Jumaat, Julai 03, 2009

‘Mikaeel’ Jackson.

Pagi itu aku di kejutkan dengan bunyi sms dari kekasih ku. Kemudian aku terjaga, membaca

mesejnya, aku tutup. Sangap (menguap), masih mamai lagi. Aku bangun, dan gosok gigi. Karat gigi ni susah betul nak tanggal, nikotin banyak. Tapi tak mengapa. Gigi aku sihat dan tiada satu pun yang berlubang-lubang macam orang lain. Aku gosok dengan berus gigi, perlahan sekali. Sengaja buat begitu kerna bisa ambil waktu untuk berfikir tentang sms kekasih ku sebentar tadi.

Mamai sudah hilang. Ya. Micheal Jackson dah mati.

Menjelang tengahari, kekasih ku sms lagi bertanyakan tentang agama Micheal. Aku biarkan sms itu tanpa reply. Sambil minum Nescafe, aku cuba mengenang kembali, apa yang aku masih ingat tentang Micheal Jackson. Tiada apa-apa, kecuali 1 – 2 buah lagunya yang masih kekal dalam memori pendek ku.

Hari ini.

Setelah berhari-hari media amat sibuk dengan berita MJ. Cerita tentang sejarahnya, pencapaiannya, skandal-skandalnya hinggalah persepsi-persepsi masyarakat tentang dirinya. Semua berita-berita ini – duit. Siapa jua bisa bikin duit atas apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi pada global ikon sepertinya. Bagus, namun dari sisi lain, keadaan begini ini agak menakutkan.

Secara peribadi, barangkali MJ sendiri tak pernah menyangka dirinya menjadi begini – sebegini. Bagi aku, beliau hanyalah seorang penghibur. Dan sememangnya dia penghibur yang brilliant. Ini tiada kaitan dengan muzik atau genrenya. Ini hanyalah tentang bakat yang istimewa. Beliau menjadikan muzik terlalu murah berbanding bakatnya itu. Bakatnya adalah dewanya. Bakat ‘melampau’nya ini tidak memerlukan muzik lagi. Hakikatnya, beliau sudah tidak memerlukan lagi peminat-peminatnya. Ulang kembali. Ini kisah seorang penghibur...bukan kisah epik perjalanan muzik.

Semua isu sensasi dan yang hebat, yang melampau ini kita ketepikan sementara.

Lihat pada yang rutin-rutin dan yang normal-normal seorang penghibur.

Setiap nyanyiannya, beliau menyanyi dengan begitu bersungguh-sungguh. Setiap persembahannya digubah dengan sangat cermat. Muziknya sangat simple dan sofistikated. Beliau kuat berlatih menyanyi dan menari. Rutin normal sebegi pun ni jarang ada dikalangan kita.

Tentang agamanya? Barangkali tiada lagi yang lebih penting selain dari mempelajari disiplin kerja beliau. Amin….

Khamis, Julai 02, 2009

D dalam muzik

D

D selepas C.

Maknanya not ke-2 la kan. Sama juga seperti not-not lain. Ada 1 dan 2 flat (b) dan ada 1 dan 2 shap (#). Tetapi dalam sistem solfeg ( bunyi D di dahulukan iaitu – do re mi fa so la ti….dur. Bukan Co re mi…..). Jika anda mendengar “play in D” ada 2

kemungkinan 1, main dalam key D major, bukan key minor ya. ( key D major ada 2 shap ) atau 2. bagi instrumen yang transpose, D bermakna – not C bunyinya D. Faham? Antara instrumen yang transposed ialah trumpet,alto seksafon, horn. Selebihnya pergi cari sendiri.

Decibel / desibel.

Unit dalam teori logaritma menyatakan perbezaan tahap bunyi dan tahap ‘isyarat bunyi’ secara elektrikal. Yang di katakana ‘isyarat bunyi’ ini pula bermakna ada bunyi yang tidak dapat ditangkap oleh telinga normal manusia tetapi bunyi itu ada, maka ‘isyarat bunyi’ ini boleh dilihat menerusi tolok meter.

