Incik masih sama, senyum dan diam mendengar suara karenah cucunya.

Ketika semua rutin Incik di kampong sudah tiada lagi, dia ikut keluarga ku berpindah. Ketika ini aku sudah besar sedikit, sudah bersunat, sudah tahu malu dan sudah tahu mengira. Aku sempat berbual dengan Incik tentang kisah silam sewaktu sama-sama di kampongnya.

Incik mengingatkan aku, kalau ada keinginan pada sesuatu, jangan suka bercakap dahulu, buatnya entah bila, tuturnya sedepa, buatnya tak sampai sejengkal. Dia bilang lagi, kalau mahu jadi pemuzik, jangan ingat apa yang kita main, semua orang akan suka. Belajar itu bukan seperti menelan biji nasi. Main muzik, samalah dengan ‘main’kan hati manusia dengan kata-kata kita yang manis-manis. Masa itu aku tidak faham sepatah haram pun ingatan Incik ini, tetapi untung, aku masih ingat…masih sangat ingat. Terima kasih pada ingatan ini, kerananya aku kini mulai faham.

Pemuzik ini, egonya berlebihan dari kemampuan mereka menghiburkan kita (khalayak). Politikus pula lebih suka menang berdebat (di depan khalayak), debat ini seolah sudah menjadi satu kerja asasi bagi mereka! Selain itu, bentuk atau wajah politikus dan pemuzik masa kini lebih bersifat material dari karismatiknya. Hakikatnya, karismatik ini akan lahir dalam bentuk ‘command’ ketika persembahan atau di pentas atau di arena masing-masing. Command inilah yang persue khalayak untuk bersama menggerak apa jua tujuan yang baik. Bukan dengan lambakkan harta kekayaan yang huduh dan jelik itu. Dua makhluk ini ada persamaannya. Ilmu tak seberapa, gah tak semena-mena.

Incik wafat tanpa meninggalkan walau secubit tanah buat waris kepada anak cucu berbanding generasi seangkatannya yang bergedung harta materialnya. Hanya wasiat dari kata-kata Incik yang masih ku ingat, “kau orang ada ilmu, usahalah sendiri”.

Salam Sejahtera buat Incik, RIP.

Isnin, Oktober 05, 2009

APAKAH MUZIK MAMPU MEMPENGARUHI TABIAT SEX MANUSIA?

Soalan 1.

Adakah terdapat lagu yang boleh membangkitkan nafsu berahi sex untuk manusia?

Jawapannya ada.

Di mana?

Di sini.

Lagu apa?

Antara contoh popular yang poyo;

Wonderful Tonite, What a Wonderful world, Fallin in Love

Kenapa lagu-lagu ini?

Lagu-lagu ini tidak didominasi dengan imajan-imajan seksi dan bogel, tetapi melalui kesan melodi dan elemen muzik, inilah yang dikatakan sentuhan ransangan.

Justifikasinya?

Biar dulu.

Soalan 2.

Adakah terdapat lagu yang boleh merosakkan nafsu berahi sex bagi manusia?

Jawapannya – Ada.

Di mana?

Di sini juga.

Apa tajuk lagunya?

Banyak sangat tajuknya, contoh – Semua lagu-lagu Siti Nurhaliza, Semua lagu Mawi, Semua lagu Sharifah Aini, Lagu-lagu Salem, Slam, Spoon, Spin, Scoin, Scoop dan pada kebanyakkan lagu-lagu komposer Malaysia. Semuanya…potong Stim!!!!!

Justifikasinya?

Lagu-lagu ini tidak lahir dari keghairahan komposer dan penyanyi yang inginkan kenikmatan berkarya.

Mana kau (aku) tahu?

Kesemua nama-nama ini jika ditanya tentang kepuasan, pasti akan menjawab.“Belum puas menyanyi atau belum puas berkarya”. Ayat sebenar yang terlindung di sini ialah ‘belum puas selagi belum kaya’. Karya yang tidak bagus, memang tiada kepuasan mencipta dan tiada kepuasan bagi kita yang mendengarnya. Ghairah itu tiada kelihatan dan tiada tanda-tanda ia akan kelihatan.

Ada yang bilang, “Kamu (aku) jangan mudah menuduh-nuduh”. Hujjahnya lagi. “..berkarya memang takkan puas kerana nikmatnya terlalu dalam untuk diterjemah, giannya abstrak”.

