Kemenangan karya-karya dibawah penerbitan beliau tidak diragui. Sekitar zaman 1989 hingga 1996 telah membuktikannya. Ketika itu, pada peringkat awal, katanya ‘kita bergerak dibawah kemampuan kapital dan kurang sokongan publisiti’. Namun ‘kemampuan’ yang kecil itu mampu merakam muzik-muzik yang tinggi kualitinya. Ini jelas menunjukkan, disiplin yang ‘ketat’ sebagai seorang penerbit, bisa ‘menggagahi’ kekurangan capital dsdnya. Ini sahaja rahsia bagaimana hasil kerjanya berjaya. Hingga kini, pencapaian beliau masih belum dapat di atasi oleh mana-mana produser, baik di
Umumnya, ‘tokoh-tokoh’ besar dalam apa jua bidang memiliki ‘pride’ mereka sendiri. Pride ini zahirnya pada kita yang bukan ‘tokoh’ kelihatan seperti ‘arrogant’ atau ego. Hakikatnya elemen ego ini bukanlah sikap tiru-tiruan atau dibuat-buat olehnya, tetapi terjadi dengan sendirinya akibat ‘ketat’nya disiplin sehingga menjadikan mereka ini ‘tokoh’ dalam bidangnya. Hal ini berlaku dengan Roslan Aziz.
Pencipta muzik ini bukanlah seorang yang demand pada harga kerjanya. Tetapi beliau seorang yang sangat memilih dan cerewet. Sifat ini kita sedia makllum pada mana-mana tokoh sekalipun. Nafsu muzik beliau sangat besar, tetapi berbeza dengan karyawan muda yang bernafsu besar tapi gelojoh. “..p*k*m*k kau..!!!” Ekspresi beliau sebeginilah yang menjadikan muziknya ada ‘passion’. Pemuzik yang mendengar ekspresi beliau sebegini secara tiba-tiba ‘jadi pandai’. Pemuzik itu sendiri tak bisa menjelaskan keadaan ini.
Rata-rata pemuda-pemuda yang baru dalam muzik ‘takut’ padanya. Takut ini membawa pelbagai tanggapan.
Beliau memilih untuk menguasai salah satu cabang yang secara sejarahnya ‘gagal’ di kuasai oleh seniman lampau, termasuk P.Ramlee. iaitu, teknologi muzik atau kejuruteraan bunyi. Beliau berkorban minat (asalnya sebagai komposer dan pemuzik) hanya untuk mengatasi ‘krisis’ kualiti muzik tempatan. Ramai juga yang tidak sedar hakikat ini. Dengan adanya karyawan seperti beliau, maka terisi sudah kelompongan besar yang tidak orang industri sedari iaitu ‘understanding of music technology’. Kefahaman beliau tentang bidang ini bukan bermaksud teknologi multimedia atau IT, tetapi lebih dalam dari itu – the nature of sound. Inilah konsep asas yang membawa kejayaan muzik Roslan Aziz. Beliau tidak begitu mendengar ‘
Sebagai seorang pembaca, umumnya kita memilih untuk membaca pada apa yang ingin kita ketahui. Pengalaman diri akan mendorong seseorang itu memilih bahan bacaan yang dapat membetuk hidupnya. Roslan Aziz memilih untuk tahu tentang ‘manusia dan kemanusiaan’. Topik ini pasti ‘memaksa’ beliau untuk bekerja lebih keras dengan membaca segala yang tertulis mengenai ‘kehidupan’. Nah! Ketatnya pengetahuan muzik belum dapat menjanjikan kualiti karya, maka sumber bacaan juga telah memainkan peranan besar pada Roslan. Elemen ini sangat kurang pada pemuda-pemuda yang sedang ‘asyik’ dengan idea muziknya.
‘ALI’ – Roslan dan Muklis
Roslan Aziz bukanlah penganut syiah seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Beliau muslim sepertimana teman-teman lain. Perbezaan pendapat bukan bererti berbezanya agama. Agama dan beragama adalah 2 perkara yang tidak seharusnya disalah erti, apatah lagi bagi insan yang ‘memahami’ agamanya. Malah lebih ironi, islam sendiri memerlukan insan yang berbeda pendapat sebagai batu uji pengetahuan penganutnya. Dalam hal ini Roslan memilih untuk berbeza pendapat.
20 tahun selepas hari ini, kita berharap akan dapat mendengar lagi muzik-muzik yang lebih segar, dari mana-mana karyawan sekalipun. Apprisiasi kecil mengenai tokoh besar ini sekadar ingin meraikan (secara kecil-kecilan) 20 tahun penglibatan beliau dalam arus muzik di
Beliau sudah berkata “ muzik ini buat anak cucu kita..”
6 ulasan:
..aku memilih album Lagenda dan Hijau merupakan antara hasil kerja beliau yang amat kemas,variasi dan cantek.. melangkau masa ketika itu..
Kau kenal sgt ke roslan aziz ni? Bukan ke dia ni orangnya angkuh. Agama dia pun ntah agama apa. Setakat produce lagu brani-brani nak ckp ttg agama. Kau penyokong dia ke? Cari la tokoh muzik lain. Ada melambak. P.Ramlee bagus. M.Nasir lagi bagus. Adnan Abu hasan. Ajai ke, bukan ke ajai seangkatan dengan kau. kan?
WBM 45 - KL.
music lover.com
Lebih menarik klu aria boleh cerita lebih detail skit lagi ttg Roslan Aziz. Masa RAP buat konsert. Zainal. Shelia kat tokyo. Mesti menarik. Tak ada lagi ulasan yang semenarik aria buat di sini. Bagus-bagus!
saya suke lagu 'malam biru'. Uiii...
W.BERUAS
Memang rasanya sgt 'hijau' dan ia memang 'legend'.
M.LOVER.
Itu mungkin boleh dapat bila terhasil biografi R.A. kot. Anyway TQ.
ASMA.
Setengah kawan-kawan bilang lagu itu 'the blue nite'.
BUAT RESPONDER YG LAIN, ANDA PUNYA HAK UTK SUKA ATAU TIDAK MENGENAI ULASAN ATAU PANDANGAN KAMI. NAMUN, SEBAIKNYA JGNLAH MEMPERSOALKAN HAL-HAL SENTIMEN INDIVIDU YG BERSIFAT PERSONEL. TQ.
Good info especially for those who "blind" about music - like me.
Catat Ulasan