Sabtu, September 05, 2009

Di mana muzik dalam politik Islam?

RINGKASAN LAPORAN DIALOG.

Lagi Laporan di sini

atau di sini

Tanggal 2 sept.09. Buat pertama kalinya, MF menjemput wakil dari parti politik yang merupakann antara parti yang paling berpengaruh dalam lanskap politik di Malaysia iaitu Parti Islam Malaysia, diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia ust.Nasrudin Hasan a.k.a. Tantawi dan ditemani oleh seorang tokoh muda dalam bidang muzik iaitu sdr.Shanon Shah. Dan di sini

MF ; “ kami pada dasarnya, sentiasa berbicara dan berusaha mendukung perubahan dalam dimensi industri muzik di Malaysia. Selain darinya, kita juga beruusaha untuk melahirkan satu generasi baru yang kreatif dalam erti katanya serta kita amat menekankan olahan pemikirin atau ide-ide baru baik dalam bidang muzik itu sendiri mahupun hubungannya dengan disiplin atau profession yang lain, dalam hal ini – politik. Justru, kali ini, dengan kesudian PAS untuk berdialog secara langsung mengenai hubungannya dengan seni kebudayaan (muzik) merupakan titik mula kearah pencerahan kebudayaan ”.

MODERATOR ; “ kedua ahli panel di beri 7 min setiap seorang untuk ulasan awal mengenai tajuk dialog. Seterus sesi QnA ”.

SHANON ; “ Sebagai permulaan. Mohon maaf atas kritikan ( artikel awal dalam media ) mengenai bantahan Pemuda PAS terhadap konsert MLTR baru-baru ini.

Kritikan – Mengapa bantahan-bantahan oleh PAS terhadap konsert muzik dibuat tanpa justifikasi yang jelas serta tanpa merumus pandangan awam terlebih dahulu, seolah-olah perjuangan PAS hanya ingin mengharamkan bentuk hiburan anak muda – anti hiburan. Hakikatnya, pengkarya berkarya menerusi kejernihan hati (ikhlas) dan dengan maksud yang baik ”.

UST.NASRUDIN ; “ PAS pada dasarnya tidak pernah menolak atau mengharamkan muzik dan konsert apatah lagi anti hiburan. Kita sedar manusia memang memerlukan hiburan. Namun dalam kes seperti (MLTR). Apa yang kami tekankan ialah tanggungjawab moral pada masyarakat, khususnya anak muda. Dengan pergaulan bebas, mabuk serta gejala sosial yang negatif. Justru, PAS sentiasa menerima apa jua kritikan dan komen dari mana-mana pihak berhubung sebarang tindakkannya dalam isu ini. Kita, PAS juga sudah jelas pada dasarnya dalam seni dan kebudayaan serta kita membuka pintu seluas-luasnya bagi karyawan untuk terus dengan kerjayanya tetapi mesti menurut garis panduan moral yang telah kita persetujui sebelum ini ”.

MODERATOR ; Ungkapan “ mengapa hanya muzik nasyid yang dikatakan islamik diterima baik oleh PAS sedangkan kualiti karya, muzik, lirik, video klip ‘hampeh’ Tada kualiti dan tiada seni. Ironiknya bila kita mengatakan Islam itu indah tetapi seninya tiada mutu (merujuk nasyid). Apakah ini saja bentuk muzik yang dibenarkan? Atau, apakah muzik yang tidak sealiran dengan nasyid dianggap haram dan tidak islamik?

WAKIL PAS ; Kenyataan balas “ sesungguhnya, nasyid pada hari ini bukanlah nasyid yang sebenar, bermutu dan ikhlas ”.

Rumusannya – bersetuju bahawa nasyid bukanlah satu-satunya muzik yang baik atau dengan kata lain, genre nasyid bukan menjamin karya itu bagus.

SHANON ; “ Apakah instrumen gendang sahaja yang ‘halal’ dalam Islam? Mengapa wujud pengharaman terhadap instrumen lain? Sedangkan pada masa sekarang, kumpulan nasyid juga ada menggunakan instrumen tambahan seperti gitar, drum dsb ”.