Ya benar. Ini konteks berkarya yang kita kata “mengabdi diri dalam berkarya”. Perkara “mengabdi diri” ini boleh ‘kelihatan’ pada fizikal bukan? Nah, ada ‘kelihatankah’ “pengabdian diri” ini pada mana-mana lagu dan komposer yang menghasilkan lagu tersebut? Jauh panggang dari api!

Justifikasi untuk soalan pertama (1).

Di mana elemen-elemen yang bisa membangkitkan ghairah dari lagu-lagu tersebut? Mudah saja.

Anda dengar dan anda rasainya sendiri, ada jalinan kemesraan didalam gubahan muzik dan lirik pada lagu-lagu itu. Bukan hanya kerana muzik itu lembut tetapi keseluruhan muzik itu menyentuh “touching”. Ini real, bukan anggapan. Penghayatan kita sememangnya berbeza, kita akui. Tetapi perbezaan ini menjelaskan lagi kesan ransangan yang meruntun perasaan kita untuk ‘mari melakukan sex bersama pasangan anda’.hahaha.

Sex ini sebahagian dari manipulasi muzik keatas otak dan jiwa (naluri) manusia. Keduanya memang dihubung rapat.

Why do people listen to music?

There are those who say that people feel that their emotions are being addressed when they hear music, and this is why they listen to it.

How can music appeal to our emotions?

Music is able to tell us things, and in fact very precisely, although we are only now beginning to understand how music does this. What is certain is that music is able to convey meaning. There are some things that are better conveyed by music: An Alpine Symphony by Strauss, when he describes the summit, tells me a great deal more than if I am merely told that, yes, we were at the summit, the mountain was pretty huge and we all found it wonderful standing up there at the top.

Potongan wawancara bersama

Dr. rer. nat Stefan Koelsch. musician and psychologist

KESIMPULAN.

1). Karya yang bagus boleh meransang keinginan (naluri) manusia untuk respon kepada sesuatu tujuan. Yakni, memberi kesan psikologi untuk melakukan sesuatu, kebaikkan atau keburukan. Dalam topic ini – sex. Ya, ia boleh meransang untuk tujuan khusus ini, dengan syarat – lagu mesti bagus.

2). Karya yang tidak bagus, tidak akan memberi apa-apa kesan (baik atau buruk) baik kepada masyarakat termasuk pengkarya itu sendiri. Dengan kata lain, lagu-lagu di Malaysia kini tidak mampu meransang manusia untuk apa-apa tujuan, dari segi kepenggunaannya tak ubah seperti lampin pakai dan buang. Lepas mendengar, tutup, tidur berdengkurlah sampai pagi, berulang-ulang hingga kalian mati pucuk. Tak boleh pancut lagi. Ini bahaya.


P.S. Adakah lagu-lagu komposer kini berbahaya untuk kesihatan kita? Hahaha.

Isnin, Ogos 31, 2009

Masterpiece – Adikarya.

Selepas 52thn Merdeka.

Di Eropah, bangsanya sudah memiliki ( mereka angkat sendiri ) beberapa karya seni sebagai karya agung, juga karyawan yang agung. Ianya banyak, tak tersenarai di sini. Sama juga di Amerika, Jepun, China, India, Arab dan Amerika Latin.

Adikarya lahir di tengah-tengah masyarakat yang maju. Maju di sini bukan hanya maju material tetapi meliputi hal-hal bersifat intelektual. Sistem ekonomi, sosial, falsafah teknologi, prinsip seni budaya itu sendiri dan yang terutama ialah daya fikir masyarakatnya. Ini semua meliputi sistem ‘nilai’.

Proses lahirnya Adikarya bukan satu proses bersendirian – karya dan karyawan itu sahaja. Proses lahirnya Adikarya juga bukan satu proses yang pendek, ia memakan masa yang cukup lama, cukup lama untuk dikatakan di sini. Kematangan satu-satu bangsa dapat dilihat menerusi kesempurnaan mengurus anggota masyarakat dan Negara.

Bagi para seniman, tua dan muda, tokoh kecil dan tokoh besar, artis kaya dan artis papa dan pekerja seni. Harus jangan lupa, jalan mencipta Adikarya seterusnya sangat panjang. P.Ramlee hanyalah permulaan.

Mengapa perlunya Adikarya pada satu-satu bangsa? Pada bangsa Malaysia?

Jumaat, Ogos 21, 2009

Siapa Pendengar Muzik (2).

Zaman ini, gubahan muzik durasi skalanya sekitar 3 hingga 6 minit bagi setiap lagu. Purata masa sekitar 5 minit (yang sebentar saja) ini bukanlah memerlukan kuasa kerja yang juga 5 minit. Tetapi berjam-jam, berhari-hari kadangkala berbulan malah bertahun-tahun. Kerja ini juga melibatkan kekuatan intelek serta kolaborasi antara pemuzik termasuk kru-kru produksi. Orientasi kerja seperti ini amat merenyahkan. Hasilnya hanya untuk persembahan sekitar 5 minit atau kurang!

Apa yang boleh kita harap dari impak 5 minit ini? Jangan lupa selalu – muzik bersifat ‘masa’, dari 1 titik ke 1 titik lain, dari A hingga J atau Y, dari intro ke coda. Apa impaknya?

Zaman ini, pendengar semakin bijak (cerewet barangkali) memilih bahan untuk mereka dengar. Mendengar tidak boleh dipaksa-paksa. Paksaan bukanlah prinsip seni. Kini ada kisah dalam beberapa persembahan muzik di mana ramai pendengar berhimpun untuk menikmati muzik kesukaannya. Setelah band boy yang disukainya habis membuat persembahan, maka ‘dock’ penonotnon lengang walaupun persembahan muzik yang lain belum tamat!. Ini realiti bilamana pendengar ( yang dikatakan peminat muzik ) hanya ‘mampu’ mendengar muzik band pilihannya sahaja. Apakah ini satu permasalahan bagi isu ‘pendengar muzik’ secara keseluruhannya?

Apa kita punya satu golongan masyarakat yang menjadi ‘penghayat muzik’? apa relevennya isu ini dengan perkembangan industri muzik?

Aku berikan persoalan-persoalan ini untuk kita sama-sama ‘mula’ memikir sedikit tentang prospek perkembangan muzik tanahair.

Khamis, Jun 04, 2009

KISAH SEORANG SAHABAT.

Aku ingin tintakan sedikit pengalaman kecil dari seorang sahabat yang agak lama aku kenal.

Mamat ni tak lama lagi nak belayar, pergi mengaji ilmu agama. Agamanya Islam. Belajar di peringkat Master, di UK. Kini dia tengah sibuk mencari/mengumpul dana buat belanja belajar di sana. Dia pergi bersama keluarga ( anak isteri ).

Sepanjang usaha mengumpul dana ni, banyaklah dia bertemu dengan insan-insan yang seharusnya membantu beliau. Kebanyakkan manusia yang ditemuinya tidak begitu banyak membantu baik dari segi wang itu sendiri mahupun idea untuk mengumpul dana. Dari kisah-kisah yang dibualkannya pada aku, nyata sekali manusia ini begitu lemah sekali sifatnya. Hingga kita tidak akan faham mengapa mereka bekerja, untuk apa mereka ini hidup dan tujuan apa mereka hidup.

Aku anjurkan pada sahabat ini, minta sahaja pada mubaligh-mubaligh Kristian atau gereja. Aku yakin, mereka akan segera memenuhi keperluan hamba allah sahabat ku ini, aku boleh confirm, sumbangan mubaligh-mubaligh ni pasti tanpa amalan riba’. Kah kah…. Cagarannya? Usah cerita la…kah kah…

Kini, sahabat kita ni dapat idea untuk kumpul dana dengan cara. 1 sumbangan akan dapat free 1 keping CD nyanyiannya. Hahahaha..idea baekk punyaa. Lagu yang menarik dan nyanyian yang ikhlas. Produk ini turun dari syurga hatinya. Karya ini hasil rintihan jiwanya. Mana nak dapat kat pasaran luar. Lagu sedap nak mampos..dengar bole sampai mampos.hahaha. Betul beb…serius. Aria mana ada tipu-tipu

Pengalaman beliau aku ambil sebagai sesuatu yang sangat berharga. Selepas ini, aku tiada teman ngeteh lagi di kawasan kediaman aku.