Ahad, Mei 17, 2009

‘A’ dalam muzik.

Ialah not ke-6 dalam skala natural C. Ada juga nilai not yang berbeza (tak setara) tetapi masih juga ‘A’ iaitu Ab,Abb,A# dan A##. Dalam gugusan kod asasnya hanya 2 bahagian iaitu Major dan Minor. Not A ini menjadi pasak mengukur standard getaran dalam saat (frekuensi) 440hz. Ia di guna pakai sejak 1939. Sesetengah orkestra menerima f 435hz dan di Amerika kebanyakkannya f 445hz.

Not A dengan bunyi vocal – “ aaaAAA…”. Bagi vocal Bass dan Tenor bunyi A ini lebih jelas lagi walaupun frekuensinya rendah. Bagi Alto dan Soprano bunyi vocal A tidak begitu ketara tetapi nada (pitch) lebih kedengaran kerana sifat suara alto dan soprano yang tinggi frekuensi bunyinya.

Selain bunyi vocal A ada juga sesetengahnya mengabungkan bunyi A+O dan hasilnya aaAAOO – ia juga masih kedengaran AAAA dan lebih dalam intensiti bunyi not.