Jumaat, Ogos 21, 2009

Siapa Pendengar Muzik (2).

Zaman ini, gubahan muzik durasi skalanya sekitar 3 hingga 6 minit bagi setiap lagu. Purata masa sekitar 5 minit (yang sebentar saja) ini bukanlah memerlukan kuasa kerja yang juga 5 minit. Tetapi berjam-jam, berhari-hari kadangkala berbulan malah bertahun-tahun. Kerja ini juga melibatkan kekuatan intelek serta kolaborasi antara pemuzik termasuk kru-kru produksi. Orientasi kerja seperti ini amat merenyahkan. Hasilnya hanya untuk persembahan sekitar 5 minit atau kurang!

Apa yang boleh kita harap dari impak 5 minit ini? Jangan lupa selalu – muzik bersifat ‘masa’, dari 1 titik ke 1 titik lain, dari A hingga J atau Y, dari intro ke coda. Apa impaknya?

Zaman ini, pendengar semakin bijak (cerewet barangkali) memilih bahan untuk mereka dengar. Mendengar tidak boleh dipaksa-paksa. Paksaan bukanlah prinsip seni. Kini ada kisah dalam beberapa persembahan muzik di mana ramai pendengar berhimpun untuk menikmati muzik kesukaannya. Setelah band boy yang disukainya habis membuat persembahan, maka ‘dock’ penonotnon lengang walaupun persembahan muzik yang lain belum tamat!. Ini realiti bilamana pendengar ( yang dikatakan peminat muzik ) hanya ‘mampu’ mendengar muzik band pilihannya sahaja. Apakah ini satu permasalahan bagi isu ‘pendengar muzik’ secara keseluruhannya?

Apa kita punya satu golongan masyarakat yang menjadi ‘penghayat muzik’? apa relevennya isu ini dengan perkembangan industri muzik?

Aku berikan persoalan-persoalan ini untuk kita sama-sama ‘mula’ memikir sedikit tentang prospek perkembangan muzik tanahair.

2 ulasan:

ubilepih berkata...

Nazak!!!!

Selamat mejalani ibadah puasa bro.Semoga segala amal ibadat mendapat barakah.

rockez berkata...

Bukan ke yang dengar muzik band boy tu juga peminat muzik?

selamat berpuasa.