Jumaat, Oktober 30, 2009

OOooo…MENCECE..MENCECE..MENCECE..MENCECEEEEEE…..


Min 00:00 – 00:32

Intro.

Bermula saja overture muzik ini, ia sudah memanggil-manggil kita untuk bertandak. Bayangkan kelibat tahi bintang melintasi langit dikepala kita. Bunyi instrumen woodwind bersiul-siul dengan skala harmonik ala-ala sarkis (circus) eropah timur. “Ayo ayo ampunya jiwa berlari anak membuka langkah tari mula”. Memberi drama dengan susunan 16th not dan speed yang pantas. Lapisan blowing ini ada jalinan string melodik penuh dinamik pada para crescendo dan decrescendo. Mak oi, diperkosa dengan penuh hormat. Selama 32 saat foreplay ini… ditutup overture ini dengan pap paraaaaamm….bunyi horn, trombone dan tuba.

Sebentar…lalu..

Min 00:33 – 00:46 - 1st movement, versa 1.

‘bujang lapok pakai songkok..basikal cabok tak pernah gosok’.

Melodi ini ditarik keluar dari bawah bunyi brass itu tadi. Sokongan latar Tuba pada garis bass memberi (ayunan) flow melodi. Melodi ini ‘dinyanyikan’ oleh woodwind, Oboe atau mungkin bersama Cornet disamping trumpet dan string 2nd violin lower range dan Viola middle range. Feel muzik tahap ini biasanya mf atau mezzoforte – sederhana lembut. Not-not pada blowing ada yang di ‘muted’kan bagi meringankan kesan bunyi. Jadi bunyi pada melodi lebih light (ringan). Langkah awal yang disusun, telah terangkat keatas dan kebawah, terhenjot-henjot ( ala-ala langkah zapin dan waltz). Hahaha. Tulang keting siapa yang tak cukup kuat, bole tarik diri sebelum 2nd movement ya. Jangan kacau penari lain.

Min 00:47 – 01:01 - 1st movement, versa 2.

‘bujang lapok keliling kampong..naik basikal hai pakai sarung’.

Detik ini flut masuk. Digeleteknya melodi, digedikkan lagi dengan skala harmoni pada melodi. Ibarat seorang minah cun enterframe dengan gaya lucah lagi erotis, tapi menarik, jadi halallah ia. Hahahaha. 1st movement versa (2) ini sudah ada adlib not dalam frasa melodi. Kalau dengan imej pada perkataan barangkali begini ‘ bujang lapok kelilililing kampung’. Jadi langkah tari mula berlaga lutut, ewahhhh….tapi, berlaga punggung belum lagi.

Min 01:02 – 01:16 - 2nd Movement, brij.

‘hai bujang lapok tak boleh harap, basikal cabok dah naik kurap’

String 2nd Violin dan Viola telah mengambil alih melodi bersama horn dan blowing yang lain pada middle range. 1st Violin mengekor melodi ini dengan teknik staccato. Berketul-ketul, tapi sedikit dan lembut sahaja. Menarik si penari memperbetulkan semula langkah sebelum membuka langkah baru selepas ini. Masa yang diambil untuk brij tidak lama. Dia faham, penari udah tak sabar nak mengamboh menjadi hero pada fasa seterusnya.

Min 01:17 – 01:45 - 3rd movement, korus.

Bahagian ini langkah dan pecah beb, koyak rabak bro. Ingatkan melodi semakin groovy, tapi lain jadinya. Zapin kemana, waltz kemana. Hahaha. Ini dah masuk freezone, gaya bebas. Inilah ruang improvisasi. Yang mendengar, boleh alih-alihkan punggung. Yang menari inilah masanya anda di‘izinkan’ untuk membontot antara satu sama lain. Mengembangkan melodi (enhance) menggunakan kod tambahan dan passing kod seperti augmented7th, 6th dan 9th kod. Apa bentuk kodnya?, kata orang hybrid kod, aku tak tahu. Sewel. Namun dalam susunan orkestra, kod bukan mainannya lagi, tetapi skala dan progression. Kod bisa jadi apa saja, pelik-pelik dan yang bukan-bukan, tiada dalam kamus.

