1. Sebagai pemuzik/seniman.
Ciri-ciri untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidangnya tidak perlu lagi dibutirkan di sini. Semua orang tahu. Yang membezakan kualiti kejayaan itu akhirnya, akhirnya, akhirnya terletak pada sejauh mana kejujuran pada dirinya sendiri. Kejujuran di sini bukan sekadar mesej yang baik-baik saja tetapi juga meliputi hal-hal yang dianggap buruk oleh masyarakat. Sejauh mana manusia yang berniat ‘buruk’ itu sanggup berlaku jujur pada keadaan disekelilingnya, senario ini, pada dasarnya, ia tetap juga jujur. Relevennya soalan ‘kejujuran’ ini adalah kerana idea-idea yang lahir, tidak pernah bertolak dari konsep material, sebaliknya dari hati dan keinginan individu yang jelas, betul dan terarah. Ia ( isi karya ) akan ‘kedengaran’ jua. Muzik itu sendiri tidak ada keupayaan mengubah sesuatu melainkan dengan kehalusan kerja pengkaryanya. Pengkarya berubah kerana keinginannya sendiri, mungkin kesan dari pengalaman kolektifnya dan kepercayaannya. Selain dari laku dijual, karya hanya dapat menjadi anak kunci untuk membuka pintu-pintu pengetahuan dan kesedaran yang lain.
2. Sebagai pendengar.
Pendengar adalah manusia yang pelbagai jenis. Namun, kecenderungan dan matlamat golongan ini pula sangat mudah iaitu – berhibur melayan perasaan. Pendengar ( umumnya ) hanya mendengar pada apa yang ingin didengarnya. Tiada proses pengetahuan berlaku pada tahap ini. Hanya keinginan semata-mata, ini normal. Ketika mendengar, peratusan akal berfikir sangat rendah berbanding peratusan jiwa yang menikmatinya. Tahap ini juga proses pengetahuan ( kesedaran ) masih rendah, ini juga normal. Setelah habis mendengar, mereka puas, barangkali kesannya – letih, tidur atau bersorak gembira. Peringkat ini, proses pengetahuan/kesedaran sudah mula berlaku, tetapi nisbahnya sangat subjektif. Ini realiti.
Keadaan ini hanya menjelaskan satu perkara yang sangat asas iaitu, pendengar muzik ( kita ) umumnya, tiada ‘pengalaman menghayati’ karya muzik. Penghayatan ini adalah sebahagian dari ‘proses melahirkan masterpiece’. Adi karya inilah yang bisa memberi nilai tambah pada kemanusiaan, kebudayaan dan tamadun dalam masyarakat dan bangsanya. Konsep dan budaya ‘menghayati karya’ tiada di Negara kita. Jika ada, hanya yang berbentuk formalistik, bukan dengan konsep yang sebenarnya.
Dalam suhu suasana seperti hari ini, masih terdapat ruang untuk kefahaman ini berkembang. Satu fakta yang harus difahami disini ialah manusia hanya berubah apabila ada keinginan untuk ia berubah. Politik, Muzik, Ekonomi hanya alat untuk membantu manusia kearah itu. Alat-alat ini tidak pernah menjanjikan jawapan mutlak pada persoalan hidup kita. Jika soalan di atas ditanyai kembali, maka kita boleh menjawabnya...ia karut!. Muzik tidak bisa mengubah manusia menjadi baik, apatah lagi memberi kerosakkan pada manusia. Jika benar muzik bisa melakukannya pada manusia, maka Tuhan itu telah hilang….

10 ulasan:
subjektif sesangat ni aria.kena tepuk dada ni.
betul la subjektif. tapi betul juga,kalau muzik begitu berkuasa mengubah manusia maka muziklah yang paling power lebih dari politik, agama dan dsb. tapi tuhan telah hilang tu aria tanggung sendiri la. kata-kata tu boleh memurtadkan kan. beristighfar lah bang aria.agak melampau pandangan anda.
