Selasa, Februari 08, 2011

BAYANGKAN



BAYANGKAN JIKA ORANG POLITIK PANDAI MENYANYI

  • PM akan berkempen sambil menyanyi lagu Rock Kapak
  • Anwar Ibrahim akan berhujah di Parlimen sambil menyanyi-nyanyi lagu P.Ramlee
  • Nik Aziz akan berqasidah disemua surau-surau
  • Lim Kit Siang akan menyanyi opera cina tiap-tiap malam
  • Hj Hadi Awang akan bernasyid setiap kali sidang akhbar
  • Khairy Jamaludin akan berduet dengan Jason Loo menyanyi lagu Acid Alternatif
  • Samsul Iskandar akan menyanyi dan bergelek menerusi lagu dangdut dengan tidak henti-henti
  • Cikgu Bad tak akan habis-habis menyanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ di setiap demonya
  • Nasrudin Tantawi akan bersyair Arab ketika berdebat

BAYANGKAN JIKA PENYANYI POPULAR PANDAI BERETORIK MACAM ORANG POLITIK

  • Siti Nurhaliza akan menggantikan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi
  • Noh Hujan akan menjadi Ahli Parlimen Rembau
  • Ziana Zain akan menjadi 1st Lady
  • Syarifah Aini akan menjadi Ketua Wanita UMNO
  • Akil Hayy akan menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat
  • Afdlin Shauki akan dipilih menjadi Ketua AMK Pusat

BAYANGKAN JIKA SEMUA INI TERJADI

  • Hancur Malaysia!

Isnin, Januari 31, 2011

1 dan 2

Dahulu    : untuk menulis beberapa lagu aku hanya memerlukan sebiji gitar 
                dan sehelai kertas kosong.
Sekarang : untuk menulis sebuah lagu aku memerlukan 2-3 hari untuk 
                memulakannya.
Dahulu    : untuk menggubah lagu, aku hanya memerlukan sebiji gitar dan 
                sehelai kertas terpakai.
Sekarang : untuk menggubah sebuah lagu, aku memerlukan sebiji laptop.


Hari ini : aku memerlukan keinginan untuk mendapat ilham.
Esok     : aku memerlukan tekanan untuk mendapat keinginan.
Hari ini : aku memerlukan teman untuk mengkritik kerja aku.
Esok     : aku memerlukan ‘musuh’ menjadi penasihat aku.


Detik  ini       : aku menaip dan kalian membaca.
Sebentar lagi : aku berfikir tentang apa yang mungkin kalian fikir.