Isnin, Ogos 31, 2009

Masterpiece – Adikarya.

Selepas 52thn Merdeka.

Di Eropah, bangsanya sudah memiliki ( mereka angkat sendiri ) beberapa karya seni sebagai karya agung, juga karyawan yang agung. Ianya banyak, tak tersenarai di sini. Sama juga di Amerika, Jepun, China, India, Arab dan Amerika Latin.

Adikarya lahir di tengah-tengah masyarakat yang maju. Maju di sini bukan hanya maju material tetapi meliputi hal-hal bersifat intelektual. Sistem ekonomi, sosial, falsafah teknologi, prinsip seni budaya itu sendiri dan yang terutama ialah daya fikir masyarakatnya. Ini semua meliputi sistem ‘nilai’.

Proses lahirnya Adikarya bukan satu proses bersendirian – karya dan karyawan itu sahaja. Proses lahirnya Adikarya juga bukan satu proses yang pendek, ia memakan masa yang cukup lama, cukup lama untuk dikatakan di sini. Kematangan satu-satu bangsa dapat dilihat menerusi kesempurnaan mengurus anggota masyarakat dan Negara.

Bagi para seniman, tua dan muda, tokoh kecil dan tokoh besar, artis kaya dan artis papa dan pekerja seni. Harus jangan lupa, jalan mencipta Adikarya seterusnya sangat panjang. P.Ramlee hanyalah permulaan.

Mengapa perlunya Adikarya pada satu-satu bangsa? Pada bangsa Malaysia?

Khamis, Ogos 27, 2009

PENGUMUMAN.

Penganjur Dialog ; MusicForum

Tajuk ; Di mana Muzik dalam Politik Islam?

Tarikh ; 02 Sept. 09.

Masa ; 10.00 malam.

Tempat ; Studio Pocket, Puchong Utama.

Panel ; Sdr. Nasrudin Hasan Tantawi – Ketua Dewan Pemuda PAS.

Sdr. Shanon Shah – Artis ( Pemenang AIM ).

Moderator ; Sdr. Fathi Aris Omar.








Dialog ini berusaha untuk mencari titik pertemuan atau kesepakatan dalam memahami peranan dan tanggungjawab dari dua bidang, muzik dan politik. Teman-teman di jemput sama hadir. Bisa kongsi pandangan, ide dan kritikan secara terbuka.

Rabu, Ogos 26, 2009

E Dalam Muzik.

E selepas D. Not ke-3 dalam skala natural C. Sama juga seperti not-not lain. Ada 1 dan 2 flat (b) dan ada 1 dan 2 shap (#). Ada Key major dan minor serta bmajor/minor dan #major/minor.

Sesetengah perkusi tunning menggunakan not E dan bagi Drum ia digunakan pada Floor Tom. Key E dalam skala vokal dikira sebagai antara key yang agak tinggi. Dalam tunning muzik moden, sesetengah pemuzik merendahkan ½ tone menjadi Eb.

Expression – Ekspresi adalah ‘pengucapan’ rasa. Tidak kira dalam apa jua bentuk, perkataan, bunyi vokal atau instrumen termasuk kesan berus pada catan. Elemen ekspresi terdiri daripada durasi (panjang/pendek) serta dinamik (kuat/lembut). Ekspresi meninggalkan persepsi artistik kepada penghayat. Jika berjumpa dengan term exspresivo, ia bermakna main dengan ekspresi diri. Bagaimana? Feel laaaa….

Embeek…embekkk.. – Ini suara kambing mengembek!