-pemerhati.
saya bersetuju dgn pandangan anonym di atas... ayat "maka tuhan itu telah hilang" sangat2 boleh dipesongkan / terpesong maknanya jika di lihat dari sudut2 pemikiran pembaca yang berbeza2..
seenak mana kita mahu mencipta ayat mahu pun bahasa, sesedap mana kita mahu menyebut kata mahu pun bicara, kajilah dulu maknanya... jangan nanti kalaupun bukan atas niat kita untuk memesongkan, org lain pulak tersalah anggap lalu terpesonglah dia....
takut nanti.... kita yang berdosa....
knp byk sgt anonymus ni? bg la real id. macam aku... kah kah kah..
- ntah apa apa ntah.
'maka tuhan telah hilang' tak bermaksud kita ni free thinker.renungkan dan fahami pulak isi kandung dan intipaati ayat tu bagi habisss.jangan hentam keromok.
ok ok aku istighfar siap siap.hehehe
astaghfirullah hal azim.
ps:komen pakai nama lah,jangan baling batu sembunyi tangan.
wah abg mezzo. masih terus aktif menulis.cayalah bang! ala,orang skrg memang gitu.ske sgt slh fhm. tp kite pun xbrapa nak fhm la..kenapa buat konsert mesti nak tunjuk punggung? lawa sgt ke punggung dia org tue? geli ler...eiii. k la abg mezzo. geli tgk gambar dia org tu..lepas tunjuk bontot kena belasah plk..hihihi.
babai.
- C3 manis@gmail.com.
Aku yakin, musik boleh mengubah watak/pemikiran/ketenangan seseorang.
Ada kisah seseorang yang masuk islam dek musik jiwa Raihan.
Ada pakar psikologi musik terapi(memang tak ingat namanya)
melakukan experimentasi ke atas pelajar corotnya.
Beliau mengkaji bahan musik apakah yang sering didengari oleh pelajar corot tersebut-Rock.
Pakar tersebut mengubah menu musik anak muridnya, didengarkan lagu klasik bach seumpamanya.Berminggu jugalah.
Iya berubah deh si anak tersebut.
Sudah tidak corot lagi.
Musik itu brain wash :)
Sebab itu aku suka lagu motivasi berbanding cintadukalara aduh huwa...
Sekadar pandangan
Ahmad.
Terima kasih atas fakta yg diberi.
Benar, telah ada banyak bukti yang menunjukkan muzik ada 'keupayaan' untuk memberi ransangan negatif/positif pada manusia. Itu dari aspek kajian dalam bidang sains. Namun begitu,kita disini harus jelas dengan satu senario iaitu, kita (insan) di malaysia -
1.Tidak mengambil atau melihat muzik sebagai 'theraphy'. sebaliknya hanya hiburan 'kosong'. Disini kita gagal melihat potensi ( pos+ )antara diri kita dan muzik itu sendiri.
2. Insan kita tiada 'keinginan' atau 'pengalaman' MENGHAYATI karya muzik, inilah hakikat yang membantutkan usaha melahirkan 'masterpiece'.
Maka omong tentang muzik yang mana yang merosak atau meransang(pos+) jauh menyimpang dari realiti kita dan ia tidak releven.
Akhirnya - muzik yg kita terima dan yang kita bawa di Malaysia ketika ini tidak dapat berfungsi sepertima yg telah dikaji dan diketahui 'potensinya' oleh pengkarya dan pengkaji dari Negara yang maju budaya seni, intelek dan teknologinya.
harap kita semua jelas dgn 'apa' yg sedang menyelubingi kita semua.
ko ingat muzik tu agama ke? tuhan?
ko nak jadi apa ni mazir. sejak ko tinggalkan kpg.ini ko jadi ye. mengucap-mengucap. tapi aku setuju jugak.elelelele.
- alley alley. lupa dah ke?
Catat Ulasan