Min 01:46 – 02:24 - 4th movement, (add ide).

Bahagian ini mengupas atau mengolah kembali ide muzik bahagian intro dengan sistem harmonik yang lebih besar saiznya. Itulah homofonik (homophonic). Jika dalam sebuah lagu pop atau rock, ini bisa jadi solo part (goreng-goreng gitar goreng). Drama melodi kini lebih terang dan nyata pada skala yang dimodulasi dengan key baru ( key transposition ). Intensiti bunyi rhythm section lebih ekspresif lagi, boleh jadi sudah ff, forteforte. Yang menari dah mula berpeluh-peluh, meleleh sana sini. Yang mendengar sudah tak senang duduk, nak ke mana, kita tak tahu. Hahaha. Hujung part ini crescendo pada semua instrumen..lalalalalalalalalalalalalalaaaaaaaaaa… nanti-nanti, jangan pancot dulu.

Min 02:24 – 03:50 - Korus.

Bahagian ini bagi yang pernah belajar muzik klasik akan tahu, dibahagian inilah komposer atau arranger akan mula jadi sewel, sesat, murtad, kafir dan fana’. Bahagian concerto ini bukan tujuan suka-suka. Ini diajarkan. Mengapa begitu? Katakanlah, asas melodi 4 not akan diolah lagi menjadi 8 atau 16, dan skala minor pergi ke diminished, atau major melangkah menjadi augmented, dan susunan instrumentasi bertukar peranan. Dengan gugusan elemen ini, ia adalah jalan melahirkan perfect harmony. Inilah tujuan babak ini wujud. Tanpanya, susah hendak ‘menginzalkan’ pasangan anda. Hahaha.

Kita umumnya akan kata ‘muziknya penuh’. Lebih tepat, muziknya telah lengkap sebagai perfect harmoni. String pada tahap ini sudah ‘kurang ajar’. Ia sudah meninggalkan blowing ke belakang. Katanya (jika string bisa berkata) “ weii, ini part aku! Korang dok diam-diam, ikut pelan-pelan, follow belakang”. Ada 2-3 garis melodi yang seakan ‘menekan’ di situ. Garis not ini di ‘flatkan’ ketika melodi turun rendah dan di ‘sharp’kan ketika ia naik kembali. Kesan ‘menekan’ ini ibarat membetulkan sendi anggota tubuh kita ketika bertandak. Ia stretching the music. Juga ada up bet di situ.

Bagi penari, masa ini mereka akan mabuk, naik syeh. Rongga udara antara hidung dan mulut dah mencungap. Dalam hubungan ranjang, nafas pasangan anda telah bersatu..dia sedut u..u sedut dia..aaaahhhh…. Dalam ‘huru-hara’ babak ini, cuba dengarkan baik-baik. Ada instrument yang tak campur dalam ‘ribut harmoni’ ini, mereka hanya berbunyi seketul-seketul dan nipis-nipis. Instrument apa?

  1. Blowing.
  2. Woodwind.
  3. Kecapi.
  4. Gamelan.

Dan Mengapa?

  1. Saje je.
  2. Dah bunyi tu tak sedap.
  3. Musician dan sewel.
  4. Memberi tekstur pada ‘main instrument’.

Min 03:51 – 06:02 - 5th Movement. Ulangan ide.

Ulangan ide keseluruhan ini adalah konsep muzik moden. Lagu P.Ramlee adalah lagu moden. Digubah kembali dengan konsep klasikal. Lagu klasik dan muzik klasik berbeza, ia tidak sama atau bukan serupa atau itu lain, ini lain atau apa-apa jelah.hahaha.

Movement part ini, dimodul semula. Ada yang menyangka tempo telah berubah. Tetapi tidak, tempo tidak berubah tetapi ia menjadi rubato. Maksudnya, lebih ekspresi dan gradually getting softer and softer. Tricky’nya di sini bila instrumen secara solo mengambil alih peranan dari kumpulan bunyi yang besar sebelumnya secara mendadak. Syncopation ini disengajakan untuk refresh mind. Maka otak teralih rasionalnya seketika. Ibarat ketika terang benderang dan tiba-tiba blackout. Kita akan rasa terpiga-pinga sebentar.

