Selasa, Jun 12, 2007

Muzik – semata-mata untuk cari makan?.


Tidak aku tahu siapa yang bertanggungjawab membuat penemuan muzik sebegini – Muzik Carma ( cari makan ). Tidak juga dapat ku pastikan tarikh dan lokasi sebenar idea yang berinovasi ini dilahirkan. Tapi yang pasti ia muncul di tengah-tengah pola masyarakat yang sebegini, ketika ini dan di sini. Muzik carma ini lahir tanpa sedar, establish di kalangan pemuzik-pemuzik dan band music yang giat dengan show sana-sininya. Konsepnya agak mudah, satu kepala ( pemuzik ) – rm 100/200-minima, lagu – apa saja, 1 show – maksima 3 jam, practice – sehari sebelum show, makan – tanggung, transport – datang sendiri, matlamat – bagi majlis happening sampai pening dan dapat cover makan seminggu. Ringkas tetapi praktis sekali. Aku relakan muzik ini diangkat sebagai genre, kerana apa? kemudian.
Melihat pattern sosioekonomi di Malaysia kini, kemunculannya memang seharusnya berlaku dan mungkin kelak genre Muzik Carma ini akan menjadi genre yang trendy seperti mana Rock atau Pop era 80s – 90s di Malaysia. Bicara tentang art material tidak lengkap sekiranya kes diramas tanpa merujuk dimensi latar masanya. Maka cukup, ulu masa ini kita bilang dari era Pasca merdeka. Anak merdeka!!!!!

Perasankah kita Negara muda seperti Malaysia ini mengalami ‘sindrom pembangunan’? Segala polisi institusi dalam negara bermatlamatkan ‘pembangunan’. Kempen tentang pembangunan, cakap hal pembangunan, buat bangunan malah runtuhkan bangunan! Setelah 50 tahun merdeka, kita masih belum habis-habis ber‘wirid’ hal pembangunan. Kita hanya faham bila merdeka ‘mesti’ membangun macam membangunkan bangunan. Hal insaniah dan intelek juga dibangunkan macam membuat monument nasional yang hasilnya bak replika ultraman. Hahahaha. Ultraman baik untuk anak kecil, selain menghiburkan mereka, ia menggerakkan imaginasi dari awal pertumbuhan hidup manusia. Bagaimana pula dengan hal ‘pembangunan’? Juga bagus, tapi...

Konsep pemikiran manusia terbentuk apabila persekitarannya ( ekonomi/budaya ) memberi input dalam bentuk tekanan pada setiap aspek hariannya, sedang output nya pula terkesan pada perbuatan dan pembuatan termasuk membuat – bangunan/institusi. Input dan output ini punya bentuk negatif dan positif, itu normal. Namun, perkembangan dunia kini sering disalah tafsir oleh kebanyakkan pihak. Kewarasan kita di Malaysia terlalu skeptikal pada isi perkembangan dunia, Paranoid terhadap sekeliling – apa saja – perkembangan atau perubahan yang gagal disaingi akan dilabel sebagai – unsur negatif, inilah jalur ‘ gemilang’ pemikiran yang melahirkan masyarakat seperti yang ada pada hari ini. Aku masih mencari hadis/surah mana yang mengatakan kemajuan bangsa tersimbol hanya pada pembangunan bangunan dan institusi-institusi yang begitu banyak terlambak di Negara kita. Institusi yang ada kini dibuat adalah untuk money laundry bagi pihak penguasa dan pemodal saja. Kemudian, disuruh siswa-siswa kita berpayung di bawahnya. Namun, majoritinya budak-budak siswa semakin tongong. Idea bertambah sempit. Citra idealnya adalah ‘CARMA’. Jika ada yang lain, itu hanya slogan untuk ibu bapa dan kempen piliharaya kampus semata-mata.

Menukar pakaian tidak sama dengan menukar penampilan. Ya, pakaian bisa ditukar dari yang buruk/murah kepada yang lawa/mahal. Namun ini tidak boleh disamakan dengan menukar penampilan dari kotor kepada bersih, dari selekeh kepada kemas. Budak-budak kindergarten lebih arif menilai hal ini dari siswa Malaysia.

Kini, karya dan matlamat lahir dari manusia-manusia carma. Mereka yang terdidik seperti siswa inilah yang mejadi penjual dan konsumer, mereka jugalah yang melahirkan demand. Maka circle ekosistemnya adalah carma semata-mata. Bicaralah idea, berdebatlah teori dan lontarkanlah ekspresi, semuanya ‘memantul’ bagi manusia-manusia carma ini. Sindrom mati tak makannya amat tebal. Hina masyarakat pada status ekonominya lebih dikhuatirkan lagi ibarat dosa yang tak terampun. Maruahnya diletak di depan but mobil idamannya. Obsession carma ini amat dalam sekali. Konsep dan disiplin Muzik Carma yang praktis ini bila digabung dengan soul pemuzik-pemuzik yang ada maka terangkatlah muzik ini menjadi genre muzik yang baru – genre muzik soul masa depan, inilah pembangunan yang mapan.hehe.

Tiada siapa yang tidak tahu, ekonomi itu penting, materi dan segalanya amat penting, peranannya diakui besar, namun entah kenapa prinsip ini menjadi bengong di Malaysia apabila nilai atau kredibeliti manusia di ukur semata-mata berdasarkan prinsip material. Lihat bagaimana di Malaysia demokrasi majoritinya menafikan hak minoriti dengan kaedah yang amat kreatif sekali. Lihat pula bagaimana pungutan suara yang seharusnya telus tetapi telah dimanipulasi oleh kuasa media yang punya aset besar. Pukau senipolitik ini amat bermaharajalela dengan izin mangsanya – masyarakat Malaysia.

Suasana inilah yang mendorong munculnya genre Muzik Carma. Sering terjadi apabila diri diburu kerisauan dan berilusi pula dengan ketakutan maka rasional akan hilang. Langsung apa saja yang mampu digapai terus dibaham tanpa berfikir. Malah manusia carma ini beranggapan akal dan berfikir adalah musuh untuk kaya dan maju. Dilemma dalam tekanan ini juga telah menghasilkan dialog sebegini “ …buat apa payah-payah cari idea buat muzik yang tak biasa orang dengar...kan senang buat macam bla bla blur…atleast dah ada follower…senang nak jual…”. Contoh ini amat crucial sekali. Tanda-tanda ini meyakinkan kita bahawa daya fikir seniman muzik dan produser Malaysia semakin tumpul dan ia bisa mengancam kebebasan berkarya insan lain. Hasilnya, ruang kebebasan berkarya semakin sempit, peluang mengedar karya juga semakin mengecil. Apakah ini masih tiada kaitan dengan polisi ekonomi negara kita? Polisi ekonomi yang dahulunya sebagai teras membangunkan masyarakat kini menjadi berhala yang menakutkan pada pemuzik, artis, seniman dan produser – carma. Trend industri ini tidak mengira muzik apa, siapa, dari mana dan bagaimana, asal boleh untung mereka ‘rogol’ sekehendaknya semata-mata atas dasar – cari makan – ini. Jika produk mereka tidak laku maka dalam kes ini kambing hitamnya adalah muzik indon, music band indon dan orang indon malah perkataan ‘indon’ itu sendiri. Ini gila!

Trend inilah yang dibawa dan dipaksa secara ‘pujuk’ dan ‘kepong’ ke atas artis mahupun pekerja seni yang baru dan muda, yang punya idealisme. Maka ‘paksaan’ yang berupa promosi ( monopoli ) inilah yang mengukuhkan lagi hegemoni mainstream. Jaringan sistem ( budaya ) ini amat besar, antara instrumen yang menjayakannya termasuk media broadcasting dan syarikat korporat.

Ada yang bertanya, apa ciri-ciri muzik carma? Bagaimana mahu mengklasifikasikan muzik carma atau bukan carma? Sepintas lalu, soalan ini amat kreatif dan berasas sekali, namun jika diteliti, soalan ini mendorong aku untuk tidak berlaku adil pada seniman muzik yang ada. Kerana melonggok sampahkan karya Muzik Carma atau apa jua genre muzik yang lain bukanlah kerja seorang profesional. Aku tidak buat kerja kotor itu...tidak sekali-kali. Ini suatu kritik dan analisis bukan fatwa menghukum sepertimana ‘rutin’ golongan ‘agamawan’.

Kadangkala lucu juga, insan Malaysia yang tidak begitu struggle kehidupannya berbanding survival kaum kulit hitam dahulunya ( zaman racist/arpatheid ) di Amerika dan Afrika tetapi masih bisa membuat penemuan epik dan bersejarah dalam muzik pada zaman ini. Setaraf dengan Swing dan Blues ! Bila dahulunya mereka menjawab… ‘ alah…main muzik sikit-sikit...cari makan bang…’. Kini bukan lagi sekadar harapan, malah ia kenyataan. genre Muzik Carma telah lahir. Antara lagu-lagu popular yang masterpiece dalam genre carma dewasa ini adalah..Juwita….Citra Ter…. Ehem ehem !! , sorry bro… gua batuk pulak. UHUK..UHUK..UHUKK..!!






