Ahad, Disember 27, 2009

PESANAN PADA DIRI SENDIRI

Sudah agak lama aku tak menulis di sini. Sibuk.

Memang muzik hanya akan diakhiri dengan permainan muzik, bukan dengan kata-kata. Kata-kata berupa catatan yang tak ubah seperti diari kecil ini hanya ungkapan-ungkapan tentang muzik, selain dari mendengar, membaca dan bermain.

Beberapa hari lalu, aku ada berborak dengan teman-teman, mereka tanya tentang muzik – yang bagus. Kami berbincang. Ada yang bilang muzik yang bagus itu contohnya ini. Ada yang bilang, ia sepatutnya begitu. Ada juga yang bilang muzik yang bagus itu sudah pupus, macam dinosaur. Hahaha. Melabun saja kami.

Kebelakangan ini suhu muzik kita di arena mainstream memang agak suram, tidak banyak lagu baru apatah lagi muzik baru yang lebih segar. Tapi dikalangan band-band ‘lowstream’ masih aktif. Namun kuantitinya masih rendah. Malah aku sendiri sudah kurang bikin lagu, lebih banyak luang masa susun muzik-muzik lama.

Aku terbau sesuatu dikalangan teman-teman yang begitu struggle untuk buat muzik baru, keghairahan mereka aku suka malah aku ingin terjebak sama dalam keghairahan mereka. Tapi aku teringat ungkapan dari WA Mozart, aku simpulkan secara ringkas – untuk berkata-kata (menyanyi/mengarang lagu/main muzik)dengan bagus memang sangat bagus, tetapi lebih bagus jika kita tahu bila masa yang tepat untuk berhenti – PAUSE.

Untuk tahun depan, aku ingin abadikan catatan di blog ini sebagai diari aku. Selamat tinggal 2009.

Selasa, Disember 22, 2009

Rock The Vote 1


Band-band Rock dan Amat Rock !
Siri " Anak-anak muda Jom Daftar Undi"

The Pocket
Matahari

Silent Stage

Pusaka

S.L.C

Antara

Mentari

Sutera

dan banyak lagi!


MASUK ADALAH PERCUMA!!!!

Sabtu, Disember 19, 2009

Jom sertai Fiesta Anak Muda!
























8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik...

Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg - 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)

10.15pg - 12.15tgh
Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut

2.00ptg - 4.00 ptg
Bengkel - Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)

4.00 ptg - 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
- YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
- Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT) , dan
- Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)

8.30 mlm - 11.30 mlm
Konsert Akustika
- Meor Yusoff Azzidin
- Beeha
- Nikbindijan
- Rumah Anak Teater
- Notis
- Wani Ardy
- Mistikus
- Couple

Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)

Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma...

Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.


Ayuuhh...~

Selasa, Disember 01, 2009

Inspirasi.

Pernah dengar satu seloroh ? …tak kenal maka tak cinta.

“ Dari mana datangnya cinta ?…dari mata turun ke hati ”. Benarkanlah kata-kata ini – lorong untuk kita memahami cinta.

Atau.. “ Picture speaks thousand of words ”. Benar jua kata-katanya, malah, jika tidak kerana pesona gambar ini, ia bisa bikin kita ‘speechless’.


Pesona? Bagaimana mengungkap pesonanya dia ?

Teuku Zakaria b. Nyak Putih pernah bilang.

“tiada kata secantik bahasa…untuk ku puji adinda”. Ini juga ada benarnya.










Trala la la.. laa..laaa….

… “ dari kerana mata…yang mempunyai kuasa.. Ohh..aku tergoda

..aku tergoda terkeciwa.. ”
Adakah kita bersungguh-sungguh untuk memahami tentang ‘inspirasi’ ini? Mereka yang merasai jiwanya beragama ‘sangat’ akan mudah bilang, ilham ini datang dari Dia yang Esa. Ya, Benar. Namun kebenaran tak semudah itu untuk diungkap. Yang nyata ia bernada penuh keangkuhan dan kesombongan hati. Menafikan hak akal untuk memahami, menyelidiki, menyoal dan mengenal apa itu inspirasi samalah dengan mengahwini gadis tanpa bertanya kerelaannya, walau kahwin itu sunnah.

Ungkapan-ungkapan di atas adalah satu gambaran yang sangat jelas bagaimana manusia mencari dan memahami cintanya.

Kejap-kejap kita akan mendengar komposer keluar mencari ilham atau, berkhalwat mencari ilham. Ini juga satu sikap yang sombong lagi bodoh.

Lihatlah…lihatlah..renunglah dan renungkalah mata-mata itu menerusi mata mu.. Inspirasi kamu ada di situ. Dari mata..turun ke hati.. melodi itu akan mencair membajai hati. Dan, menyanyilah..menyanyi sehingga kalian terasa hendak mati!

Mudah kan ?