Isnin, Ogos 31, 2009

Masterpiece – Adikarya.

Selepas 52thn Merdeka.

Di Eropah, bangsanya sudah memiliki ( mereka angkat sendiri ) beberapa karya seni sebagai karya agung, juga karyawan yang agung. Ianya banyak, tak tersenarai di sini. Sama juga di Amerika, Jepun, China, India, Arab dan Amerika Latin.

Adikarya lahir di tengah-tengah masyarakat yang maju. Maju di sini bukan hanya maju material tetapi meliputi hal-hal bersifat intelektual. Sistem ekonomi, sosial, falsafah teknologi, prinsip seni budaya itu sendiri dan yang terutama ialah daya fikir masyarakatnya. Ini semua meliputi sistem ‘nilai’.

Proses lahirnya Adikarya bukan satu proses bersendirian – karya dan karyawan itu sahaja. Proses lahirnya Adikarya juga bukan satu proses yang pendek, ia memakan masa yang cukup lama, cukup lama untuk dikatakan di sini. Kematangan satu-satu bangsa dapat dilihat menerusi kesempurnaan mengurus anggota masyarakat dan Negara.

Bagi para seniman, tua dan muda, tokoh kecil dan tokoh besar, artis kaya dan artis papa dan pekerja seni. Harus jangan lupa, jalan mencipta Adikarya seterusnya sangat panjang. P.Ramlee hanyalah permulaan.

Mengapa perlunya Adikarya pada satu-satu bangsa? Pada bangsa Malaysia?

Tiada ulasan: