Meor sudah lama menjadi rakyat
Untuk mengkritik dia ( Meor ) sangat mudah bagi kita, malah bagi Meor sendiri, untuk mengkiritik ‘keadaan’ yang menimpa keatasnya juga mudah saja. Hal mengkiritik ini ‘ di
Apa yang Meor dan ‘rakan-rakan sekutunya’ mahu dari album DRUR ini?
Katanya album ini album propaganda. Dari siapa dan untuk siapa?
Titipan lirik dari ‘surah-surah’ teman seperjuangannya jelas dan mudah difahami oleh sesiapa jua. Meor sudah ‘berkompromi’ dengan dirinya sendiri, untuk khayal dalam imaginasinya udah usai. Kini beliau ingin merai teman-teman dan pandangan mereka pada rakyat lewat usia musim ini. Tiada salah dan tiada paksaan pada dirinya – ikhlas katanya.
Senikata dalam album ini telah ‘dibesarkan’ mengatasi melodi ‘seorang Meor’, apakah ini satu pengorbanan dia kepada teman-temannya? Atau tanpa sedar, Meor sudah ‘jelak’ dengan isyik penciptaan muziknya? Kita masih tidak tahu, dan mungkin kita tidak akan tahu.
Apa yang DRUR mahukan melebihi dari apa yang Meor mahukan iaitu – pendengar. Muzik sebegini memerlukan ‘pendengar’ yang bukan mendengar kerana terdengar, tetapi penghayat. Meor mahu Rakyat
Sedap ini barang yang tidak boleh di ajar kepada sesiapa. Sama juga seperti cinta. Kita belajarnya ketika kita merasinya. Untuk merasainya, harus ada ungkapan nilai dari bahasa liriknya. Nah, lirik yang ‘dibesarkan’ oleh Meor menjadi pendorong kepada Rakyat
Kita harap, propaganda ini tidak tipikal sepertimana propaganda ‘gomen’.
Selamat buat DRUR. Selamat buat Meor.
2 ulasan:
mudah2an ia menjadi propoganda yang sedap..tapi bagi aku sedap lah sebab ada lagu aku ..ha..ha..ha.peduli apa aku pada peminat CT dan Mawi..ha..ha
Ibulepih.
1 usaha yg bagus. Yela, xkan ko nak samakan album ni dgn album depa..kan?
Perbandingan yg slh gak tu. Let say, cuba bandingkan dgn iwan fals...amacam?
Catat Ulasan