Pagi itu aku di kejutkan dengan bunyi sms dari kekasih ku. Kemudian aku terjaga, membaca
mesejnya, aku tutup. Sangap (menguap), masih mamai lagi. Aku bangun, dan gosok gigi. Karat gigi ni susah betul nak tanggal, nikotin banyak. Tapi tak mengapa. Gigi aku sihat dan tiada satu pun yang berlubang-lubang macam orang lain. Aku gosok dengan berus gigi, perlahan sekali. Sengaja buat begitu kerna bisa ambil waktu untuk berfikir tentang sms kekasih ku sebentar tadi.
Mamai sudah hilang. Ya. Micheal Jackson dah mati.
Menjelang tengahari, kekasih ku sms lagi bertanyakan tentang agama Micheal. Aku biarkan sms itu tanpa reply. Sambil minum Nescafe, aku
Hari ini.
Setelah berhari-hari media amat sibuk dengan berita MJ. Cerita tentang sejarahnya, pencapaiannya, skandal-skandalnya hinggalah persepsi-persepsi masyarakat tentang dirinya. Semua berita-berita ini – duit. Siapa jua bisa bikin duit atas apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi pada global ikon sepertinya. Bagus, namun dari sisi lain, keadaan begini ini agak menakutkan.
Secara peribadi, barangkali MJ sendiri tak pernah menyangka dirinya menjadi begini – sebegini. Bagi aku, beliau hanyalah seorang penghibur. Dan sememangnya dia penghibur yang brilliant. Ini tiada kaitan dengan muzik atau genrenya. Ini hanyalah tentang bakat yang istimewa. Beliau menjadikan muzik terlalu murah berbanding bakatnya itu. Bakatnya adalah dewanya. Bakat ‘melampau’nya ini tidak memerlukan muzik lagi. Hakikatnya, beliau sudah tidak memerlukan lagi peminat-peminatnya. Ulang kembali. Ini kisah seorang penghibur...bukan kisah epik perjalanan muzik.
Semua isu sensasi dan yang hebat, yang melampau ini kita ketepikan sementara.
Lihat pada yang rutin-rutin dan yang normal-normal seorang penghibur.
Setiap nyanyiannya, beliau menyanyi dengan begitu bersungguh-sungguh. Setiap persembahannya digubah dengan sangat cermat. Muziknya sangat simple dan sofistikated. Beliau kuat berlatih menyanyi dan menari. Rutin normal sebegi pun ni jarang ada dikalangan kita.
Tentang agamanya? Barangkali tiada lagi yang lebih penting selain dari mempelajari disiplin kerja beliau. Amin….
2 ulasan:
ahhh...barangkali sekarang bole ke kita hadiahkan Al-Fatihah buat beliau???.Siapa pun kita semuanya Fana
belajar perkara yg baik dr dia dah lebih mencukupi dr sedekah fatihah.
Catat Ulasan