Secara teknikalnya, masa ini bolehlah pemuzik lain korek hidung, dan bagi para penari inilah ruang untuk mereka menarik nafas dan mencari langkah kembali. Bagi pasangan anda yang telah ‘ter-klimax’ pada tahap ini, maka gunakanlah ruang ini untuk reposition. Hahahahaha. Orang kata jangan pancut dulu, tapi dia pancut jugak..degil, tak sabar-sabar.

Part ini melodi ‘kedengaran’ lembut tetapi tegas dengan gubahan skala baru, berbeza dengan ide melodi asal (pada part awal) yang lebih kecil saiznya, minor. Part korus sebentar tadi, string sudah balun kaw-kaw, kini kembali kepada blowing Oboe untuk bermain tanpa gangguan instrumen lain. Clerinet menemani Oboe. String tenggelam timbul. Decresendo pada hujung babak ini, tetapi terawang-awang..langit tak tergapai, bumi tak tercecah, kemana…kemana.. “jangan biarkan aku begini..tolon-tolon..aku lemas”

Antara minit ke 5:46 hingga ke 6:02 akan mula crescendo ( mp-mezzopiano ke fff-forte3x Loudness ). Jaga-jaga..Not akan dikorek, dihela dan ditarik kembali. Not 16th menggelitik semula oleh string, sewel balik dah. Aaaaaaaa….

Min 06:02 – 06:50 - Unison.

Gubahan muzik ini pada peringkat awal dan pertengahan seolah ‘meliwat’ karya P.Ramlee. Namun pada babak unison ini, muzik telah bersatu kembali, bersama-sama dengan seluruh gugusan bunyian, mengangkat ide asal karya ‘menceceh’ ini dengan penuh bergaya. Gempar dan victorius! Penari telah tersenyum, pendengar sudah tersimen punggungnya di kerusi. Yang ehem ehem sudah its kaming…its kaming…!! Hahahaha.

Pengulangan (repetition) pada modal-modal pendek tetapi semakin kerap dan banyak. Lagi..lagi..dan lagi. Naik sebentar..turun seketika..naik kembali..ketengah semula..ketepi ada..penjuru pun ada. Tetapi tetap kukuh di atas oktaf nada. Menjerit dan menjeriiittttt…

Min 07:52 – 07:13 - Coda. Penutup.

16th not sudah double up beb! Skala perfect harmoni telah rapi, kini memuncak dan…terus mendaki….whole orkestra close down bunyi beberapa saat..ia kekal memegang 1 not bersama-sama…dan..dan..dan ia meletup dengan not – perfect cadence! Pancut! Parapam!! – fine.

Sekadar hiburan, dan inilah hiburan.

Khamis, Oktober 22, 2009

Dari Rakyat Untuk Rakyat ( DRUR ).


Meor sudah lama menjadi rakyat Malaysia, juga sudah punya pengenalan diri warga Malaysia, hidupnya juga sudah sekian lama sepertimana warga Malaysia yang lain. Ini kisah ‘rakyat’ Malaysia yang hidupnya memperjuangkan seni pada zamannya – di Malaysia.

Untuk mengkritik dia ( Meor ) sangat mudah bagi kita, malah bagi Meor sendiri, untuk mengkiritik ‘keadaan’ yang menimpa keatasnya juga mudah saja. Hal mengkiritik ini ‘ di Malaysia’ memang dianggap sangat mudah oleh kebanyakkan kita, umpama meludah di tepi ‘jalanan’. Thuuuiii !!!..Ya, Meor seorang seniman jalanan yang sudah berjalan jauh, jauh dari apa yang dia bayangkan sebelum dia berjalan-jalan. Dia juga sudah biasa dengan ‘ludah’ mainstream kepadanya. Meor juga ada ‘air ludahnya’ sendiri.

Apa yang Meor dan ‘rakan-rakan sekutunya’ mahu dari album DRUR ini?

Katanya album ini album propaganda. Dari siapa dan untuk siapa?

Titipan lirik dari ‘surah-surah’ teman seperjuangannya jelas dan mudah difahami oleh sesiapa jua. Meor sudah ‘berkompromi’ dengan dirinya sendiri, untuk khayal dalam imaginasinya udah usai. Kini beliau ingin merai teman-teman dan pandangan mereka pada rakyat lewat usia musim ini. Tiada salah dan tiada paksaan pada dirinya – ikhlas katanya.

Senikata dalam album ini telah ‘dibesarkan’ mengatasi melodi ‘seorang Meor’, apakah ini satu pengorbanan dia kepada teman-temannya? Atau tanpa sedar, Meor sudah ‘jelak’ dengan isyik penciptaan muziknya? Kita masih tidak tahu, dan mungkin kita tidak akan tahu.

Apa yang DRUR mahukan melebihi dari apa yang Meor mahukan iaitu – pendengar. Muzik sebegini memerlukan ‘pendengar’ yang bukan mendengar kerana terdengar, tetapi penghayat. Meor mahu Rakyat Malaysia menghayati lagunya, sedang kita tahu lagunya – sangat tidak sedap buat telinga Rakyat Malaysia ! Hal ini Meor sendiri tahu barangkali.

Sedap ini barang yang tidak boleh di ajar kepada sesiapa. Sama juga seperti cinta. Kita belajarnya ketika kita merasinya. Untuk merasainya, harus ada ungkapan nilai dari bahasa liriknya. Nah, lirik yang ‘dibesarkan’ oleh Meor menjadi pendorong kepada Rakyat Malaysia untuk ‘menangkap’ propaganda ini.

Kita harap, propaganda ini tidak tipikal sepertimana propaganda ‘gomen’.

Selamat buat DRUR. Selamat buat Meor.

Khamis, Oktober 15, 2009

PENGUMUMAN.








MusicForum Oktober 2009.

Tajuk ; Review Album ‘ Dari Rakyat Untuk Rakyat ’ bersama Amin Iskandar dan Meor.

Sesi ; Dialog Terbuka.

Masa ; 9 malam.

Tarikh ; 18 Oktober 09.

Di ; No. 126, Jalan Terasek 2, Bangsar Baru, K.Lumpur

Keterangan;

Album ini diterbitkan di bawah label CRG Communication. Amin Iskandar a.k.a Black sebagi Penerbit Eksekutif, dan Meor ( artis ) sendiri bekerja sebagai Penerbit muzik di dalam album ini.

MF Tanya – Apa istimewanya album ini?

Black Jawab – Kerana ia ‘dari rakyat untuk rakyat’ !

Teman-teman, kenalan semua di jemput hadir untuk sama-sama berdialog bersama team Dari Rakyat Untuk Rakyat ‘DRUR’. Dialog khusus mengenai album yang dikatakan mampu memberi ‘sesuatu’ kepada pendengar dan peminat muzik. Mamat-mamat buskes, wajib hadir !.

Ketemu kita di sana.

Isnin, Oktober 05, 2009

APAKAH MUZIK MAMPU MEMPENGARUHI TABIAT SEX MANUSIA?

Soalan 1.

Adakah terdapat lagu yang boleh membangkitkan nafsu berahi sex untuk manusia?

Jawapannya ada.

Di mana?

Di sini.

Lagu apa?

Antara contoh popular yang poyo;

Wonderful Tonite, What a Wonderful world, Fallin in Love

Kenapa lagu-lagu ini?

Lagu-lagu ini tidak didominasi dengan imajan-imajan seksi dan bogel, tetapi melalui kesan melodi dan elemen muzik, inilah yang dikatakan sentuhan ransangan.

Justifikasinya?

Biar dulu.

Soalan 2.

Adakah terdapat lagu yang boleh merosakkan nafsu berahi sex bagi manusia?

Jawapannya – Ada.

Di mana?

Di sini juga.

Apa tajuk lagunya?

Banyak sangat tajuknya, contoh – Semua lagu-lagu Siti Nurhaliza, Semua lagu Mawi, Semua lagu Sharifah Aini, Lagu-lagu Salem, Slam, Spoon, Spin, Scoin, Scoop dan pada kebanyakkan lagu-lagu komposer Malaysia. Semuanya…potong Stim!!!!!

Justifikasinya?

Lagu-lagu ini tidak lahir dari keghairahan komposer dan penyanyi yang inginkan kenikmatan berkarya.

Mana kau (aku) tahu?

Kesemua nama-nama ini jika ditanya tentang kepuasan, pasti akan menjawab.“Belum puas menyanyi atau belum puas berkarya”. Ayat sebenar yang terlindung di sini ialah ‘belum puas selagi belum kaya’. Karya yang tidak bagus, memang tiada kepuasan mencipta dan tiada kepuasan bagi kita yang mendengarnya. Ghairah itu tiada kelihatan dan tiada tanda-tanda ia akan kelihatan.

Ada yang bilang, “Kamu (aku) jangan mudah menuduh-nuduh”. Hujjahnya lagi. “..berkarya memang takkan puas kerana nikmatnya terlalu dalam untuk diterjemah, giannya abstrak”.

Ya benar. Ini konteks berkarya yang kita kata “mengabdi diri dalam berkarya”. Perkara “mengabdi diri” ini boleh ‘kelihatan’ pada fizikal bukan? Nah, ada ‘kelihatankah’ “pengabdian diri” ini pada mana-mana lagu dan komposer yang menghasilkan lagu tersebut? Jauh panggang dari api!

Justifikasi untuk soalan pertama (1).

Di mana elemen-elemen yang bisa membangkitkan ghairah dari lagu-lagu tersebut? Mudah saja.

Anda dengar dan anda rasainya sendiri, ada jalinan kemesraan didalam gubahan muzik dan lirik pada lagu-lagu itu. Bukan hanya kerana muzik itu lembut tetapi keseluruhan muzik itu menyentuh “touching”. Ini real, bukan anggapan. Penghayatan kita sememangnya berbeza, kita akui. Tetapi perbezaan ini menjelaskan lagi kesan ransangan yang meruntun perasaan kita untuk ‘mari melakukan sex bersama pasangan anda’.hahaha.

Sex ini sebahagian dari manipulasi muzik keatas otak dan jiwa (naluri) manusia. Keduanya memang dihubung rapat.

Why do people listen to music?

There are those who say that people feel that their emotions are being addressed when they hear music, and this is why they listen to it.

How can music appeal to our emotions?

Music is able to tell us things, and in fact very precisely, although we are only now beginning to understand how music does this. What is certain is that music is able to convey meaning. There are some things that are better conveyed by music: An Alpine Symphony by Strauss, when he describes the summit, tells me a great deal more than if I am merely told that, yes, we were at the summit, the mountain was pretty huge and we all found it wonderful standing up there at the top.

Potongan wawancara bersama

Dr. rer. nat Stefan Koelsch. musician and psychologist

KESIMPULAN.

1). Karya yang bagus boleh meransang keinginan (naluri) manusia untuk respon kepada sesuatu tujuan. Yakni, memberi kesan psikologi untuk melakukan sesuatu, kebaikkan atau keburukan. Dalam topic ini – sex. Ya, ia boleh meransang untuk tujuan khusus ini, dengan syarat – lagu mesti bagus.

2). Karya yang tidak bagus, tidak akan memberi apa-apa kesan (baik atau buruk) baik kepada masyarakat termasuk pengkarya itu sendiri. Dengan kata lain, lagu-lagu di Malaysia kini tidak mampu meransang manusia untuk apa-apa tujuan, dari segi kepenggunaannya tak ubah seperti lampin pakai dan buang. Lepas mendengar, tutup, tidur berdengkurlah sampai pagi, berulang-ulang hingga kalian mati pucuk. Tak boleh pancut lagi. Ini bahaya.


P.S. Adakah lagu-lagu komposer kini berbahaya untuk kesihatan kita? Hahaha.