Akhir-akhir ini aku amat aktif menulis. Bukan kerana rajin, tetapi kerana ‘carma’. Ada dua tiga orang teman bertanya.
Teman 1 – “apa perlu hang menulis? Kan masa dah habis banyak untuk ke situ, kenapa tak fokus berkarya je? Bila album hang nak siap?” kata ‘karya’ ini merujuk kepada kerja-kerja muzik aku. Aku menjawab dengan pantas. Ini sememangnya sebahagian dari kerja-kerja berkarya, atau mungkin, ini kerja untuk memastikan aku dapat terus berkarya.
Teman 2 – “kau ni asyik sebok menulis je dari main muzik (menyanyi), baik jadi penulis je la” katanya sambil ketawa. Sesungguhnya, aku belum mampu dan aku tiada kebebasan untuk memilih apa kerja yang aku mahu – jawab aku sambil ketawa.
Teman 3 – “sekarang kau menulis dah macam buat lagu zaman dulu”. Kata ‘zaman 'dulu’ ini merujuk kepada masa lampau aku yang kerap (banyak) bikin lagu. Aku tak menjawabnya kerana aku sedang buat lagu baru. Tunggu kalau masih ada yang mahu tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan