Memaparkan catatan dengan label nota noti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nota noti. Papar semua catatan

Selasa, Jun 23, 2009

C - Dalam Muzik


C

Not pertama dalam skala natural. Seperti not-not yang lain, ada nilai Cb, Cbb, C# dan C##. Ada dua ‘kunci rumah’ iaitu Major dan Minor. Frekuensi not C natural sekitar 16.35hz. Jika mendengar kenyataan “ In C “ maksudnya 1. Muzik dalam key C major atau 2. instrument ‘non-tansposing’ seperti Trumpet. Dalam treble clef duduknya C tengah di bawah garis staff. Dalam C cleff pula susunannya SCTB (C=contralto) berbeza dari SATB (A=alto).

CARMA, tidak diketahui asal usul lahirnya perkataan ini. Tetapi bagi

penulis, ia di perkenalkan oleh seorang teman, kerjanya…carma ( cari makan ) - dalam muzik. Ini perkataan melayu, trend gabungan 2 perkataan ini sangat banyak digunakan dalam bahasa Indonesia contohnya CURHAT – curahan hati. Hah hah haaa…..

Gabungan perkataan yang menjadi satu atau dengan kata lain – ringkasan perkataan (short hand) ini juga berkembang banyak di internet dalam bahasa ‘chating’ seperti WTF – what the fuck !...hahahahaha..

CIBAI… perkataan ini jika tersalah 1 ejaan akan menjadi CABAI. Cabai adalah Cili atau Lada. Perkataan ini biasa digunakan oleh orang di utara semenanjung Malaysia spt di Kedah. Apabila pemuzik mendengar komposer atau konduktor berkata “ sound macam cibai ” atau “ main macam cibai “ maka bagi pemuzik atau kru, bertenanglah. Ini contoh makian biasa dalam latihan. Malah, ia lebih ketara di sebut ketika sesi sound check. Sesiapa yang mendengarnya..maka tercibailah mereka. Ops..terlupa! Cibai ini ertinya ‘kontol’ lelaki. Dalam kamus DEWAN tiada tercatat sebarang makna. Barangkali ini versi old testament.

Ahad, Mei 17, 2009

‘A’ dalam muzik.

Ialah not ke-6 dalam skala natural C. Ada juga nilai not yang berbeza (tak setara) tetapi masih juga ‘A’ iaitu Ab,Abb,A# dan A##. Dalam gugusan kod asasnya hanya 2 bahagian iaitu Major dan Minor. Not A ini menjadi pasak mengukur standard getaran dalam saat (frekuensi) 440hz. Ia di guna pakai sejak 1939. Sesetengah orkestra menerima f 435hz dan di Amerika kebanyakkannya f 445hz.

Not A dengan bunyi vocal – “ aaaAAA…”. Bagi vocal Bass dan Tenor bunyi A ini lebih jelas lagi walaupun frekuensinya rendah. Bagi Alto dan Soprano bunyi vocal A tidak begitu ketara tetapi nada (pitch) lebih kedengaran kerana sifat suara alto dan soprano yang tinggi frekuensi bunyinya.

Selain bunyi vocal A ada juga sesetengahnya mengabungkan bunyi A+O dan hasilnya aaAAOO – ia juga masih kedengaran AAAA dan lebih dalam intensiti bunyi not.

Selasa, Januari 29, 2008

NOTA 11.


BOLEHKAH ORANG GILA MENIKMATI MUZIK?
"....Hari ni kau nyanyi betul-betul. Feel mau lebih, tapi gula mau kasi kurang haaa…tak mau manis sangat."

chorus

Untuk apa pula kita mahu memberi muzik pada si gila? Tak cukupkah pendengar yang waras membeli dan menikmatinya? Soalan ini telah menjelaskan lagi peranan muzik. Iaitu, bukan sekadar produk hiburan tetapi juga muzik mampu merawat penyakit fizikal mahupun spiritual. Jadi mari kita lihat muzik sebagai fungsinya secara rasional pada kehidupan, bukan sekadar jiwa jiwang atau ritual agama mahupun hiburan ‘heboh-heboh’ saja. Teori sains tidak pernah menolak sebarang kemungkinan, oleh itu, dipercayai penyakitnya boleh sembuh dengan sumber-sumber ubatan yang ada termasuk dengan terapi muzik. Terapi muzik?

Di Malaysia, penggunaan bahan muzik sebagai ubat/terapi masih diperingkat baru. Baru tahu...baru dapat...baru cuba...baru dengar dan barua! Ada beberapa persoalan yang menarik antaranya, adakah seni muzik di Malaysia, selain dari hanya sebagai produk hiburan, punya harapan untuk berkembang menjadi salah satu bidang khusus yang lain seperti dalam bidang perubatan/kesihatan? Adakah budaya ilmu muzik kita yang terkumpul sejak Negara merdeka bisa menjelmakan harapan ini? Atau apakah kita bisa melahirkan seorang saintis dalam bidang sains fizik akustik – muzik?

Coda

Ok, kita ringankan sikit persoalan ini. Contohnya, adakah kita banyak memberi pendedahan dari karya-karya unggul seperti Simfoni no.5 atau no. 9 atau Horn Concerto in Eb kepada masyarakat umum, secara umum? Pernahkah kajian mengenai keperluannya dibuat dan di lapor pada umum? Apakah karya komposer kita setanding dengan karya-karya unggul itu? Atau, adakah komposer kita mampu menghasilkan muzik yang karyanya dapat memberi kesan pada kesihatan insan yang mendengar? – selain dari berpeluh menari?

Barangkali ini juga berat, kita ringankan lagi. Bagaimana dengan contoh karya-karya tempatan?, Apakah lagu-lagu masterpiece Melayu bisa membantu pesakit kanser atau gila sembuh? Lagu Sri mersing? Keroncong Untuk Ana? Andalusia? Isabella? Fantasia Bulan Madu? Cindai? Biarlah Rahsia? – Boleh? Selain dari Malaysia boleh! Ya, barangkali memang boleh, jadi kedua pihak – seniman dan saintis/doktor harus bekerjasama dan cubalah dengan bersungguh-sungguh. Tapi saudara-saudara, susah juga nak buat, sebab, golongan doktor/psikatris/saintis kita yang ‘ada kini’ tiada budaya dan intelek untuk memahami, meminati dan menikmati muzik, terutamanya karya-karya local ( yang bagus? ).

Kenapa pula mereka tak minat? Macam-macam sebab la nak cerita. Barangkali tengok filem 3 Abdul boleh membantu… ‘penyangak jual si penipu’. Dua-dua pihak – sakit dan gila.
Komposer pop dan rock kita dah ada, komposer ringtone pun berlambak, komposer jingle juga bersepah, tetapi komposer ‘gila’ untuk penyakit gila, belum ada. Vacancy vacancy……….


“..okey..render-render..confirm!! macam ni la…baru bole bikin org jadi gila!...”