Sabtu, Februari 21, 2009

Parit Api.


Key C major. Mengapa C? kerana key ini neutral, mudah nak add # atau b. Range key C lebih lebar skalanya. Lebih lapang ‘modal’nya. Kerana itu ada diselitkan elemen yang 'kedengarannya' blues, tetapi nyatanya ia bukanlah irama blues, ia masih dalam harmonic scale yang digubah bersama pentatonic scale, gesture scale ini chromatic. Ini key paling basic sekali. Instrumentasi – gitar keyboard drum ni semua biasa. Ini setting instrument muzik kontemporari. Maksudnya, muzik yang dimainkan adalah muzik ‘carma’ ( cari makan )+x-/.

Ada respon pendengar mengatakan genre muzik ini Pop. Ada yang kata Folk malah ada yang kata Nasyid yang rock! hahahaha. Ini respon dari kebanyakkan pendengar, tidak salah dan tidak juga tepat. Realiti hari ini sememangnya bersifat ‘hibrid’.

Fusion. Apa yang bisa difahami dengan elemen fusion ini?

Kita sering dengar Fusion Jazz – fusion rock. Umumnya menerima fusion ini sebagai ‘mutasi’ dari root muziknya. Seperti Jazz, bila berlaku olahan pada irama dan rentak itu maka ia di anggap fusion – pelakuran. Begitu juga Rock, oleh kerana rock lebih besar pendengarnya maka fusion rock akan dijenamakan semula seperti alternative rock, punck rock, acid rock, free rock dsb. Hakikatnya semua ini bersifat Fusion.

Lirik dalam Parit Api merupakan gubahan semula dari sebuah puisi karangan FAO. Kita ambil kerana konteks dalam puisi/sajak ini kuat dan sangat terkesan. Susunan bait-bait puisi ini tidak terlalu puitis. Mudah ingat dan lancar susunan bahasanya. Namun ada juga yang mengkritik mengatakan puisi ini baik sebagai bahasa puisi sahaja, apabila di’angkat’ menjadi lirik lagu maka ianya perlu dirobah semula. Pendapat ini tidaklah meleset dari pendirian kita sebagai composer. Kita disini pula ingin berpendirian bahawa ia bisa juga diubah, ia bisa juga dikekalkan seperti mana asalnya. Mengekalkannya bertujuan menjaga originalitinya, ya originality sememangnya bersifat subjektif. Tapi kita percaya ia masih baik untuk diperdengrakan pada umum. Kisah dalam Parit Api ini adalah inspirasi penulis terhadap kisah dari surah Al-Buruj (bintang-bintang). Pada ketika kita ambil lirik ini, melodinya belum ada sama sekali. Kita kompos dan gubah muziknya setelah hadam bacaan puisi ini. Kira-kira 1 bulan siap semuanya. Rakaman sekitar 2 minggu.

Tujuan atau mesej Parit Api?

Selama mana anda terhibur..selama itu jualah menjadi matlamat muzik kami. Bohong kalau muzik ini bisa ubah diri anda. Anda mendengar, anda rasai dan nikmati. Cukup.

Khamis, Februari 19, 2009

TAKZIAH

Kembalinya kerahmatullah Dato' Ibrahim Hussien.
Pelukis tersohor. Al - fatihah.


antara karya beliau.
Whispering
1995
213.5 cm x 213.5 cm
Acrylic on canvas

Jumaat, Februari 13, 2009

APPRISIASI MUZIK.

BAGAIMANA MAHU MENDENGAR MUZIK

Teori 3.

- Instrumentasi. Sebagai permulaan, belajar mendengar instrumental yakni muzik tanpa suara manusia. Contohynya muzik2 simfoni klasik. Ex..solo piano..violin flute dsb.

- Fundamental / elemen.

Mendengar bahagian2 dalam muzik itu seperti irama/rhythm..pengulangan..variasi dan melodi.

- ekstrak bunyi.

Dari situ mula mengasingkan elemen2 atau memisahkan pola-pola elemen yg di dgr. Dari awal intro hingga hujung coda. Kerana dgn pengasingkan bunyi maka pendengar akan dapat 1.mendengar pendetailan. 2.rumusan pendengaran lebih tepat. 3. bisa melihat gambaran muzik dgn lebih jelas. Content.

- mencari elemen didalam muzik sebagai suatu perbandingan

  1. tekstur b.keseimbangan. c.dinamik dan warna.

Prinsip2 mendengar muzik.

  1. mendengar ketika mahu mendengar. – relex.
  2. mendengar berulang kali.
  3. mencari motif ransangan.