14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini masalah konsumerisme bro! bila 'rasa' (atau idea) jadi barang dagang, beginilah jadinya. Ia berlaku pada semua lapangan seni.

Ini yang aku bingung; sama ada pengkarya perlu ikut telunjuk massa atau sebaliknya. Kalau ikut prinsip berkarya, sudah tentu kita melahirkan ide berdasarkan rasa. Tapi untuk tujuan komersial, mahu tidak mahu, kita harus kaji dahulu kebutuhan (rasa) orang banyak sebelum menghasilkan karya. kalau tidak, siapa yang mahu mendengar (mengapresiasi)?.

Atau boleh kata begini; kehendak massa tidak seiring dengan intelektual seniman. Aku percaya negara kita memiliki ramai seniman/pemuzik yang bagus2. Tapi mereka terkena guna2 oleh desakan luar. Ekonomi contohnya, seperti katamu tadi pak Aria.

Samalah konsepnya bilamana orang tua menyuruh anak pergi belajar bukan kerana ilmu, tapi untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Kerja bagus, boleh dapat gaji besar, kereta besar, rumah bagak! Tapi pastu akal duduk bawah meja opis hahaha.. orang camni lu pikir mau dengar ka lagu2 camtu. Tidak bro, dorang cuma mau senang. Hepi2 aja...

Seni dalam masyarakat kita duduk pada aras paling bawah. Sekadar untuk hiburan kala putus cinta. Tidak lebih dari itu! Cukup.

-koRKan-

ariapertama berkata...

korkan.

ikut mana? ikut pasaranlah, namun harus diingat, pasaran terbina dari manusia sebagai fundamentalnya. Maka manusia sebagai individu yang punya intelek ( akal ) harus sedar..pasaran apa yang ingin dibudayakan? Telus atau korup? Hiburan tetap 'hiburan', tiada siapa mahu mengubahnya menjadi 'penderitaan'..hahahahahaha.

Tanpa Nama berkata...

Pak Aria,

Maka kalau ikut pasaran, beginilah jadinya sekarang. Musim seram, semua pakat buat filem hantu. Bagi aku, seniman kena cari titik temu antara kehendak pasaran dengan kualiti karya. Kedua-dua hal ini kena jalan seiring. Bukan buat takat mau jual saja. Restoran buruk mana pun kalau sedap hidangannya mesti orang pegi jugak.

50 tahun dalam sebuah tamadun dikira masih hingusan lagi Pak. Kena tunggu 50 tahun lagi lah kalau nak tengok pun...

koRKan

Tanpa Nama berkata...

zir, kengkawan kita pun carma jugak... hhehe. Kalau tidak camna mau hidup ooo

-ta wau-

Tanpa Nama berkata...

Lu ni dah melampau la. Lu nak bunuh orang-orang yang nak carma ke? baik kita org bunuh lu dulu la. bahaya la lu ni. suka hati la nak carma ke nak carmi. bukan lu yang bagi makan kat band-band yg ada ni.so dia orang punya life dia punya suke la. gua dah makin meluat la idea lu. Tolong la cari benda lain nak tulis,kalau berterusan camni. blog ni gua sumpah jadi batu blok!. lu dah makan ke belum beb?

Tanpa Nama berkata...

mamat 'lu gue' tu marah sgt nampak.ihihihi.aria punya isu kira reasonable jgk.tapi kalau bukan carma..abis muzik apa? persoalan yg trgantung. ke aria memeang nak gantung persoalan mcm ni? biar org lain jawab? jawab la aria.boring la main teka teki mcm ni.

- enggang. JB.

Tanpa Nama berkata...

abis..kalau x buat muzik carma nak buat mcmmana?saja2 bekarya..?utk koleksi sendiri?tapi majoriti mmg nak carik makan.. kdg2 kena ikut flow jugak..bro. macam kuli kerajaan jugak.. ikut saja laaah..

-1000-

Tanpa Nama berkata...

mai rogol je la mcm aria cakap. Tak payah fikir2 lagi dah. byk sgt fikir jd mcm dia la.kakakaka. Ko kutuk2 M.Nasir. Ko sape? Mana Karya2 ko yg boleh dijadikan contoh? mana2? ko ni anti melayu la aku rasa.

-1100-

Tanpa Nama berkata...

