Rabu, Jun 11, 2008

‘ARUS PERJUANGAN’

video

Lagu ini memiliki melodi yang ‘ tipical malay’. Buktinya, dengar dan lihat kontuar melodi di setiap akhir versa termasuk pada hujung korusnya. Dalam muzik bisa di baca begini … G…Bb Bb A…G…F…. ( baca dalam Key F major, time 4/4). Kontuar melodi ini tak ubah seperti lagu-lagu langgam melayu.

Perfect Cadence sebegini adalah normal, kebanyakkan lagu-lagu yang berentak march memang begitu. Apatah lagi jika penciptanya memang sudah jadi ‘kebiasaan’ menyanyikan lagu-lagu ‘Kebangsaan/Patriotik Melayu’ contohnya ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.


Permulaan lagu menekankan not ( accent ) yang sangat objektif sifatnya, ini jelas dengan lirik keadilan..keadilan!. No lentuk-lentuk my man...


Versa juga ringkas dan padat. Tetapi agak malang, di setiap exit note pada setiap versa termasuk korus – monoturnes. Tak mengapa, barangkali manusia melayu memang meminatinya.

Susunan muzik dalam versi asal barangkali dibuat di dalam sebuah bilik yang gelap gelita. Tanpa cahaya.

Apakah ‘arus perjuangan’ ini masih bergerak dalam gelap? Atau mungkin sudah sampai masanya ‘arus perjuangan’ ini dipromosikan pada segenap lapisan masyarakat bagi memastikan setiap hati dan jiwa mereka ‘dipujuk’ melalui satu bentuk nyanyian rakyat yang baru.

5 ulasan:

butaseni berkata...

rugi aku tak dapat pergi malam tu hhuhu
syabbas!

Tanpa Nama berkata...

knp tak bgtau wa lu perform bro...

Tanpa Nama berkata...

congratulation! great show

-uhu

ariapertama berkata...

aku plan nak mintak lebih skit ensemble. tapi dpt itu je.tq pada adik2 string yang membantu.mereka semua rajin-rajin belaka.org selalu dok perlu aku kritik org tapi xdak work.la ni dah ada,sape2 nak tibai aku blk bole la. masa utk hangpa tibai aku balik..silakan...hahaha.

ariapertama berkata...

bukan perlu tapi 'perli' hahaha