Rabu, Januari 03, 2007

ELEMEN 4.

Dinamik Antara Mesin dan Manusia.

Manusia perlu rehat untuk lebih bertenaga, untuk rehat yang baik harus tidur. Tidur yang berkualiti datangnya dari persekitaran yang tenteram yakni, tanpa gangguan. Kefahaman ini melahirkan golongan manusia yang tahu erti kualiti hidup. Namun, disiplin yang baik ini juga bisa melahirkan golongan manusia yang kurang memahami hubungan dirinya dengan perubahan alam sekeliling. Golongan ini tidak boleh tidur sekiranya terdapat gangguan bunyi, tidak kira dalam apa jua kadar sukatan kekuatan bunyi itu mahu pun pendedahan terhadapnya. Ini konsep tidur, bukan ‘tertidur’. Membiasakan diri dengan sesuatu perkara merupakan permulaan untuk melupakan ‘rasional’ bagaimana ‘kebiasaan’ itu berlaku.

Kes ini berhubung kait dengan sound intensity dan mind focus. Tanpa sedar, sering terjadi bunyi yang kedengaran halus tetapi bisa mengganggu tumpuan kita kerana bunyi ini tinggi intensitinya, ini bererti tinggi paras Treble atau Amplitude nya, contoh; bunyi Transmisi Televisyen tamat siaran – bunyi 'Ping' yang halus dan panjang. Ini bunyi dari electronic devices, ia statik iaitu tanpa kawalan treble, sekadar volume saja. Bunyi ini tidak bising tetapi tinggi paras amplitude nya, ujian secara rawak menunjukkan pada Tuner Meter + 25 Degree. Ini bermakna terdapat lebihan ketajaman ( over sharp ) bunyi. Bunyi electronic devices yang tajam ini boleh menerobos diruang udara hingga kesuatu jarak yang jauh, apabila tenaga ini diubah kepada sukatan gelombang sound transmeter, ini dikenali sebagai frekuensi.

Terdapat beberapa frekuensi yang bisa memberi gangguan pada telinga dan seterusnya minda. Berbeza dengan bunyi lantakkan cerucuk contohnya, ia memang menggegar tetapi belum tentu memekakkan walau paras desibelnya tinggi, bunyi groovy metal lantakkan cerucuk adalah bunyi akustik dari bahan semulajadi ( nature ). Intensiti bunyi nature amat mudah diserap oleh persekitaran, ketika merentasi ruang atmosfera, ia akan diserap oleh persekitaran yang sama sifatnya, juga dipengaruhi oleh faktor jarak dan ruang, maka secara teorinya bunyi ini tidak mengganggu telinga sekaligus minda, maka manusia ( dengan usaha ) masih boleh mengalih fokus mindanya pada perkara lain seperti – tidur.

Bunyi boleh dibentuk melalui – pitch – duration – amplitude – timbre. 4 perkara inilah yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia dalam hidupnya. Untuk membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan kehalusan idea muzik. Di sinilah titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari sentuhan manusia – sentuhan dengan rasa.

Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut dinamik iaitu dari senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan memberi kesan perasaan raising up and down secara tersusun dan kemas. ‘Pujukkan’ ini memberi memotivasikan pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam sebuah karangan muzik.

Jelas, Haaanya… manusia sahaja yang tahu nilai dan kesesuaian bagi kehidupannya. Haaanya… manusia yang tahu kadar kekuatan bunyi yang ingin diterimanya. Mesin sekadar membantu manusia dalam mencapai maksud itu. Dinamik harus ada flow dan direction. Haaanya… manusia sahaja yang boleh melakukan kedua unsur ini.

