Isnin, September 29, 2008

En. Mohd. Ramadhan dan Kak Siti Syawal.

Ramadhan sudah berlalu. Ia boleh dianggap sebagai waktu ketika sedang melalui satu proses membuat sesuatu dengan segenap daya usaha. Hasil dari proses ini akan dilihat dan dizahir pada ketika bulan syawal.

Umpamakan senario ini dengan satu senario lain iaitu dalam proses pengkaryaan. Sebagai catatan dari pengalaman peribadi aku, aku sering tidak sabar untuk melihat hasil karya berbanding tumpuan pada proses membuat atau mengarangnya. Aku dapati rupanya ia dialami juga oleh pengkarya lain.

Keghairahan melihat hasil kerja seharusnya menjadi magnet untuk bekerja dengan lebih berdisiplin dan teratur. Namun kes yang pernah aku lalui ini, berlaku sebaliknya. Ia menjadi faktor utama sikap cuai dalam proses pembuatan, gopoh menyusun, buta melihat dan sombong untuk tahu.

Hasilnya tak kemana.
Meraikan syawal tidak seharusnya lebih dari menghayati ramadhan.

7 ulasan:

dhuat79 berkata...

betul, betul, betul!

pemikir lapuk berkata...

ramadhan untuk yg bpuasa...syawal untuk semua...puasa tk sama2 boleh ikut sama bgumbira

Tanpa Nama berkata...

en aria, you locate kat mana ?



Hanifah

Butaseni@Wan Raja berkata...

kadang kadang tidak sabar tuntuk melihat hasil karya juga boleh mendatangkan syok sendiri.yang tu pun aku takut hehehe

masih belum terlambat rasanya aku nak salam syawal

ariapertama berkata...

dhuat
mcm yes man je bunyi.hehe

pemikir lapuk
ramadhan utk yg bnafsu tinggi.syawal buat mereka yg telah hilang nafsunya.hehe

hanifah.
surf musicforum2007..ada add dan peta tempat aku dan teman-teman beroperasi.

butaseni.
syok sendiri penting utk bkarya.syok pd diri sendiri tu yg buat penyakit.hehehe..

selamat hari raya buat teman-teman semua.

Tanpa Nama berkata...

tak buat open house ke? aku nak mai makan.

Anem Arnamee berkata...

En. Mohd. Ramadhan dan Kak Siti Syawal, adik beradik yang tidak boleh dipisahkan hatinya.. ..

(^_^)