Apakah "sunyi" ini ?. Adakah ia sejenis benda? atau sekadar ungkapan rasa pada kata-kata? atau ia merujuk pada "ruang" fizikal atau "metafor" atau apa ?
Pernah suatu ketika dulu seorang teman rapat berbicara mengenai sunyi, dia graduan dari salah sebuah penjara di Utara tanah air. Banyak cerita yang dikongsikan bersama. Humor ada, sedih ada, sadis juga ada, tetapi seram tiada barang satu pun. Namun, antara yang menarik perhatian ialah kisah – sunyi – ini.
Mereka yang rutin hidupnya ditentukan oleh orang lain akan mengalami masalah keletihan batin, desire mereka hari demi hari menjadi semakin tumpul. Emosi tidak stabil. Mereka juga mengalami masalah memori yang teruk. Kesemua ini membuncitkan tekanan jiwa.
Seorang teman lain pernah berbicara, katanya “saat yang paling sibuk dalam hidup sesorang ialah sewaktu dia dipenjara” kerana ketika itulah mereka memikirkan tentang pelbagai perkara, antaranya – bagaimana beliau boleh ‘kantoi’ – hahaha... Malah mereka juga sibuk merancang hidup selepas dibebas kelak ( yang bukan sabit ke tali gantung laa ). Bagi yang terpenjara jasadnya, fikiran mereka wajib berkerja, jika tidak, mereka akan gila. Jadi, tiada ruang untuk mereka merasa sunyi – katanya . Maka apakah kisah sunyi ini satu propaganda sasterawan?
Seorang teman lain yang - 'lain' hahaha…juga ada berkata “hari-hari aku busy, masa makan pun kena review kerja, tapi kadang-kadang aku rasa lonely lah..”. Pembaca mungkin dapat menangkap maksudnya. Jadi, dimanakah letaknya – sunyi – ini.?.
Sahabat penulis yang - 'lain dari yang lain' ooo..huuhuhuhu….seorang penggubah lagu. Selalu pergi bercuti, katanya mahu mencari ilham. Di K.L bising – ‘jerit’nya, dia mahukan kesunyian, di situ barulah beliau boleh mendapat ilham dan mengarang lagu. Barangkali pembaca sudah boleh melihat bagaimana bentuk – sunyi – ini.
Bagi mereka yang pernah mengalami salah satu atau semua dari kisah-kisah ini, barangkali mereka tahu apa yang dikatakan sunyi – sepi – senyap – hening – tenang – atau apa saja yang bisa dirujuk sebagai – sunyi. Makna ibarat prisma kristal yang amat menyilaukan mata dengan bias cahayanya. Untuk itu biarkan saja sunyi dengan maknanya dan nikmatilah kesunyian dengan sebaik-baik nikmat kerana sunyi juga adalah muzik. Dengan sunyilah maka bunyi bisa berbunyi. Namun, apabila manusia sudah tidak lagi mampu berangan-angan dan berfikir maka barangkali inilah dia kesunyian yang benar-benar – sunyi.
13 ulasan:
Yang dikatakan betul2 sunyi adalah di dalam kubur. Waktu otak tidak lagi mampu berfikir...
Tu kat perenggan akhir tu dia ckp pasal mati la tu anonimus. Topik aria bawak ni meluaskan lagi bicara ttg dunia muzik,ok la. Tapi aku masih belum puas hati lagi la, sebab untuk apa semua pandangan aria ni? boleh majukan industri muzik ke? atau camana? tolong aria jawab, tak jawab aku boikot blog ariapertama.
- aku lagi -
sunyi itu bermaksud jika sesuatu yang maknawi itu tidak wujud bersamanya.
Untuk - Aku Lagi -
Pandangan aku adalah berkaitan [muzik dan pencerahannya] kalau di tanya apa sumbangan atau apa yg boleh dimajukan, maka itulah ia. Tiada lebih melainkan kurang yang berkurangan. hahaha...
'rasa' bunyi berkait langsung dengan soal pembangunan, sekitaran dan halwa yang mendamaikan. Bangsa yang berpikir cerah akan lebih menikmati ketimbang yang basa-basi aja...
aku kegianan (addicted) terhadap musik. tapi aku langsung tiada sensasi yang boleh membikin telinga kita seakan ajaib. Mempunyai earing yang baik adalah satu kewajipan kah untuk menjadi saorang pemusik? ...Korkan
agar lebih selesa, ada baiknya kira dibuat dalam format forum css
untuk - korkan -
ya.untuk menjadi musisi ( musician ) kamu harus punya pendengaran yg tajam. jika tidak kamu nggak bisa 'deliver' musik dengan baik. namun ia bukan syarat untuk menjadi seorang komposer yang bagus.beethoven itu tuli deh.....
Makasih Pak Aria. Apa ini memang namamu atau pena aja? Aku melatih earing dengan mendengar lagu pelbagai. Sampai satu masa, aku merasa sensasi musik ku semakin lain. Yang lain dari biasa orang dengar. Maka aku pun jadi asing. Sensasi ini memang bikinan environment. kalau vakum sekitarnya, maka vakum jugalah yang lahir. Bukan? _KorKan
Musik; harus menjadi satu gejala. Masalahnya, Malaysia tidak menghasilkan gejala musik yang serius. Perlu ada satu unsur bersetentang untuk tujuan mengangkat (usul) perkara lain. Maka musik perlu jadi satu gejala. -Masna
Juara Lagu. Aku bukan mahu persoal kejuaraan. Cuma pertandingan. Musik, pada sisi lain terarah pada rasa kini atas dasar kiraan matematika, maka keindahannya dapat dikira. _KorKan
A painter paints pictures on canvas, but musicians paint their pictures on silence.
art of noise.
-seattle sound-
Aku tertarik dgn perkataan, graduan penjara di utara...
mungkin juga perkataan penjara bleh ditukar kepada Universiti Keinsafan??... penuh erti kehidupan, kemanusiaan dan pengajaran di dlmnya...
Sunyi?? ya sejujurnya aku sunyi.. Sunyi lalu aku membuka laptop, membaca karya-karya sunyi dari pak aris.. sungguh harmoni....
Catat Ulasan