Ahad, Disember 27, 2009

PESANAN PADA DIRI SENDIRI

Sudah agak lama aku tak menulis di sini. Sibuk.

Memang muzik hanya akan diakhiri dengan permainan muzik, bukan dengan kata-kata. Kata-kata berupa catatan yang tak ubah seperti diari kecil ini hanya ungkapan-ungkapan tentang muzik, selain dari mendengar, membaca dan bermain.

Beberapa hari lalu, aku ada berborak dengan teman-teman, mereka tanya tentang muzik – yang bagus. Kami berbincang. Ada yang bilang muzik yang bagus itu contohnya ini. Ada yang bilang, ia sepatutnya begitu. Ada juga yang bilang muzik yang bagus itu sudah pupus, macam dinosaur. Hahaha. Melabun saja kami.

Kebelakangan ini suhu muzik kita di arena mainstream memang agak suram, tidak banyak lagu baru apatah lagi muzik baru yang lebih segar. Tapi dikalangan band-band ‘lowstream’ masih aktif. Namun kuantitinya masih rendah. Malah aku sendiri sudah kurang bikin lagu, lebih banyak luang masa susun muzik-muzik lama.

Aku terbau sesuatu dikalangan teman-teman yang begitu struggle untuk buat muzik baru, keghairahan mereka aku suka malah aku ingin terjebak sama dalam keghairahan mereka. Tapi aku teringat ungkapan dari WA Mozart, aku simpulkan secara ringkas – untuk berkata-kata (menyanyi/mengarang lagu/main muzik)dengan bagus memang sangat bagus, tetapi lebih bagus jika kita tahu bila masa yang tepat untuk berhenti – PAUSE.

Untuk tahun depan, aku ingin abadikan catatan di blog ini sebagai diari aku. Selamat tinggal 2009.

Tiada ulasan: