Sabtu, Disember 20, 2008

APA PERANAN LIRIK PADA SEBUAH LAGU?



Bayangkan, di sebuah stadium agam, ditengahnya dua team bola Real Madrid dan M.United sedang bertarung sengit dalam final liga Juara Eropah, namun dikelilingi dengan bangku-bangku kosong. Tiada peminat, tiada penonton, tiada jurufoto dan tiada pengulas media menyaksikannya. Ia tetap hebat, tetapi tidak pula ‘terasa’ hebatnya oleh kita semua.

Bayangkan, kita sedang mengadap hidangan masakan Melayu yang enak, disediakan dengan pinggan putih retak seribu yang di tepi bibir pinggan itu ada motif bunga melor pecah tiga, disamping air sejok dan sirap merah. Bersila mengadap sayur goreng, ikan masak pindang, ikan masin digoreng bawang, ada serunding, gulai asam, gulai lemak cili padi, semua ada. Tetapi sayang, tiada ulam-ulaman atau sambal belacan. Boleh makan tapi…

Hakikatnya, bagi sebuah karangan lagu sebagai bahan hiburan umum ia harus ada lirik bahasa yang bisa difahami dan dinyanyikan bersama. Ini sifat dan fungsi paling asas bagi sebuah lirik. Benar, melodi bisa berdiri dengan sendiri tanpa apa-apa sokongan. Itu dalam konteks muzik. Tetapi ini perihal muzik sebagai hiburan yang bersifat umum atau kontemporari. Lirik juga bisa berdiri sendiri, namun itu sudah bukan dalam konteks muziknya, tetapi sudah dalam genre sastera bahasa, puisi, sajak dsd.

Maka, keperluan lirik sebagai bahasa yang bisa disebut, dicungkil fahamnya dan bisa pula di ikuti nyanyiannya, itu merupakan peranan utama dalam sebuah lagu, malah ia menambah lagi nilai pada lirik itu sendiri. Jika tidak, maka melodi tidak lagi memerlukan lirik kerana lirik tidak membantu sebagaimana peranan asasnya ini.

Soal gaya penulisan, tema, mesej ( jika ada ) dan penggunaan bahasa merupakan soal selepas kita memahami fungsinya dalam sebuah lagu.

Bolasepak takkan jadi sukan hebat dan ‘paling di minati’ tanpa penonton dan peminat fanatiknya.

Masakkan kampong takkan lengkap tanpa ‘pedas’ sambal belacannya.

Lagu takkan bisa disiul jika liriknya tiada…. dan tak kena.

Babai…

7 ulasan:

Yunie berkata...

Setuju, Sangat setuju dengan anda. saya punya simpanan lagu-lagu yang saya ciptakan sendiri, Anda berminat?
Email saya di dreamdriveru@gmail.com.
Btw, I like your blog. thanks.

ariapertama berkata...

Dani. jika demikian, aku anjurkan kamu supaya lagu2 kamu itu kamu terbitkan. Gue bisa bantu jika kamu perlukan.
Tq for visiting my blog.

dhuat79 berkata...

Petikan skrip Music and lyrics


Alex Fletcher: It doesn't have to be perfect. Just spit it out. They're just lyrics.
Sophie Fisher: Just lyrics?
Alex Fletcher: Lyrics are important. They're just not as important as melody.
Sophie Fisher: I really don't think you get it.
Alex Fletcher: Oh. You look angry. Click your pen.
Sophie Fisher: A melody is like seeing someone for the first time. The physical attraction. Sex.
Alex Fletcher: I so get that.
Sophie Fisher: But then, as you get to know the person, that's the lyrics. Their story. Who they are underneath. It's the combination of the 2 that makes it magical.

dhuat79 berkata...

Lagu Parit Api tu cerita 'Ghulam' kan?

dhuat79 berkata...

Tahniah!

ariapertama berkata...

Dhuat.
Lirik itu dr sebuah sajak/puisi karangan seorang teman. Aku simpulkan menjadi karangan lagu. penulis lirik itu terinspirasi dari surah Al-Buruj ( bintang2). Kisah Parit Api itu ada dirakam dlm surah tersebut. Selamat menikmatinya, up date la selalu di reverbnation, akan ada lagi lagu baru buat teman khayalan pendengar.

Trima kasih juga berkongsi dialog lirik itu, menarik dan menambah perisa 'sembang-sumbing' aku.

Trima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pencipta lagu... pentingkanlah lirik anda dalam sebuah lagu kerna lirik itu umpama skrip dalam filem... tanpa lirik yg indah, jadilah lagu itu seperti lagu Masih Estranged yg hingga ke hari ini aku masih, masih, masih masih, masih, masin, tak faham bagaimana ia bisa menang Juara Lagu, selain daripada TV3 ingin mencari kelainan.