Tidak aku tahu siapa yang bertanggungjawab membuat penemuan muzik sebegini – Muzik Carma ( cari makan ). Tidak juga dapat ku pastikan tarikh dan lokasi sebenar idea yang berinovasi ini dilahirkan. Tapi yang pasti ia muncul di tengah-tengah pola masyarakat yang sebegini, ketika ini dan di sini. Muzik carma ini lahir tanpa sedar, establish di kalangan pemuzik-pemuzik dan band music yang giat dengan show sana-sininya. Konsepnya agak mudah, satu kepala ( pemuzik ) – rm 100/200-minima, lagu – apa saja, 1 show – maksima 3 jam, practice – sehari sebelum show, makan – tanggung, transport – datang sendiri, matlamat – bagi majlis happening sampai pening dan dapat cover makan seminggu. Ringkas tetapi praktis sekali. Aku relakan muzik ini diangkat sebagai genre, kerana apa? kemudian.
Melihat pattern sosioekonomi di Malaysia kini, kemunculannya memang seharusnya berlaku dan mungkin kelak genre Muzik Carma ini akan menjadi genre yang trendy seperti mana Rock atau Pop era 80s – 90s di Malaysia. Bicara tentang art material tidak lengkap sekiranya kes diramas tanpa merujuk dimensi latar masanya. Maka cukup, ulu masa ini kita bilang dari era Pasca merdeka. Anak merdeka!!!!!
Perasankah kita Negara muda seperti Malaysia ini mengalami ‘sindrom pembangunan’? Segala polisi institusi dalam negara bermatlamatkan ‘pembangunan’. Kempen tentang pembangunan, cakap hal pembangunan, buat bangunan malah runtuhkan bangunan! Setelah 50 tahun merdeka, kita masih belum habis-habis ber‘wirid’ hal pembangunan. Kita hanya faham bila merdeka ‘mesti’ membangun macam membangunkan bangunan. Hal insaniah dan intelek juga dibangunkan macam membuat monument nasional yang hasilnya bak replika ultraman. Hahahaha. Ultraman baik untuk anak kecil, selain menghiburkan mereka, ia menggerakkan imaginasi dari awal pertumbuhan hidup manusia. Bagaimana pula dengan hal ‘pembangunan’? Juga bagus, tapi...
Konsep pemikiran manusia terbentuk apabila persekitarannya ( ekonomi/budaya ) memberi input dalam bentuk tekanan pada setiap aspek hariannya, sedang output nya pula terkesan pada perbuatan dan pembuatan termasuk membuat – bangunan/institusi. Input dan output ini punya bentuk negatif dan positif, itu normal. Namun, perkembangan dunia kini sering disalah tafsir oleh kebanyakkan pihak. Kewarasan kita di Malaysia terlalu skeptikal pada isi perkembangan dunia, Paranoid terhadap sekeliling – apa saja – perkembangan atau perubahan yang gagal disaingi akan dilabel sebagai – unsur negatif, inilah jalur ‘ gemilang’ pemikiran yang melahirkan masyarakat seperti yang ada pada hari ini. Aku masih mencari hadis/surah mana yang mengatakan kemajuan bangsa tersimbol hanya pada pembangunan bangunan dan institusi-institusi yang begitu banyak terlambak di Negara kita. Institusi yang ada kini dibuat adalah untuk money laundry bagi pihak penguasa dan pemodal saja. Kemudian, disuruh siswa-siswa kita berpayung di bawahnya. Namun, majoritinya budak-budak siswa semakin tongong. Idea bertambah sempit. Citra idealnya adalah ‘CARMA’. Jika ada yang lain, itu hanya slogan untuk ibu bapa dan kempen piliharaya kampus semata-mata.
Menukar pakaian tidak sama dengan menukar penampilan. Ya, pakaian bisa ditukar dari yang buruk/murah kepada yang lawa/mahal. Namun ini tidak boleh disamakan dengan menukar penampilan dari kotor kepada bersih, dari selekeh kepada kemas. Budak-budak kindergarten lebih arif menilai hal ini dari siswa Malaysia.
Kini, karya dan matlamat lahir dari manusia-manusia carma. Mereka yang terdidik seperti siswa inilah yang mejadi penjual dan konsumer, mereka jugalah yang melahirkan demand. Maka circle ekosistemnya adalah carma semata-mata. Bicaralah idea, berdebatlah teori dan lontarkanlah ekspresi, semuanya ‘memantul’ bagi manusia-manusia carma ini. Sindrom mati tak makannya amat tebal. Hina masyarakat pada status ekonominya lebih dikhuatirkan lagi ibarat dosa yang tak terampun. Maruahnya diletak di depan but mobil idamannya. Obsession carma ini amat dalam sekali. Konsep dan disiplin Muzik Carma yang praktis ini bila digabung dengan soul pemuzik-pemuzik yang ada maka terangkatlah muzik ini menjadi genre muzik yang baru – genre muzik soul masa depan, inilah pembangunan yang mapan.hehe.
Tiada siapa yang tidak tahu, ekonomi itu penting, materi dan segalanya amat penting, peranannya diakui besar, namun entah kenapa prinsip ini menjadi bengong di Malaysia apabila nilai atau kredibeliti manusia di ukur semata-mata berdasarkan prinsip material. Lihat bagaimana di Malaysia demokrasi majoritinya menafikan hak minoriti dengan kaedah yang amat kreatif sekali. Lihat pula bagaimana pungutan suara yang seharusnya telus tetapi telah dimanipulasi oleh kuasa media yang punya aset besar. Pukau senipolitik ini amat bermaharajalela dengan izin mangsanya – masyarakat Malaysia.
Suasana inilah yang mendorong munculnya genre Muzik Carma. Sering terjadi apabila diri diburu kerisauan dan berilusi pula dengan ketakutan maka rasional akan hilang. Langsung apa saja yang mampu digapai terus dibaham tanpa berfikir. Malah manusia carma ini beranggapan akal dan berfikir adalah musuh untuk kaya dan maju. Dilemma dalam tekanan ini juga telah menghasilkan dialog sebegini “ …buat apa payah-payah cari idea buat muzik yang tak biasa orang dengar...kan senang buat macam bla bla blur…atleast dah ada follower…senang nak jual…”. Contoh ini amat crucial sekali. Tanda-tanda ini meyakinkan kita bahawa daya fikir seniman muzik dan produser Malaysia semakin tumpul dan ia bisa mengancam kebebasan berkarya insan lain. Hasilnya, ruang kebebasan berkarya semakin sempit, peluang mengedar karya juga semakin mengecil. Apakah ini masih tiada kaitan dengan polisi ekonomi negara kita? Polisi ekonomi yang dahulunya sebagai teras membangunkan masyarakat kini menjadi berhala yang menakutkan pada pemuzik, artis, seniman dan produser – carma. Trend industri ini tidak mengira muzik apa, siapa, dari mana dan bagaimana, asal boleh untung mereka ‘rogol’ sekehendaknya semata-mata atas dasar – cari makan – ini. Jika produk mereka tidak laku maka dalam kes ini kambing hitamnya adalah muzik indon, music band indon dan orang indon malah perkataan ‘indon’ itu sendiri. Ini gila!
Trend inilah yang dibawa dan dipaksa secara ‘pujuk’ dan ‘kepong’ ke atas artis mahupun pekerja seni yang baru dan muda, yang punya idealisme. Maka ‘paksaan’ yang berupa promosi ( monopoli ) inilah yang mengukuhkan lagi hegemoni mainstream. Jaringan sistem ( budaya ) ini amat besar, antara instrumen yang menjayakannya termasuk media broadcasting dan syarikat korporat.
Ada yang bertanya, apa ciri-ciri muzik carma? Bagaimana mahu mengklasifikasikan muzik carma atau bukan carma? Sepintas lalu, soalan ini amat kreatif dan berasas sekali, namun jika diteliti, soalan ini mendorong aku untuk tidak berlaku adil pada seniman muzik yang ada. Kerana melonggok sampahkan karya Muzik Carma atau apa jua genre muzik yang lain bukanlah kerja seorang profesional. Aku tidak buat kerja kotor itu...tidak sekali-kali. Ini suatu kritik dan analisis bukan fatwa menghukum sepertimana ‘rutin’ golongan ‘agamawan’.
Kadangkala lucu juga, insan Malaysia yang tidak begitu struggle kehidupannya berbanding survival kaum kulit hitam dahulunya ( zaman racist/arpatheid ) di Amerika dan Afrika tetapi masih bisa membuat penemuan epik dan bersejarah dalam muzik pada zaman ini. Setaraf dengan Swing dan Blues ! Bila dahulunya mereka menjawab… ‘ alah…main muzik sikit-sikit...cari makan bang…’. Kini bukan lagi sekadar harapan, malah ia kenyataan. genre Muzik Carma telah lahir. Antara lagu-lagu popular yang masterpiece dalam genre carma dewasa ini adalah..Juwita….Citra Ter…. Ehem ehem !! , sorry bro… gua batuk pulak. UHUK..UHUK..UHUKK..!!