Not, melodi, tempo, bentuk dan kesemua elemen muzik tidak akan sempurna persembahannya tanpa kesan dinamik. Kesemuanya akan menjadi statik, jika bergerak ia akan parellel, bunyi mesin industri akan mengambil alih, maka telinga dan jiwa akan menjadi keras dan mati, kesannya amat negatif. Muzik Disko merupakan contoh terbaik muzik yang kurang dinamiknya, maka ia seperti dadah, semakin banyak diambil semakin worse. Justru, dinamik memberi suatu nilai yang membantu kita mencapai konsentrasi dan ketenangan mendengar muzik, seterusnya memberi impak terhadap tanggungajawab hidup yang serba mencabar.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Logik kau ada. Tapi apa kaitan dengan muzik industri sekarang? Satu lagi,tolong clear kat aku bab Harmoni yang ko tulis dulu tu,bab 7th chord. Aku tak faham. Bole kan beb?
- r -

Tanpa Nama berkata...

7th chord dalam ilmu harmoni ialah memasukan nada ke 7 kedalam gabongan bunyi yang bermula dari nada pertama (tonic), 2nd, 3rd, 5th dan yang ke tujuh itu. Kalau C7 - itu dominang, mengandungi CEGBb. Itu baru dominant 7th, Untuk lebih syahdu lagi seronok, mainkanlah c13, atau mana mana tambahan seperti 6th atau add9, dim atau augmented. Tetapi harus ingat akan cycle of progression. Hafal saja urutan lazim cycle itu seperti satu pusingan roda, BEADGCFBbEbAbDdGb dan seterusnya....hehehe, bagaimanapun terimakasihlah kerana ada juga blog yang mau layan bab bab ini.

ariapertama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ariapertama berkata...

Thanks to rastam kerana menjawab soalan 'R'. Secara teorinya begitulah,namun dalam aspek aplikasinya musician harus tahu beberapa ciri penting dalam functional harmonic ( rujuk artikel elemen 2 ).

Untuk rastam - seniman muzik di malaysia mandul idea. isu-isu yang aku bangkitkan adalah untuk menilai kembali diri kita dan seni, khususnya muzik ---- "tak merobah tanpa di robah"

Tanpa Nama berkata...

saudara Aria, boleh kiranya kita gebang pula pasal perkaitan musik dan 'imejan'?. Seperti mana yang pernah dibuat oleh seorang pelukis, Kadinsky (kalau tdk silap). Beliau memvisualkan bunyi (dengar2 begitu, tapi aku tdk tahu lanjut, dengar2 saja). -anONImus

ariapertama berkata...

pada anonimus yg bertanya. ideanya mengajak gebang 'musik dan imajan' memang agak menarik. insylh kita akan 'gebang-gebangan'. Namun harus sadar musik akhirnya akan hanya lahir dengan nota2 bunyi..bukan dengan 'gebang-gebangan'. Trima kasih deh.

Tanpa Nama berkata...

tulisan 'imajan dalam bunyi' antara yang saya kira menarik sekali. satu pandangan yang di kira baru ketika ini. Tapi boleh tak abg aria berikan sikit sumber rujukan mengenai hubungan bunyi dan imajan? satu lagi,apa yang boleh dikaitkan dengan suasana industri muzik kita hari ini? apa yang cuba abg aria ingin ketengahkan? muzik industri kita dah semakin tak bernyawa. Abg Aria macam anti pada sesuatu..boleh berterus terang? Study music dimana? Too much question to ask..but ill be glad if u unswer me this.
- 15/1/07 -

Elhakim berkata...

kau memang sound-engineer
he..he.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Aria, kami menunggu buah fikiran anda yang terbaru. tulislah lagi...- anONImus

DefMafia berkata...

hmm...nanti aku akan fikirkan pelantak cerucuk yg bole keluarkan bunyi enak...takde la kalut sangat kat constrcution site tu...at least bole kurang stress...buruh2 tu pun hepi je..kite bole start ngan irama cerucuk dangdut kot...hahaha

anyway...i like ur writings la...keep on writing...eventhough aku xde kesempatan nk blaja teori muzik ni but i take it as general knowledge la...huhuh