Ahad, Ogos 09, 2009

YE KE?

Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas. Oleh Mohd Azis Ngah

azis@bharian.com.my

- Berita Harian · Ahad, 09 Ogos 2009

Keratan ulasan - SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

Kupasan aku.

  1. Pesta-pestaan di Malaysia sering dikaitkan dengan konsert muzik. Harus sedar ada banyak lagi acara yang bukan didalamnya ada music showcase tetapi berakhir dengan cerita yang sama. Malah, tanpa apa-apa acara pesta pun, zina tetap berlaku, di mana-mama dan bila-bila masa. Ini juga fakta. Ya, pelapor ini bukan melihat muzik dari aspek negative, beliau melihatnya dari aspek permasalahan sosial. Lubang pandangan ini berbeza. Kita memang sedarinya.
  2. Permasalahan sosial seperti ini tidak jauh bezanya dengan masalah ‘kemalangan jalan raya’. Ini sama kerana ia melibatkan faktor ‘manusia’ itu sendiri. Di jalanraya ada undang-undang, kereta ada sistem keselamatan, pegawai penguatkuasa juga ada. Elemen ini bertujuan mengurangkan risiko kemalangan – rasionalnya ( baca;penguasa). Begitu jugalah halnya dengan acara-acara konsert atau pesta, ada undang-undangnya, ada kritiria yang perlu di patuhi pihak penganjur, permit, lessen hiburan, had masa pesta, semua ini juga ‘rasional mereka’ untuk mengawal acara. Tetapi fakta ‘berita harian’ ini menjelaskan lagi (ironik) gagalnya sistem undang-undang untuk mengawal manusia. Statistik-statistik yang dikemukakan memang ada benarnya, tetapi dalam konteks pembangunan manusia, ia tak releven sama sekali. Ia sama dengan laporan statistic kemalangan jalanraya yang saban tahun yang ‘di iklan’kan.
  3. Manusia tak bisa di kawal atau dikepong-kepong keinginannya. Nafsu ini perlu didik dari awal usia, mendidik ini bukan dengan cara memaksa, tetapi harus dengan bijaksana ‘to persuade’ insan menghayati hidupnya. Jika sekalipun benar muzik bisa bikin kacau sosial kita. Maka jelas, apprisiasi kita pada seni budaya khususnya muzik terlalu sempit dan jauh ketinggalan. Inilah punca runtuhnya budaya bangsa – jiwa kosong. Ini juga fakta – rasional.

Tiada ulasan: