Jumaat, Ogos 07, 2009

Cerita tentang “SEDAP” lagi…

Seorang teman ada bilang, 3 perkara paling sedap dalam dunia ini khususnya bagi lelaki iaitu 1. Makan daging – bagi yang vegetarian pastilah ini bukan pilihan mereka. 2. Duduk atas daging – bagi yang suka menunggang, pastilah kuda dan unta menjadi pilihan, ia lebih seronok dari merempit. Ke 3, masuk dalam daging – yang ini memang pilihan ramaiii…..

Apa saja tentang hidup, keinginan untuk merasa nikmat sedap sudah menjadi satu keperluan. Makan, ya, memang untuk hidup namun mahu juga merasai kesedapannya. Minum juga begitu. Beragama juga begitu. Bersenggama sudah barang pasti. Kerja juga mahu gaji yang sedap, baju mahu yang sedap mata memandang, telinga..mahu juga mendengar yang sedap.

Sedap ini menjadi dominan bilamana ada pilihan. Kuasa untuk memilih juga satu nikmat yang ‘sedap’. Bayangkan jika kita tiada kuasa memilih… itu tanda merdeka diri sudah punah. Apa saja yang kita hadap, tiada lagi nikmat sedapnya walaupun yang menghidangkan itu mengatakan hidangan itu sedap. Ya, sedap bagi setengah insan, bukan bagi semuanya.

Sedap ini tidak berotak, tiada rasional, tiada berkesudahan dan tiada logik !

Insan-insan seperti Beethovan, John Lennon, Nat King Cole, S.Effendi yang bisa bikin bunyi jadi sedap sememangnya genius.

Ayuh..

Akan berlangsung satu siri konsert muzik di Festival of Youth.

Semua di jemput datang memeriahkan lagi showcase ini.

Di ; Padang Timur (Sebelah Amcorp Mall), PJ.

Jam ; Jam 12 pm – 12 am.

Tarikh ; 15 – 16 Ogos 09.

Ada Nitrus – Lan ( ex MUH ), ada 1 buck short, BunkFace, ) Bottlesmoker, The Radio

Adi Band Project, Selamat Pagi Gadis, Arus, Green Love, The Lovecraft, Notis, Dewangga Sakti, Serambi, Tilu, Beeha, Al-Gebra dan banyak lagi.

Isnin, Ogos 03, 2009

Komposer dan komposisi.









Tidak semua orang bisa mencipta. Ya – kreativiti itu bisa dimiliki oleh sesiapa pun. Tetapi ia bukan seperti anugerah – bakat. Bakat tidak boleh dipelajari sepertimana mempelajari disiplin ilmu yang lain (kreativiti), tetapi bukan pula ianya (bakat) tidak boleh difahami. Dengan kata lain. Bakat tidak boleh dibuat-buat atau dibeli-beli.

Kita boleh ‘buat-buat’ jadi komposer. Tetapi kita tidak boleh ‘buat-buat’ lagu itu jadi sedap. ‘Sedap’nya lagu juga tidak boleh dibeli-beli atau dibuat-buat. Ya, dalam pasaran mainstream (industri) elemen lain bisa melariskan sesebuah lagu. Tetapi ia tetap tidak akan bisa jadi ‘evergreen’ – malar segar. Seperti mana ‘hijau’.

Tetamu mf malam itu, brother mukhlis nor – komposer lagu ‘hijau’. Ungkapan di atas adalah sedikit rangkuman dari dialog bersama beliau.

Komposisi seperti ‘enjit-enjit semut’ katanya. Contoh terbaik untuk memahami apa itu komposisi. Mengapa ya?

Ok, tinjau catatan penulis sebelum ini, ada terselit satu contoh ‘form’ tentang lagu. Antara contoh yang aku kemukakan ialah ‘Clementine’

Antara ‘enjit-enjit semut’ dengan ‘clementine’ apakah persamaannya? Jelas, komposisi itu satu ungkapan idea dalam bentuk kontur (contour) nada bunyi yang konsisten ‘soal’ dan ‘jawab’nya. Untuk memahami elemen ‘soal-jawab’ ini, bisa dirujuk pada konsep pantun melayu. Ia ringkas tetapi padat.

Dialog malam itu tamat jam 11 malam. Tetapi penutup bicaranya hingga sesudah subuh, ya..subuh. Malam minggu disconya di kepala. Bukan di kelab-kelab.

Perkara lain yang kami (yang masih muda) pelajari dari beliau iaitu, komited pada kerja, sustain dengan momentum dan percaya pada apa yang kita mahu percaya.

Terima kasih pada teman-teman yang hadir.