Sering terjadi salah tanggap yang menyamakan decibel dengan volume. Dalam muzik, ia berbeza. Volume sebagai indikator bagi kuat/lebih atau lemah/kurangnya intensiti ( intensity dalam BM apa? ) bunyi, volume ini melibatkan amplitude, loudness, tekanan bunyi dan dinamik bunyi/

muzik. Perbezaa antara decibel dan volume boleh kalian uji, contohnya rasa bingit dan rasa sakit (telinga). Bingit menunjukkan pendengar terdedah dengan bunyi volume yang terlalu tinggi atau kuat, sedang rasa sakit pada telinga pula kerana tahap desibal tinggi walaupun volume nya sederhana atau rendah. Contoh bunyi ‘ping’ tamat siaran TV. Tiiiiiiiiinnnngggggggggggggg……. Atau bunyi geseran pada zink…kriiiiuuutttttt…kreeeetttttttt.. ngilu beb.

Digital.

Digital adalah contra pada analog. Semua ini merujuk pada sistem, secara digital atau analog. Sumber bunyi dalam sistem/teknik digital diproses dalam bentuk ‘bit’ iaitu dalam bentuk urutan nombor, abjad atau icon. Secara ringkas, bunyi digital berbeza dengan bunyi dari sistem analog. Warm bunyi dan naturalistik bunyi lebih nyata dan jelas melalui sistem analog. Namun teknik digital lebih mudah di guna dan di selenggara berbanding analog yang amat mahal kos penyelenggaraan alat rakamannya. Dengan digital lahirlah CD, internet, handphone dsd. Nak lebih tahu tentang digital. Sila ke sekolah kejuruteraan bunyi.

Dungu.

Apabila seseorang itu terlalu kerap terdedah pada ‘kasar’nya bunyi. Lama kelamaan, insan tersebut akan menjadi dungu, dungu ini bebal..subal..bengal. Jadi. Berpada-padalah mendengar muzik. Dengar bila perlu. Dan berhenti mendengar bila anda tak mahu lagi mendengar..bersunyilah..kerna sunyi itu juga muzik. Jika ini dilakukan maka kalian takkan menjadi dungu.

Dengar.

…..” Dengar tak?...”

“..Tak dengar?..”

“ Pekak la kau! “

..” Bukan tak dengar..tapi dah bingit..tak tau biji butirnya”

“..ooo…cakap la kuat sangat volumenyeeee…”

Moral in D – dengar muzik pada kadar kekerapannya..dan dengar pada tahap sewajarnya. Kelak bisa jadi pendengar yang baik.

Sabtu, Jun 27, 2009

Bayangkan…..Telefon bimbit tanpa muzik.

Aku ada 1 biji ‘hanfon’ yang tak berbunyi. Baik panggilan masuk atau pun keypad tone. Telefon aku ni memang tak berbunyi langsung….berbunyi hanya, bila aku hempas ke lantai atau lemparkan ke dinding.

Ada kawan-kawan komplen susah nak hubungi aku. Panggil-panggil susah nak jawab. Memang la, dah tak berbunyi. Tapi ada lampu-lampu yang menyala-nyala bila ada panggilan masuk. Hahaha. Cuma selalu la terlepas pandang bila lampu tu menyala. Jadi, misscall la jawabnya.

Jika dengan visual ( lampu atau tampakan 2D/3D ) kita memang sering terlepas pandang. Jika memandang pula, selalu terjadi ‘silap mata’. Seni optikal ini memang hebat! Tetapi ada kelemahannya. Contoh, si buta takkan berupaya menikmati cahaya bulan atau karya catan. Tetapi berbeza dengan bunyi atau muzik. Jika Seni optikal itu hebat, tetapi muzik pula..dahsyat!

Jadi, hebat bagaimana pun ‘hanfon’ kita, dengan “ ‘blue’tut ” atau dengan multi function nye ke…kita masih perlukan bunyi setidak-tidaknya bunyi kentot !..kan? Tanpa bunyi mahupun muzik… ‘hanfon’ anda tak sempurna fungsinya sebagai alat dan keperluan kebendaan zaman ini.

Jika dulu, orang ramai nak mendengar muzik lebih banyak nonton konsert atau nonton filem di pawagam, kini orang lebih banyak mendengar muzik menerusi ‘hanfon’ daripada mendengar radio..malah..ada yang mendengar radio pun menerusi ‘hanfon’….percaya tak? Jadi.. ‘hanfon’ atau muzik yang lebih berpengaruh? Atau…teknologi berkehendakkan seni atau seni memerlukan teknologi? Sape nak sape ni?


*hanfon - handphone ( Telefon Bimbit )