Selasa, Mac 10, 2009

PANDANGAN SKEPTIKAL TENTANG MUZIK 2.

BUDAYA MEMBACA dikalangan masyarakat dan
BUDAYA MENDENGAR dikalangan pembaca.

Apakah membaca ini hanya mampu kita fahami sebagai ‘membaca’ buku-buku, majalah, surat kabar, blog, jurnal atau apa saja yang sifatnya bertulis. Sahaja? Bagaimana dengan ‘membaca’ pemikiran seseorang? Atau membaca tanda-tanda visual atau bunyi? Apakah ini juga dikira ‘membaca’? Jika tidak, maka ia apa? Adakah punya perbezaan dalam memahami 'penggunaan' perkataan ( bahasa ) dengan penggunaan 'istillah' bahasa dalam memahami maksud? Lanjutannya, apakah ada beza memahami maksud dengan memahami tujuan? Ini persoalan konsep 'membaca' barangkali. Apakah bangsa kita sudah memahami konsep ‘membaca’ ini? Bacaan jenis apa yang bisa kita dapat dari mendengar bunyi, suara dan muzik? Pandangan yang akan lahir darinya pastilah bukan pandangan klise yang telah pun bertimbun-timbun masa kini.

Tiada lagi ‘mesej’ – tiada lagi ‘dakwah’ dan tiada lagi analisis yang skeptical mengenainya. Muzik harus bebas dari stigma sebegini – ianya ekspresi, sama seperti lukisan dan arca yang semua ini meransang daya fikir dan imaginasi manusia. Semua ini untuk apa ya? Bagi makcik tua dalam foto ini pasti menginginkan hari-hari terakhir dalam hidupnya lebih bermakna. Baginya 'membaca buku' sudah tak betah lagi, tetapi 'membaca' dengan mendengar pasti ada kesanggupan lagi dalam dirinya. Barangkali, manusia akhirnya hanya mahu mendengar saja. Ini andaian aku saje.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagu Paret Api tu menarik la bro. Gua rasa elok lu promot. Byk kelainan. Good effort.

- Rockerz.

Tanpa Nama berkata...

dengan lagu bababa.. tp cite apa tu? Makcik lu tu ble dgr ke? hehehehe.

- rockerz

ariapertama berkata...

morning rockerz.
Lagu tu utk warga2 parit dan longkang.

bababa tu maknanya apa? hantam la labu! ko crita la apa ko nak.xde hal. Makcik tu sebenarnya dah pekak..kakakaka.

Layla Haq berkata...

lagu-lagu kena dengan jiwa saya. boleh dapatkan di mana CD nya? mana tahu, boleh temani saya memandu setiap hari.

ariapertama berkata...

Bayan -
masukkan email anda dalam ruang sebelah kanan blog "join mailing list" untuk sebarang update artis termasuk penjualan CD dan showcase 'ali - memo'. Trima kasih.

ubilepih berkata...

membaca hidup dari kitab alam,bunyi dan rasa semua boleh di baca..ha..ha..apa kabar bro?semoga segalanya sejahtera.