Ahad, Februari 04, 2007

ELEMEN 5.

BENTUK.
A
…oh my darling oh my darling oh my darling Clementine
…thou art lost and gone for ever
…dreadful sorry Clementine
- potongan versa dari lagu Clementine.

B
…dia Isabella lambang cinta yang lara
…terpisah kerana adat yang berbeza
…cinta gugur bersama
…daun-daun kekeringan………
C
..haluan hidup ku terpisah dengan Isabella..
..tapi aku terpaksa demi cinta ku isabella..
..moga di bukakan……
- potongan korus dari lagu Isabella.


Clementine sebuah lagu klasik, lama, ada sejarah disebalik karangan ini dan sedap pula didengar. Lagu Isabella pula dari genre moden – rock malaya, kisah cinta, juga punya kisah disebaliknya, tetapi bertolak dari imaginasi – tragedi. Karya ini fenomena pada zamannya.

Musical Form ini adalah struktur bentuk sebuah lagu. Rekaan lagu di ‘organisasi’kan dengan struktur tertentu yang sangat mudah. Mengapa perlu organized? Dengan mengorganisasikan bentuk lagu maka sempurnalah setiap ‘roh’ yang ada – berjasad. ‘Roh’ di sini boleh saja ditafsir sebagai idea.

Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ", dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang ‘hidup’. Setiap naratif melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan – ilham sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya. Ahhh…Indah sungguh ciptaan tuhan.

Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu mengikut tertib proses gubahan samaada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya, pengulangan versanya, korusnya dan yang lain, akan sentiasa dibentuk sedikit demi sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik bisa saja berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya.

Versa disimbolkan sebagai A iaitu musical idea. Manakala Korus disimbolkan dengan B iaitu contrasting idea. Bagi lagu klasik Clementine lagunya hanya ada Binary A sahaja. Bentuknya AA AA. Iaitu idea. Tiada contrast. Begitulah lagunya dari awal hinggalah akhir – melodi yang sama. Inilah titik persamaan Klasikal Barat dan Tradisional Timur contohnya lagu-lagu Melayu Asli, dari satu versa ke versa yang lain hanya sedikit olahan idea, hanya pada beberapa nota tertentu saja, bentuk yang ringkas dan membawa kesan klimax yang agak perlahan/lambat tetapi maksimum.

Isabella pula terdapat pola gubahan modern iaitu Binary AA ( idea ) bagi 1st dan 2nd versa, korus Binary B ( contrast idea ) dan Terniray C ( extension idea ). Jadi ringkasnya bentuk Isabella AA BC. Struktur bentuk muzik pop/rock diinspirasi dari genre irama Blues. Iaitu 12 bar blues

Tonic / / / / A
Subdom / / tonic / / B
Dom / Subdom / Tonic / Dom / A/C

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan, selari dengan kreativiti dan idea manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari vokal dan bunyi instrumen yang berbeza, bentuknya di add sedikit menjadi AA BC + D ( D adalah idea improvisession ). Ia tetap menarik kerana disamping form enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih dikekal.

Begitulah halnya dengan lagu Clementine, walau hanya single idea ia masih lagi memikat hati pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak, dinamik pada muziknya telah memberi watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal ke akhir. Rhythm flow yang meransang.

Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara lagu. Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasanya, mudah pula menyanyikannya...bersama-sama.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bener bangat katamu tu pak aria. lagu ni sudah lama mencucuk-cucuk kalbu gue! tapi nggak tau sebabnya secara teknis. sekarang sudah paham sikit2. aku suka meladeni kesedihan dengan lagu ni. mengkhayalkan! kita bisa terbang jauh sekali... the best part is masa nak masuk lagu. tak dapat gambarkan masa tu berada dimana. dan satu lagi, layer yang mendatari lagu ni. berlapis-lapis n colourfull. pendek kata, ia sebuah drama hiba yang mengasyikkan!!

Tanpa Nama berkata...

aku dengar biasa-biasa je.

12.12pm

Tanpa Nama berkata...

asyik lagi baca esei ko. hahaha.

12.13pm

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ariapertama,

Persembahan Orkestra Filharmonik Bolshoi kuanggap sebagai tamparan kepada apresiasi Melayu terhadap muzik. Revolusi muzik Malaysia mengikut sekala anjakannya menurun dari 10 (zaman P Ramlee berdouble bass dan arrangement pelbagai instrumen) hingga null (zaman 60'an) dari kaya instrumentasi sampai papa kedana tinggal 3 gitar satu dram. Lapisan muzik yang kaya habis punah tinggal selapis nipis lagi meloyakan.

Tanpa Nama berkata...

Pak Rastom,

Pada aku mungkin itu soal selera sekarang yang mahu semuanya berlaku pantas. Maka lahirlah karya2 yang mudah lagi ringkas. Rasanya ada juga komposer tempatan yang mampu buat lagu begitu. Tapi meletihkan katanya, orang kita bukan tahu menghargai bukan? Masalah yg sama jugak macam filem, seni rupa, dan seni2 yg lain...malas berfikir!!! -KorKan

Tanpa Nama berkata...

Congrats bro! bagus bangat tulisanmu. Lagi bagus kalau tulis 3 kali seminggu ka.

Tanpa Nama berkata...

suatu aprisiasi yg baik. cuma boleh tak esei2 aria ditulis dengan cara yg lebih objektif sedikit? bentuk tulisan aria semacam abstrak,ada beberapa fakta yang tak begitu jelas huraiannya. Contohnya,Chordophone - fungsi dan peranannya. Kan ke senang nak faham.

- yg nak faham -

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, kita minta supaya diperjelas lagi istilah-istilah yang kurang biasa didengar. terutama bagi yang baru berjinak2 dengan alam bunyi ni macam gue. - KorKan.

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni berkata...

hai abg mezzo depiano...

lama ct x singgah di sini...
apa khabar abg skrg?
apa yg ct rasa skrg.ialah kemahuan yg meledak2 utk melihat dn mndgr sendiri persembahan tersebut..hehe..

Tanpa Nama berkata...

mezzo depiano?????huh...
work..work..work!!!!