Tali Gitar dah putus..
Tali Violin dah putus..
Tali Gambus dah mati..
Dah lama tak mengadun muzik..
Dah lama tak rakam muzik..
Dah lama tak tulis skor..
Dah lama tak gubah muzik..
Dah lama tak buat lagu..
Dah lama tak petik gitar..
Dah lama tak tiun gitar..
Dah lama rehat panjang..
Semua tu..akan disambung kembali.
Selasa, September 25, 2012
Sabtu, Mac 10, 2012
Selasa, Februari 07, 2012
Dinamika seni dalam politik
Penggunaan muzik atau lagu sebagai bahan tujuan politik bukanlah perkara baru dalam kehidupan kita pada hari ini. Zaman Jahiliyah Arab dan zaman Kesultanan Melaka pun muzik bernada politik ini sedia wujud menerusi pelbagai gaya bahasa dan genre.
Ungkapan kritik, sindiran dan nasihat moral menerusi aliran seni dan sastera, syair, seloka, pantun diucapkan dengan cara melagukannya cukup banyak. Semua ini menjadi bahan penting untuk memahami perkembangan budaya kita. Di kala zaman moden ini, pasti kita biasa mendengar nama seperti John Lennon ( The Beatles ), Bob Marley, Bob Dylan dan banyak lagi.
Ekspresi mereka cukup genius, tarikan mereka melangkaui sekadar minat dan hobi. Selain nikmat hiburan, muzik boleh menjadi ubat psikologi paling mujarab. Ia dapat membius ketegangan perasaan manusia. Ini memberi kesan dan pengaruh besar pada intelek kita.
Ia lebih kuat mempengarahi dari arak, lebih kuat kesannya dari dadah. Pengaruh ke atas intelek inilah yang membina persepsi, sama ada negatif atau positif. Persepsi ini akan melahirkan jalur-jalur pandangan yang meliputi pelbagai rasional dan tidak rasional.
Abstrak ini dizahirkan dalam pelbagai bentuk, sokongan, undi atau apa saja yang boleh diukur atau dikira. Dalam bidang komersil, kita kenali sebagai iklan. Kajian pernah menunjukkan bahawa, selain imej (gambar), bunyi (muzik) juga menjadi faktor pendorong bagaimana minat dan keinginan dicipta dari gambaran ilusi.
Dalam propaganda politik, penggunaan bahasa, imej dan bunyi boleh menjadi ramuan mujarab untuk menarik perhatian dan memujuk hati manusia – untuk memperaga sokongan dan seterusnya dizahirkan dalam bentuk sokongan undi. Dalam bahasa lebih mudah, seorang gadis manis yang dihias cantik menawan dengan pakaian, wangian dan aksesori dari hujung rambut ke hujung kakinya.
Mata dan jiwa kita secara umumnya akan dibuai dengan rasa yang menyenangkan, maka persepsi pun berlakulah. Politik itu adalah persepsi, dan ia cukup penting. Setelah berjaya membentuk persepsi positif itu secara kolektif, maka tugas untuk menterjemahkannya menjadi undi, menjadi lebih mudah dan cepat.
Undi hanyalah untuk pengaruh dan kuasa. Propaganda akan menjadi lebih lunak dengan muzik yang enak dimana isu yang berat boleh menjadi ringan dan mudah difahami, isu yang keras boleh menjadi lembut. Artikulasi yang sesuai dapat memujuk dan melembutkan hati pendengar.
Kuasa tarikan muzik dan seni tidak dipertikaikan. Sebagai contoh ayat “ Undilah Kami”, jika sekadar diungkap dengan kata-kata, nada biasa tidak akan memberi tarikan yang kuat, tetapi jika dimasukkan dengan sesuatu nada yang dikira bersesuaian, maka perkataan itu akan memberi makna dan kesan yang berbeza, dengan kata lain, nada dan bunyi boleh memberi nilai tambah yang berkesan.
Justru, bagi para strategis politik yang memahami bahasa propaganda, haruslah berhati-hati apabila menyatakan pembohongan atau kejujuran anda di khalayak ramai.
Tulisan ini pernah diterbitkan di Jalantelawi.com dan roketkini.com dan telah disunting kembali oleh penulis.

Langgan:
Catatan (Atom)