1100,
camni beb... tu cuma pandangan pak aria. suka hati dia lah nak kritik sapa2. Bukan pulak maknanya dia lagi bagus dari orang yang di kritik tu. Dia cakap ada point beb... bukan nak cover pak aria plak. Tapi kalau lu orang mau kritik, bagi yang ilmiah sikit lah... kalau tak sampai bila2 pun kita tak boleh maju. Betul ak?

-koRKan-

Tanpa Nama berkata...

Kawan, aku telah iklan program di blog aku. FAO

Tanpa Nama berkata...

aria ni mazir ke nama dia? mcm penah dgr jek. i stuju korkan ckp, aria ada rasional.tp mslhnya,bdk2 band muzik kita ni mcm org lain gak.sentimen la,mcm mamat 'lu gue' tu.pesal plak nak emosi.xpuas hati bg la point dia. nasib u la aria.kena hantam dgn bdk2 ni.hahaha. gud luck bro!

- i je.. -

ariapertama berkata...

buat para pembaca.
Terima kasih atas respon anda. Namun aku tak dpt nak jawab semua komen kerana masalah teknik, iaitu onanimus tanpa nama atau pengenalan diri, aku tak tahu siapa anda, apa profesion anda, maka agak sukar untuk aku jelaskan sesuai dgn profesion atau dimensi aktiviti anda. Maka jika aku jawab juga, pasti jawapan aku 'umum',barangkali tidak sesuai dengan 'onanimus' itu. Jadi, setiap komen berilah nama atau sekurang-kurangnya, kerjaya anda. Jadi diskusi jadi lebih sihat. Namun, basisnya nota umum aku ini, bukanlah untuk kritik 'carma' kawan-kawan. Tapi 'melihat' fundemental atau budaya kerja/fikir termasuk hal sosioekonomi kita yg bertolak dr mentaliti 'carma' yang tidak mendasar pada persoalan asas 'membudayakan industri seni yang sihat dan baru'.

makaseh ya...

FARREL berkata...

ariapertama said...
melayu tak mulia kerana namanya melayu. Kita masih jauh dari konsep melahirkan sebuah bangsa - malaysia.

FARREL said...

Aris Pertama,

Kalau melayu tidak mulia kerana namanya meLAYU? Wajarkah kita menukar nama meLAYU kepada meNYEGAR ataupun .... ? bagi menggantikan perkataan meLAYU?

FARREL berkata...

MAT SAMAN KATI said..

Tak payah tukar nama melayu kalau nak segar. Kesegaran bukan datang dari nama. Petai tetap petai walaupun ditukar namanya kepada jering. Yang penting ialah pengisian roh melayu kedalam orang-orang yang mengaku melayu.

Melayu menjadi layu bukan kerana nama, tetapi hasil evolusi yang tidak henti-henti menjajah minda melayu.

Bermula dari 1511, Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis, bangsa melayu tidak henti di jajah. Paling teruk, selepas merdeka, Melayu dijajah oleh bangsa Melayu sendiri.

Penjajahan minda yang dilakukan oleh pemerintah hari ini lebih teruk daripada Yahudi. Yahudi memerangi orang lain, tetapi pemerintah Melayu hari ini melingkupkan bangsa sendiri.

Melayu diajar menjadi peminta sedekah, mengharap bantuan dan subsidi kerana mereka sedar, sekiranya orang melayu masih susah, mereka tidak akan memikirkan tentang idealisma, wadah dan perjuangan. Masing-masing akan hanya memikirkan tentang bagaimana hendak berebut tulang-tulang yang berserakan.

Apa yang diperlukan hari ini ialah reformasi total.Pemikiran, ekonomi dan politik. Inilah halangannya.

Reformasi ekonomi tidak akan berlaku tanpa reformasi politik.

Reformasi politik tidak akan berlaku tanpa reformasi pemikiran.

Reformasi pemikiran tidak akan berlaku tanpa reformasi ekonomi.

Selagi politik, pemikiran dan ekonomi dikuasai oleh Umno, selagi itulah Melayu akan meLAYU. Dulu, kini dan selamanya.

Tukarlah kepada nama apa pun.

FARREL said...
Mat Saman Kati,

Ulasan yg cukup menarik, sebenarnya memang saya memang bersetuju dgn hujah dan kenyataan saudara, mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Aria Pertama.
Saya sendiri masih menunggu jawapan daripada saudara Aria Pertama, sbb bagi saya mungkin beliau memiliki hujah yang tersendiri.


FARREL said..
Aris Pertama,

Harap saudara dpt merespon kenyataan Mat Saman Kati!

http://evaluasireformasi.blogspot.com/2007/06/memalaysiakan-bahasa-melayu.html