Ribut Harmoni.
Bila terdengar ramalan ribut akan melanda pasti ramai yang akan berjaga-jaga, bila ribut telah sampai semua bertempiaran lari menyelamatkan diri. Pergi sejauh yang boleh atau lari berlindung dari menghadapinya. Namun dalam muzik, ribut yang menakutkan itu bertukar menjadi rebutan pendengar untuk mendengarnya. Ramai yang tidak sedar adanya keributan pada keharmonian muzik. Masing-masing sanggup berhimpit-himpit untuk datang dan mendengar ‘ribut harmoni’. Aku ‘nggak’ tahu apakah ada istillah khusus ‘ribut’ harmoni ini dalam kamus muzik, namun aku memilih untuk menggunakannya, mengapa? Pertama, perkataan harmoni ini sering dirujuk sebagai sesuatu yang lembut, nyaman atau apa saja yang seumpanya, jadi perkataan ribut ini baik untuk memberi kontras pada ‘lembut’. Kedua, apabila beraprisiasi, setiap perkataan menyorot inti perbandingan elemen dan fungsinya. Namun, barangkali perkataan ‘ribut’ ini perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Dari makna perkataan melayu, ribut ini difahami sebagai taufan/angin kencang/badai yang merujuk erti makna ‘suasana yang berkecamuk’. Namun dalam konteks bahasa Indonesia, makna ribut terpanjang sebagai sinonim kepada kekecohan/pergaduhan pada perbualan atau urusan samaada sibuk mahupun kerusuhan. Dalam rujukan sains geologi pula, ribut ini di istillahkan sebagai tekanan dan keseimbangan suhu/udara pada atmosfera. Hasil dan kesan rantaiannya adalah bencana alam. Secara ringkas dan basisnya ribut adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian walau ia merujuk kepada ‘apa’ sekalipun. Kekuatan ribut bergantung pada faktor persekitaran. Tekanan – rantaian dan kesannya wajar di ambil kira.
Harmoni – telah ramai yang tahu apa ‘kebendanya’. Maka ribut harmoni ini menjelaskan lagi fungsi keharmonian dalam sesebuah lagu. Tidak semua, tetapi lagu yang bersesuaianlah. Harmoni datang dari bunyi instrumen dan suara manusia. Banyak kaedah bagaimana untuk mengurus harmoni dalam sesebuah lagu. Yang pasti komposisi lagu telah clear. Binary lagu juga sudah confirm. Adalah lebih baik jika skor struktur muzik telah ada. Proses ini penting. Sepatah kata Dr John Zorn, a score is like a skeleton.
Ribut bergerak dan dinamik, begitu juga dengan harmoni. Adalah mustahil untuk harmoni ini static. Ya, ia bisa sustain pada satu-satu pitch atau nada namun sustain itu hanya untuk...waiting to chorus, verse or anything. Ribut harmoni biasanya dihasilkan dengan muzik orkestra kerana bunyian akustiknya dan penggunaan instrumen yang pelbagai serta kaedah disiplin susunan muzik yang lengkap. Kerana itu filem Hollywood ‘gemar’ menggunakan orkestra bagi muzik latar filem-filem mereka. Pendekatan kaedah ini bisa menggegarkan dada audion ketika mendengar atau menonton. Ini fakta. Buktinya, filem genre apa pun dalam babak aksi debar tidak akan sempurna kesan dramatiknya jika tiada bantuan dari bunyi-bunyian, music score yang didalamnya terdapat apa yang dikatakan harmonic storm, telah memberi lebih impak dramatik. Penyatuan pelbagai bunyi dengan skala tertentu pada detik-detik tertentu yang menyokong visual pasti bisa merembes adrenalin kita dengan derasnya ketika menonton. Nah, inilah yang dipercayai sebagai – ribut harmoni.
Dalam konsep lagu-lagu nyanyian pada album, adalah tidak praktikal jika harmonic storm ini digunakan dalam setiap lagu. Jika dibuat, boleh jadi pendengar akan muntah dan gila hanya sempat sampai pada track ke lima lagu sahaja. Namun, bagi acara seperti konsert muzik secara live, harmonic storm ini pasti akan memberi makna yang lebih besar jika digunakan dengan betul. Konsert artis akan dikenang sebagai konsert yang paling berkesan dan dinamik. Tampakan bunyi pada filem telah membuktikan mengapa perlunya harmonic storm dalam music concert secara langsung. Jadi singkirkanlah gimik-gimik konsert yang berlebih-lebihan itu. Gimik seperti meletakkan atau menampilkan motokar mahupun beca, princess yang terbang dari syurga turun ketengah pentas menggunakan teknik-teknik stunt, bukanlah inti mengapa konsert itu di buat. Penonton yang mendengar mahu artis melahirkan sesuatu yang lebih bermakna dari kejutan kosmetik. Maka di sinilah peranan penggubah muzik bukan hanya diperlukan untuk mengemaskini lagu tetapi menyorot peranan sebagai perekabentuk ‘ribut harmoni’ pada konsert – menyatu peranan bunyi-bunyian pada skala muziknya.
