Isnin, Mac 05, 2007

ELEMEN 6.

TEMPO.

Skot..skooot… ARM!!!…. “ satu!….dua satu!..dua satu!!”… Suara Komandan memberi ‘koman’ di ikuti kiraan secara berbisik oleh anggota kompeni dalam pergerakan kawadnya.…

alahai…ala dondang sayang… cak pong cak pong…ah ah..heeeeaaaaa!!…. Ini pula suntingan lagu nyanyian gembira orang melayu dalam tradisinya.

TIK TOK..TIK TOK…TIK TOK.. Cubalah anda berbual ( sleng rap/hip hop ) atau berkata-kata dengan diiringi bunyi klik itu. Berbual..jangan menyanyi-nyanyi. Kemudian diam, berikan laluan seketika pada sunyi untuk lalu, kemudian sambung semula perbualan anda. Ulang dengan mengikut etika ini sehingga anda puas atau penat, maka berhentilah ia di situ..hahaha.

Kes-kes ini menjelaskan peranan Tempo dalam setiap pergerakan anggota lahir dan batin. Dalam muzik moden istillah-istillah dalam Tempo diungkap dalam bahasa Itali. Mengapa ya? Warga keturunan Arab yang menemui peranan tempo ini, tetapi ‘sekali lagi’ ia dimajukan oleh orang yang bukan dari kalangannya.

Musical speed ini hanyalah detik saat dalam minit-minitnya. Dalam seminit ada 60 detik, namun boleh juga terjadi 40 – 50 – 80 – 120. Ini nisbah-nisbah umum yang biasa diguna pakai. Aturan ini telah menimbulkan semacam perlakuan yang ‘keras/kaku’ saja. Maka untuk memberi sedikit ‘wangian’ pada detik/klik ini terciptalah Rhythmic Feel – Rubato dan Espressivo di samping Con Motto ( with motion ). Elemen ini mampu memberi tambah nilai pada Tempo. Tidak kira apa jua hadlaju muzik, harus berada dalam Temponya. Deras – Lambat – Ketat – Longgar, semuanya harus dalam Tempo. Potret yang halus lakarannya boleh menyakitkan mata jika picture frame nya senget-menget.


Tempo ini berkaitan juga dengan faktor ‘cahaya’. Ada ketikanya cahaya datang memberi motivasi kepada Tempo, adakalanya Tempo memaksa cahaya dan pencahayaannya. Matahari, bulan, lampu kesemuanya boleh memberi kesan malah ia harus. Cahaya ini environment – atmosphere – temperature. Pada persembahan muzik secara live, bukan menjadi kewajipan mutlak tempo ini setepat atau sama seperti tempo dari elektronic devices, walaupun sekarang pemuzik punya earphone untuk mendengar klik sambil membuat persembahan, momentum kelajuannya harus wujud dari dalam diri pemuzik/konduktor/penyanyi sendiri. Ini lebih realistik dan natural – genuine. Dalam persembahan live, jika terdapat sedikit kesilapan seperti out tempo, itu merupakan ‘perfection’ Ini kerana ‘hukum realiti’ tidak pernah mengizinkan setiap hal yang berlaku sempurna pada semua keadaan. Kesilapan yang sedikit inilah yang menjadikan persembahan ‘sempurna’. Barangkali, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, tak mengapalah, barangkali ini pendapat seorang yang ‘naturalis’! hahaha.

Berbalik pada faktor cahaya, rasional inilah ( natural feel ) yang memain peranan membantu. Tidak ramai penggubah mahupun komposer mengambil kira faktor ini dalam gubahannya. Kelajuan Tempo boleh memberi panduan pada supporting element ( stage/lighting ) dan krew muzik ( jurutera bunyi ) untuk memberi impak yang lebih berkesan kepada muzik dan persembahannya. Jika Rhythmic Feel bisa memberi nyawa pada muzik, maka Cahaya ini pasti akan memberi lebih daya ‘heart beat’ ( denyutan ) untuk pendengar mengejar bait-bait lagu dengan lancar dan licin sekali. Namun, kadangkala mengikut satu tempo sehala saja tanpa ada kontradiksi amat memualkan jiwa, maka berikan sedikit ‘ubat’ tentangan pada tempo. Ritardando, accelerando sebagai tanda pemulihan feel dari terlalu parallel. Henjutan tempo memberi kesan pada degupan jantung manusia, maka lakukanlah demi memberi ransangan terbaik buat pendengar atau ‘kekasih’ anda hahaha….


Tempo punya peranan yang amat besar. Ia begitu tersunyi fungsinya dalam persembahan lagu. Tempo adalah sebahagian faktor yang diperlukan oleh para pejuang kebenaran dalam setiap zaman. Tiada tempo tiada momentum maka tiadalah arus. Dengan tempo, sifat-sifat pelakunya akan mudah kelihatan. Bersahaja.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lama gua tunggu pak...makasih pak aria
-koRKan

Tanpa Nama berkata...

ikut tempo..kalau menari...sila adik sila cik abg...bla blur bla blur...hihihi.

Tanpa Nama berkata...

aku membaca tulisan kau dari awal sampai yang terkini.. bunyi tulisan ini seolah2 kau ini maha mahir tentang muzik... dan kau juga ada muzik ciptaan sendiri.. boleh aku dgr muzik itu ??

(Mau Tahu)

Tanpa Nama berkata...

selamat berjuang, pak mazir..
- MQ 4663

Tanpa Nama berkata...

Mau tahu.
Apa yg aku utarakan adalah pandangan peribadi aku terhadap muzik. Bukan bermakna aku lebih tahu atau hebat dari kamu. Jika sesiapa juga punya pandangan utk dilontarkan atau argue..nah silakan. Ya.aku juga bikin musik.tetapi musik aku tidak dapat diterima oleh kebanyakan manusia.mereka sudah mabuk atau barangkali aku sendiri telah mabuk.hahahaha.
- ariapertama -