UST.NASRUDIN ; “ Pengharaman instrumen seperti gitar yang dianggap membawa budaya negatif kerana faktor mabok. Dahulu, pemain gitar akan mabok arak selepas ia bermain, ini telah menjadi budaya suatu ketika dahulu, ini dalilnya ”.

WAKIL PAS ; “ riwayat juga ada menyatakan bahawa nabi juga pernah berhadapan dengan situasi seperti ini bila mana baginda hadir dalam satu majlis perkahwinan. Dalam majlis itu semua jemaah duduk diam, nabi menegur – janganlah kiranya majlis perkahwinan (gembira) ini seperti suasana kematian, pukullah gendang bagi merai pengantin. Ini jelas bahawa pengharaman muzik bergantung pada satu-satu keadaan yang jelas aturan serta hukumnya ”.

RESPON PEMUZIK ; “ Dalam perubahan zaman, masyarakat kini semakin bijak menilai hal dan keadaan. Contohnya seperti kes Seluar Londeh Kaburator Dung bila mana ada kumpulan manusia yang tidak bersetuju/tidak suka pada satu-satu persembahan, mereka akan terus memberi respon kebencian pada perkara negatif itu, contohnya kumpulan Kab.Dung yang dipukul oleh audien. Ini jelas bahawa, masyarakat sudah semakin bijak menilai dan memilih jenis hiburannya tanpa ada penguatkuasaan undang-undang moral atau akta pengharaman yang mana ia kelak akan lebih mengikat manusia dari berfikir rasional ”.

ULASAN AKHIR.

SHANON ; Kita harap tiada lagi usul bantahan muzik tanpa apa-apa justifikasi jelas. Sebarang bantahn, mungkin pada peringkat awal kita boleh mengemukakan rasional kukuh pada satu-satu kes atau dengan melakukan undian pungutan suara (poll) dari masyarakat. Ini lebih adil bagi golongan karyawan dan ia sesuai dengan amalan demokrasi kita.

UST.NASRUDIN ; Pihak kita sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pihak dalam apa jua pandangan. Namun ingin kita jelaskan kembali, konsert muzik harus bersesuaian dengan etika budaya masyarakat Islam khususnya dan setidak-tidaknya sesuai dengan budaya bangsa ketimuran.

RUMUSAN

  1. PADA DASARNYA, PENGHARAMAN KONSERT/MUZIK BERGANTUNG KEPADA NILAI MORAL ( YANG DI TERIMA SECARA UMUM ) DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.
  2. PEMUZIK HARUS MENJADI PENCETUS TERHADAP REFORMASI SENI DAN KEBUDAYAAN AMNYA. MENJADIKAN KUALITI ‘SENI ALTERNATIF’ ITU LEBIH BERMUTU SIFATNYA.
  3. DIALOG INI HANYA PERINGKAT AWAL, PERINCIAN TERHADAP PERANAN SERTA DIMENSI MUZIK ITU SENDIRI BELUM DAPAT DISENTUH DENGAN LEBIH MENDALAM. PASTI AKAN ADA LAGI LANJUTAN DIALOG PADA MASA AKAN DATANG.

Nota tambahan.

Dialog ini bukan bertujuan membela MLTR. Sebaliknya, ia (kes MLTR) hanya menjadi contoh banyaknya bantahan yang selama ini berlaku. MF tidak pernah menyokong MLTR atau satu-satu artis. Kami hanya memperjuangkan muzik itu sendiri. Persepsi dan apprisiasi muzik menjadi basis kami untuk pencerahan seni dan kebudayaan.

Terima Kasih buat tn.rumah – Pocket Studio, Mahasiswa/siswi, pemuzik, wartawan dan teman-teman.

Penghargaan buat Ust. Nasrudin Hasan, Ketua Pemuda PAS, Shanon Shah dan moderator FAO.

Sekian.