Aprisiasi ini telah mengimbau kenangan kita orang muda kepada generasi terdahulu yang ketika itu bersama-sama tanpa mengenal saudara atau siapa untuk turun beramai-ramai pada ketika detik, tempat dan suasana yang sama, bagi menyatakan pendirian kita pada Malayan Union. Pendirian yang Indipendent ! Elemen-elemen space, time and sound/material telah bersatu ketika itu, maka terbentuklah suatu ribut harmoni yang kuat….maka pada umumnya, mereka telah berjaya. Salute!!!
8 ulasan:
untuk lagi jelas, lain kali bagi sekali contoh lagu bro. baru senang nampak kan...
apapun, syabbbashh pak aria!
Dalam istilah ilmiah, ada concept "organised chaos" (kelam-kabut yang tersusun) dan ada juga ungkapan (oleh F. A. Hayek**) "spontateneous order" (aturan spontan).
Jadi, OK untuk gabung dua kata "ribut harmoni". Pokoknya, bukan pada istilah. Tetapi mestilah pada konsep yang hendak disampaikan melalui istilah itu. Memadai atau tidak? Relevan atau tidak? Tetap atau tidak?
** F. A. itu bukannya Fathi Aris. tetapi Friedrich Augustus von Hayek
aku teringin sekali mau dengar lagu kamu...
bila mungkin itu ?
gue datang lagi.
siapa mamat Fathi Aris ni? pemuzik? aku tak setuju langsung aria guna istillah ribut harmoni. Kalau kau tak suka konsert yang ada gimik, ko takyah la datang. Ko tengok tak konsert micheal jackson kat singapore dulu? wei..orang suke la bila artis buat gimik..itu la showmanship artis. Kalau xde gimik lesu la konsert. Ko ni tak belaja marketing ke? ada gimik baru la orang suke, orang suke baru la dia nak datang dan bayar tiket. Tengok la nanti kalau ko buat konsert, aku nak tengok berapa ketul manusia yang nak datang. Sori la..kasar skit. sebab ko pun artikel dah semakin kasar. apa pun bagus la, atleast pandangan aku ni buat ko fikir banyak kali kalau nak reject sesuatu yang jadi tradisi kita. Callo...
- r -
Friedrich Augustus von Hayek.
benar. istillah tiada membawa sebarang makna jika tanpa konsep dan rumusannya. Di sini telah di 'titip'kan keperluan/peranan 'ribut harmoni' dalam muzik.terutama pada persembahan live. Dalam setiap persembahan muzik secara langsung, sering kita dengar konsep yang menerapkan ciri contohnya 1.tempatan/tradisional 2.Santai 3.Industrial Rock atau apa jua konsep yang diguna pakai seperti contoh2 ini tiada kaitan langsung dengan keperluan hakiki muzik, konsep 'ribut harmoni' ini merupakan - peranan yang terfungsi dari keperluan bunyi-bunyian, sumber pertama dan utama.
Bagi respon kepara 'r' pula.catatan ini bukan mengharamkan gimik tetapi menilai kembali perlukah gimik serta tahap kewajarannya. Jika 'r' pula buat konsert...aku sendiri akan hadir memberi sokongan. Pasti!
Bro, lu study ler Enlightenment Age (Era Pencerahan) dan hubungannya dengan muzik.
Tengok apakah idea-idea Pencerahan yang melatari atau menggerakkan pemikiran/idea2 musik. Mesti interesting tu.
Tulislah kat sini... ramai nak baca!
Kawan, ini dia links:
http://www.ucpress.edu/books/pages/9956/9956.intro.html (beethovan)
http://www.writing.ucsb.edu/faculty/donelan/Mozart.html (mozart)
http://www.timelineindex.com/content/view/542 (pencerahan)
satu karya yg menarik..
karya yg ribut memungkinkan 2 impak!
pertama, nafsu membaca meronta2 ingin mengetahui penamatnya..
kedua, nafsu membaca tertutup rapat setelah menjamah perenggan pertama..
aku dlm nafsu pertama...
bernafsu dlm ribut..
Catat Ulasan